IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

BLOG INI MENYOKONG 1M4U

Saturday, March 2, 2013

KRONOLOGI PENCEROBOHAN BERSENJATA LANUN SULU DI LAHAD DATU!!!

Saturday, March 2, 2013

Bagi yang terlepas mengikuti isu yang mencabar Kedaulatan Negara ketika ini berhubung pencerobohan bersenjata tentera Diraja Sulu di Lahad Datu yang telah mengorbankan 2 anggota VAT Komando kita, bolehlah mengikuti kronologi yang disediakan di bawah ini.


9 Feb - Kumpulan penceroboh memasuki perairan negara menggunakan bot pancung dan berkumpul secara berperingkat di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu.

11 Feb - Sebahagian daripada anggota kumpulan itu dikesan sekumpulan nelayan tempatan pada waktu malam dan nelayan tersebut membuat laporan polis mengenai lebih 100 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata api berkampung di Kampung Tandou.

12 Feb - Kumpulan itu dikenal pasti berpecah di beberapa lokasi di kampung itu iaitu di kawasan sungai bakau kampung itu, sebuah surau di kampung itu dan rumah Ahmad Malandi atau dikenali Mad bon.

14 Feb - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan Malaysia akan melakukan yang terbaik termasuk melalui perundingan, bagi menangani isu pencerobohan tersebut sebelum mengusir mereka keluar dari kawasan itu.

14 Feb - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis telah mengenal pasti kumpulan warga Filipina yang mendarat di pesisir pantai Lahad Datu, Sabah sebagai pewaris berketurunan 'Raja Sulu' dari Selatan Filipina. Ismail berkata kumpulan terbabit menuntut mereka dikenali sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan mereka tidak mahu rakyatnya berketurunan Sulu dihantar pulang ke negara asal. Ismail berkata rundingan dengan pihak bersenjata masih dijalankan bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik tanpa melibatkan pertumpahan darah.

14 Feb - Laporan memetik salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut selepas mendapat jemputan pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

16 Feb - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengesahkan kumpulan tersebut bukan kumpulan militan atau pengganas sebaliknya penyokong kuat 'Kesultanan Sulu' dan menegaskan situasi di Kampung Tanduo adalah terkawal. Kumpulan itu yang mahu dikenali sebagai 'Askar Diraja Kesultanan Sulu' antara lain menuntut Sabah dikembalikan ke wilayah kesultanan Sulu, kerana sebelum ia diambil British ia di bawah kerajaan Sulu.

18 Feb - Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia dan Filipina sentiasa bekerja rapat dalam menyelesaikan konflik ini dan memberitahu ia akan dilakukan secara diplomasi tanpa sebarang pertumpahan darah.

24 Feb - Kerajaan Filipina menghantar sebuah kapal dalam misi kemanusiaan untuk membawa pulang kumpulan 180 anggota termasuk 30 pengawal bersenjata yang bertahan di Lahad Datu, Sabah sejak 12 Februari lalu.

26 Feb - Tempoh pengusiran mereka tamat namun rundingan masih dijalankan terhadap kumpulan penceroboh itu.

28 Feb - Kerajaan Malaysia digesa mengadakan rundingan secara terus dengan Sultan Jamalul Kiram III di Manila untuk menamatkan konflik perebutan kawasan di Lahad Datu, Sabah yang berlanjutan selama lebih tiga minggu. Gesaan tersebut disuarakan adik bongsu Jamalul, Agbimuddin Kiram yang menegaskan hanya abangnya boleh mengarahkan kira-kira 180 'tentera diraja' meninggalkan Felda Sahabat 17, Lahad Datu.

1 Mac - Pertempuran tercetus antara pasukan keselamatan dan sekumpulan kecil kumpulan penceroboh ketika kumpulan terbabit cuba keluar daripada kepungan polis di Kampung Tanduo, menyebabkan dua anggota pasukan keselamatan terkorban serta tiga lagi cedera. Dua belas penceroboh bersenjata terbunuh.


BB : Apa pun, krisis ini masih belum selesai..... Harap pejuang-pejuang negara akan dilindungi Allah dalam mempertahankan kedaulatan Negara.

14 comments:

Anonymous said...

Dasar pembangkang tolol, tak abis-abis tanah nak dibagi ke orang asing.

Ahmad Albab said...

Apabila satu-satu kumpulan memasuki negara bersenjata terutama senjata berat mereka tidak datang untuk berunding. Mereka datang untuk berperang. Dalam keadaan genting seperti ini kenapa pihak kerajaan tidak memanggil veteran-veteran perang yang ada untuk memberi nasihat? Kita masih ada Tun Hanif Omar, Tan Sri Rahim Noor dan veteran-veteran yang pernah terlibat dengan penghapusan komunis.

Kenapa mesti menghantar pasukan baru yang tidak mempunyai pengalaman untuk menyelesaikan krisis ini?

Hishamuddin harus bertanggungjawab dan meletakkan jawatan dengan kadar segera jika sayangkan negara dan parti. Banyak kerosakan dilakukan oleh beliau sebagai Menteri Dalam Negeri sejak lima tahun yang lepas.

Beliau cuba menjadi hero dalam krisis ini tetapi sebenarnya gagal. Jika Xenophon yang tidak bersenjata dianggap bahaya boleh dihalau keluar dari Malaysia dan kenapa harus dibezakan dengan beratus-ratus orang dengan senjata berat yang boleh dibiarkan bertapak di Lahad Datu? Kementerian Dalam Negeri cuai menangani krisis ini dan menyebabkan anggota keselamatan terkorban.

Kenapa beratus-ratus orang bersenjata berat boleh melepasi sempadan negara? Di mana pasukan keselamatan berada ketika mereka menyusup masuk? Kenapa tidak digunakan kereta kebal atau kereta perisai untuk memasuki kawasan musuh? Kerajaan perlu mengambil tindakan bijak di dalam hal ini bukannya menyalahkan pembangkang.

Kesilapan membuat keputusan oleh Menteri memalukan negara. Terdapat banyak lagi soalan-soalan sensitif yang boleh saya kemukakan namun ianya boleh menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional dan akan dijadikan modal oleh pembangkang.

Jadi, kepada Hishamuddin tolonglah jadi seorang lelaki buat pertama kalinya dengan meletakkan jawatan dengan segera. Anda adalah liabiliti kepada Barisan Nasional. Inilah masanya jika anda ingin menjadi hero.

Pena Agenoz BERBISIK... said...

Ko nie semua benda nk dipolitikkan. Ko faham tak penceroboh tue beragama islam. Klu bukan islam lama dah kita halau @ serang mereka. Lg satu puak nie penentang perjanjian damai bangsa moro dan kerajaan Filipina. Dia org nie x kan berani ttg Malaysia klu x der penghasut. Ko nie nk salahkan org jer. Cuba ko jd Menteri KDN. Walaupun Menteri KDN tue byk bertelorensi mcm Allahyarham bapa dia. Aku rasa patut juga bg mengelakkan ketegangan. Adakah kekerasan menjamin kemenangan. Byk2 kita istiqamah

Anonymous said...

Betul tu...
ahmad albab nie budak skola ke ape?
atau terlalu byk sgt main game perang? orang yg bijak menggunakan akal bukan menggunakan emosi.
Ingat semua benda Hishamuddin yg putuskan? kite di negara demokratik bukan negara kuku besi.
kenapa perlu salahkan orang lain sedangkan dalang kejadian ini masih terus bebas? belum menjadi penaraju negara dah mula rancang penjualan tanah negara? itu ke pemimpin?

Anonymous said...

Ahmad Albab ni MULUT nya lebih laju dari OTAK.

Anonymous said...

Mmg bengap btol la ahmad albab ni...klu dieorg jenis x basuh berak cam tiAn chua sng la nk setel..huh..ni sesama islam ditelan mati mak diluah mati bapak..huh ..

Anonymous said...

Banyak blog aku tengok si mat albab ni hantor
komen yg serupa...dah ramai cepuk dia ni,,lepas
ni takde le dia hantor lagi.....kih kih hik.

Anonymous said...

La diorang bawak senjata berat ke? Mati mati aku percaya cakap2 orang PAS dan PKR yang diorang tu selekeh je, datang naik sampan bawak pistol, senapang patah dgn keris je. Tipu betul puak pakatan tu kan, kan.

Datuk Hj Hasnoor Sdg Husin said...

Usaha terakhir Anwar sebelum di kuburkan karier politik nampak melampui batas...ingat xeplon tu sorang.konon nak pantau PRU bagi pehak Anwar.Ini ada lah kes tuntutan jajahan yang di buat oleh sultan Sulu atas jemputan Anwar,ini ada lah stregi Anwar unt bawa masuk kuasa asing dlm komplik politik negara....Yang Anwar nak tentera kita membuat tindakan membunuh semua tentera Sulu maka baru lah Anwar akan mengadu sekutu yahudi nya masuk untuk rancangan penyelesaian....Baru Anwar akan jadi super hero.Agak nya yg menghentam KDN ada lah org yg sama Anwar yg kecewa sbb rancangan Anwar tak menjadi

Datuk Hj Hasnoor Sdg Husin said...

Usaha terakhir Anwar sebelum di kuburkan karier politik nampak melampui batas...ingat xeplon tu sorang.konon nak pantau PRU bagi pehak Anwar.Ini ada lah kes tuntutan jajahan yang di buat oleh sultan Sulu atas jemputan Anwar,ini ada lah stregi Anwar unt bawa masuk kuasa asing dlm komplik politik negara....Yang Anwar nak tentera kita membuat tindakan membunuh semua tentera Sulu maka baru lah Anwar akan mengadu sekutu yahudi nya masuk untuk rancangan penyelesaian....Baru Anwar akan jadi super hero.Agak nya yg menghentam KDN ada lah org yg sama Anwar yg kecewa sbb rancangan Anwar tak menjadi

Anonymous said...

setuju sangat dengan pendapat Ahmad Albab tu..cuba fahamkan apa intipati dan iktibar yg hendak dia sampaikan..mamat bahlol yg kaitkan agama pengganas hahanam tu sebagai Islam, apa yg cuba anda sampaikan? Disebabkan diorng Islam maka boleh lah kita biarkan diirng buat sesuka hati? Sbb org macam andalah negara sentiasa huru hara...berlembut biarlah bertempat ok

Anonymous said...

Anon dgn Ahmad Albab ni org yg sama gamaknye? Geli geleman aku

Anonymous said...

Aiiyaakk..... fokus...fokus... please helping & praying for solutions... not pointing fingers to each other which will end-up with nothing... aku xnak jadi warga negara SULU aku warganegara Malaysia... aku sayang Malaysia... :-(

Anonymous said...

bodo ahmad albab.kalau die masuk rumah ko pakai pistol pastu menyamun ko.ko tembak ker x?.bodo lembu bercakap

Blog Archive

Labels