IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, March 16, 2013

BUDAK PENJUAL KUIH INI JAUH LEBIH MULIA BERBANDING PENYOKONG PAKATAN RAKYAT YANG SIBUK TAK PUAS HATI ITU INI WALAUPUN MASING-MASING BERBADAN TEMBUN!!!

Saturday, March 16, 2013

Selepas seminggu berada di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.

"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!

Sebar sebarkan ler boleh jadi pengajaran utk org2 yg pemalas bekeje, yg tak menghargai dan bersyukur dgn kesenangan yg dimiliki.


9 comments:

Anonymous said...

Belilah support orang kita

Anonymous said...

Tentu ibubapa budak ini adalah manusia yang berhati mulia dan sentiasa bersyukur dengan nikmat yang ada...tahniah ..

Anonymous said...

Kalau semua ibubapa berjaya mendidik anak macam budak ni aman damai Malaysia sebab ada generasi yang tau bersyukur dan berakhlak mulia..bukan melahirkan insan yang bertaraf Dajjal...

MELAYUJATI said...

Betul ke cerita ni? macam cerita DVD je.....

Anonymous said...

aku nak bagi cadangan. Jika sekalipun kita sudah kenyang tapi apabila didatangi org menjual mcam ni, belilah sikit.
Kalau tak mau makan pun, sedekahkan kuih kpd orang yg kurang berada contohnya pak guard yg bertugas di kediaman kita ke. Sekurang-kurangnya dia tak bayah keluar duit beli makanan utk waktu itu.
Dgn satu sahaja tindakan (membeli kuih) kita dapat tolong 2 orang iaitu penjual kuih dan org yang kita beri kuih tu.

Anonymous said...

Kuat semangat budak tu , boleh buat contoh !

Anonymous said...

Saya tersentuh! Begitu mulianya hati anak-kanak itu, bertuahnya ibubapa yang melahirkannya kedunia fana ini. Sudah besar nanti insyaAllah, kalau dia memilih politik jadi karia nya, dia akan menjadi pemimpin besar berjiwa rakyat seperti DS Mohd Najib Tun Abdul Razak.

juragan 69 said...

Bhai lu selalu layan dvd...tak salah rasa nya klu kita bersangka baik...klu citer dvd maka foto tu gmbr aktor lah tu....what ever...pada aku yg penting moral of story ....kepada admin FK antara isu yg terbaik lu posting...

Anonymous said...

Saya pon ada cerita nak d ceritakan kpd kalian. Aku (kita) slalu d datangi budak2 remaja perempuan menjual tape2 agama dan tape2 lagu dakwah. Slalunya saya beli. Saya lagi suka bersedekah kpd org2 buta yg main muzik d tepi2 jalan atau akak yg jual kerepek yg datang dgn bakul dan d hantar oleh sebuah van. Tapi kali ini bila ada seorang penjual tape agama saya ajak dia duduk mkn skali. Dia kata sudah mkn d food court. Katanya dia d htr dgn van dr kuantan. Jauhnya datang sampai ke KL jual tape gini kata saya. Dia kata cari mkn belom sempat nak saya nak interview lebih lagi dia minta diri. Tgk gaya rasa mcm org susah. Belas rasa hati ini. Saya ingat klau lain kali ada yg datang hdk menjual saya akan interview dgn lebih mendalam lagi. Saya curious dgn budak2 gini. Saya beli 2 tape dari budak ni.

Blog Archive

Labels