1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Friday, March 8, 2013

DAH NAK MAMPUS, BARU TERSEDAR TENTANG AJARAN ISLAM?

Friday, March 8, 2013

Bila pasukan keselamatan negara mula melakukan serangan secara menyeluruh dan mempergiatkannya, lanun-lanun Sulu mula melalak dan mengingatkan Malaysia tentang ajaran Islam. Apabila lanun-lanun Sulu itu tersepit, mereka mula mempermain-mainkan sentimen agama, bagi mendapatkan simpati dan sokongan.

Apabila gambar-gambar mayat lanun Sulu yang hanya dicampak masuk ke dalam lubang dan kemudian ditutup dengan papan, ditemui, kemudian didedahkan, kepala-kepala lanun Sulu yang berada di Manila bercakap tentang tatasusila yang perlu dipatuhi oleh Kerajaan Malaysia.

Antara alasan yang diberikan tentang gencatan senjata ialah, keperluan lanun-lanun Sulu itu untuk mengebumikan mayat rakan-rakan mereka dan berharap sangat agar permintaan tersebut dipenuhi atas alasan persamaan agama.

Kalau benarlah alasan agama diambilberat oleh lanun-lanun Sulu tersebut, sudah tentulah mereka tidak akan melakukan serangan, menceroboh, membunuh anggota-anggota keselamatan Malaysia dan kemudian mencacatkan mayat-mayat anggota pasukan keselamatan Malaysia yang berjaya mereka bunuh.

Difahamkan salah seorang daripada anggota keselamatan yang mengalami kecederaan parah dan bakal berhadapan dengan kecacatan kekal, telah ditetak berulang-ulang kali pada bahagian lengan, dituris dahinya dengan kerambit dan perutnya turut dikerambitkan.

Namun ajalnya belum tiba dan anggota tersebut sempat menghantar mesej kepada pasukannya yang memudahkan serangan pasukan keselamatan yang akhirnya membunuh ramai lanun-lanun Sulu.

Perlu juga diingat, lanun-lanun Sulu itu sebelum serangan udara oleh pasukan keselamatan dengan penuh angkuh dan biadap menyatakan, mereka datang untuk tinggal di Lahad Datu buat selama-lamanya. Mereka tidak kisah jikalau mereka mati. Kemudian apabila melihat agresi pasukan keselamatan Malaysia, Nur Misuari yang telah hilang kuasa dalam MNLF menyatakan bahawa 10,000 gerila MNLF akan datang ke Sabah untuk membuat onar.

Gencatan senjata kepala hotak apa kalau peluang dan ruang yang diberikan oleh pihak berkuasa Malaysia, sehinggakan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara dilihat seperti badut sarkas, semata-mata untuk mengelakkan pertumpahan darah, telah diberikan kepada mereka sehingga 22 hari. Malangnya lanun-lanun Sulu itu enggan keluar dari Sabah. Mereka berkeras untuk terus tinggal di Sabah dan diiktiraf sebagai sebuah kumpulan yang kononnya mewakili Sultan Sulu.

Walhal Sultan Sulu yang sebenar, langsung tidak berhajatkan Sabah dan sudah pun menerima hakikat bahawa Sulu telah kehilangan Sabah semenjak tahun 1878 lagi apabila Sultan Sulu pada ketika itu menyerahkan Sabah kepada Inggeris.

Malaysia telah melakukan segala-galanya untuk memujuk mereka. Tidak cukup dengan seruan, ditabur pula kertas-kertas yang mengandungi pujukan agar mereka menyerah diri dan meletakkan senjata serta diberikan laluan untuk pulang ke Filipina.

Tetapi mereka enggan. Mereka mahu berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia. Mereka memulakan serangan dan membunuh dua orang anggota polis Malaysia. Kemudian mereka tunjuk lagi yang mereka hebat menerusi pembunuhan 6 orang anggota polis di Semporna.

Hanya selepas tindak balas pasukan keselamatan Malaysia, barulah mereka teringat yang Islam merupakan agama rasmi Malaysia. Mereka juga kononnya beragama Islam. Dan Islam boleh digunakan untuk menipu sepertimana mereka menipu dengan menggunakan bendera putih dan kemudian gencatan senjata.

Lanun-lanun Sulu itu adalah pengganas tetapi mereka berlagak seolah-olah mereka adalah mangsa. Mereka menceroboh, mereka menyerang dan mereka membunuh tetapi mereka pula meletakkan syarat yang bukan-bukan.

Sabah adalah sebahagian daripada WILAYAH MALAYSIA. Kenyataan itulah yang harus diterima oleh lanun-lanun Sulu sebagaimana Sultan Sulu sebenar, Sultan Bantilan Muhammad Muizzuddin II lakukan.

Namun dasar lanun yang tidak mempunyai otak dan telah terpedaya dengan janji-janji muluk kononnya mereka akan dibantu oleh Pakatan Rakyat, akhirnya menyaksikan mereka semua mati katak dan lari mencicit-cicit bagaikan tikus disembur api!!!

18 comments:

Anonymous said...

TERBAAIIKKKK

Anonymous said...

terbaik,

jika benar atas nama Islam, tidak akan menceroboh sebuah negara berdaulat sewenang2nya...jika dipihak yang benar, tuntutlah dgn cara yang sah dan betul, bukan menumpahkan darah.

Anonymous said...

CARI SAMPAI LUBANG TAIK..... "NO MERCY" .... Cukup sekali ditipu....

tobeng said...

Lanun2 sulu tak bertamadun tu menyeksa dan menyembelih polis kita yang ditawan.Ini ajaran Islam mana lanun tu pakai?

Yes,show no mercy,kill them all!

Anonymous said...

YUP SEEK N DESTROY!!! SHOW NO MERCY THEM NO MORE....

Anonymous said...

Sekarang ini letak senjata dan menyerah diri dan bekerjasama dgn kerajaan malaysia salurkan maklumat siapa lagi lanun yg menaja mereka ke sini,

Anonymous said...

mengaku muslim brothers tapi ko pergi bunuh muslim brothers ko ni...do you treat us like muslim brothers??? please stop being jackass, you came here you destroy other people live, please proof you self first by develop you pulau. your cv seems impressive but i dont see any improvement at your pulau at all

Anonymous said...

"gagal lagi plan aku nak tumbangkan najib ni...aduyai!!".....Anuar said...

Anonymous said...

tau benar jenis islam dorang ni! Atas agama la tapi amalan? Wallahu Alam
Agama d permainkan saja

Anonymous said...

Stlh kekejaman melebihi tahap binatang yg mrk lakukan pada anggota keselamatan kite SORI...NO MERCY AT ALL...

Mengaku Islam tapi sgp menyiksa sesama manusia, sama agama malah menyiksa mayat seorg Islam....

LANUN SULU CELAKA, HARAMJADAH PUK*MAK @##$$%#@#$@$#$

DALANG YG KAT MALAYSIA PON WAJIB DI HANCURKAN DGN KETURUNAN DAN SEKUTU DIA SEKALI...MRK BUKAN MANUSIA...SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA...ZALIM ...KEJAM DAN BANGSAT...

Anonymous said...

kalau nak tahu, itulah sebabnya kerajaan terutama polis bagi chance untuk negotiation/pujuk/suruh serah diri/siap tabur kertas segala...untuk menghindarkan tuduhan spt ini lah..

skrg, kerajaan Malaysia ada alasan kukuh atas tindakan mereka. polis dah ikut SOP. jadi dorang cakaplah macamana pun..takde dah orang nak salahkan polis atau kerajaan..KECUALI..

kecuali siapa kawan2?

kecuali pembangkang haramjadah di malaysia ni..

Anonymous said...

banyak cantik..nak berdamai..kirim salam je ah.....peluang dah bagi..berkali2..tp balasan yg suu bagi..apa?...buru dan terus buru hingga lubang mana seklaipun....juga dalangnya,...

Matahari said...

Apa hukum nya untuk PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA & NEGARA? Sesetengah negara dihukum tembak oleh firing squad. Di Malaysia? Tali gantung lah jawab nya kot?

Anonymous said...

Sebenarnya tidak ada sultan sulu yang diiktiraf. Kerajaan Sulu pun dah lama pupus. Yang wujud cuma 9 waris sultan untuk terima duit pelupusan hak RM5000 dari kerajaan Malaysia. Karam Singh, Karim Selamat pun boleh claim jadi sultan kerajaan yg dah pupus tu! Baik aku main karom je.

Gombug said...

Connectify: Teknologi perisian tentera kini untuk pengguna bagi perkongsian internet. Sebagai contoh katakan rakan sebilik anda mempunyai komputer riba yang disambung ke talian internet manakala komputer riba atau tablet anda tidak mempunyai sambungan internet, maka perisian inilah yang anda perlukan. Baca selanjutnya...



Pengasas Blackberry hilang jawatan kerana para pelabur. Jawatan Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) yang disandang bersama oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie kini terpaksa akur dengan tekanan dari para pelabur syarikat mereka untuk melepaskan jawatan mereka. Walaupun mereka berdua bersama sama adalah pengasas bersusah payah membangunkan syarikat ini pada awalnya tetapi mereka terpaksa melepaskan jawatan tersebut kepada Thorsten Heins. Keputusan itu sekali gus menamatkan perkongsian kepimpinan selama dua dekad oleh Mike Lazaridis dan Jim Balsillie yang juga pengasas syarikat telekomunikasi itu selepas bergelut untuk bersaing dengan Apple dan Google.
Baca selanjutnya...



Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Teknologi Maklumat Terteruk: Terdapat beberapa individu yang disenaraikan oleh readwriteweb.com di antara ketua pegawai eksekutif(CEO) yang paling teruk bagi peneraju industri teknologi maklumat.Baca selanjutnya...



Telefon pintar berteknologi Android kini turut sama 'berperang' di medan peperangan untuk membantu tentera dengan mengenal pasti lokasi laluan & pasukan yang lain serta membantu membina taktikal sistem pertahanan pasukan. Pihak tentera Amerika Syarikat telah melancarkan versi terbaru prototaip yang diberi nama Army Software Marketplace iaitu sebuah laman web yang menyediakan muat turun aplikasi perisian bagi peranti yang telah disahkan di dalam rangkaian tentera. Baca selanjutnya...



Telefon pintar Sony Ericsson Xperia tawarkan kapasiti 50GB simpanan secara percuma. Pihak Sony Ericsson telah melancarkan promosi bagi pemilik Xperia yakni ruang simpanan berkapasiti sebanyak 50GB secara percuma berasaskan teknologi cloud storage.Baca selanjutnya...



Syarikat pengeluar BlackBerry, Research In Motion (RIM) mengalami masalah kegagalan servis yang serius dalam sejarah iaitu kegagalan titik tunggal atau istilah 'single point of failure' yang disebabkan oleh bencana alam di beberapa negara bebaru ini. Baca selanjutnya...



SINGAPURA (AFP) - Rekrut baru bagi pertahanan tentera Singapura di mana tentera udara & tentera laut akan mendapat senjata baru selain senjata api iaitu iPad. Anggota tentera boleh mengunakan kamera terbina dalam Ipad tersebut untuk mengambil foto & klip video di tempat kerja dan memuat naik ke portal dalam talian Angkatan Bersenjata Singapura(SAF), LEARNet. Anggota tentera juga boleh menggunakan bahan media seperti foto dan video untuk melaksanakan penilaian selepas latihan atau misi.Baca selanjutnya...



Flashback trojan: Ancaman virus terbesar bagi pengguna Mac Apple. Serangan virus Flashback ini boleh dikatakan di antara ancaman virus platform Mac OS yang paling terbesar dalam sejarah tersebar sejak era virus disebarkan melalui disket. Boleh dikatakan insiden merupakan serangan yang paling ketara dalam sejarah ke atas pengguna Mac di mana sebelum ini amat jarang untuk diketahui sistem operasi tersebut mempunyai ancaman virus. Baca selanjutnya...

Anonymous said...

Tali barut=hukum pancong sampai mati maaahhh

Anonymous said...

Tali baru hukum pancung..betul tu...lagipun kerajan sulu pun dah jelaskan bahawa pembangkang tidak ada kena mengena dengan hal ini. yang menjadi masalahnya ialah kerajan yangada sekarang ini lah yang menjajnjikan mereka penempatan... itu yang wajib rakyat Malaysia fahm siapa sebenarnya tali barut...

Anonymous said...

Yang saya tak faham... apa tujuan mereka 'kebumi' geng mereka dengan papan?

Nak kata tak cukup masa untuk kambus, gali lubang besar gitu ada masa pulak. Mana lebih banyak ambik masa.. gali lubang atau kambus lubang, tentulah kambus lubang. Tapi mereka tak kambus 'kubur' tu... KENAPA YA??

Papan yg digunakan utk tutup lubang pulak macam dah lama dibuat.. elok tersusun, siap berpaku lagi.

Ntah2... lubang tu sebenarnya bertujuan utk digunakan utk bersembunyi. Ntah2 sekarang ni, dalam lubang2 seperti itulah mereka bersembunyi.

Blog Archive

Labels