1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Sunday, March 31, 2013

NAJIB BERANI KE MASJID TABLIGH DI SERI PETALING... PRESIDEN PAS BILA LAG?

Sunday, March 31, 2013

Jamaah Tabligh pernah dihukum sesat oleh para pemimpin PAS kerana enggan berkompromi dengan ajaran PAS bahawa politik adalah agama dan agama adalah politik. Kerja-kerja agama bagi Jamaah Tabligh adalah berbeza sama sekali dengan kerja-kerja agama yang ditunjukkan oleh PAS. Jamaah Tabligh tidak berdakwah untuk mendapatkan kuasa, bahkan jauh sekali mencari kedudukan mahupun kekayaan. Sebalik dakwah Jamaah Tabligh adalah mempromosikan kehebatan Nabi s.a.w dan sunnah-sunnah baginda s.a.w, teladan daripada para Sahabat r.a, dan alim ulama yang berada di landasan serta jalan agama yang sebenar.

Manakala PAS pula, dakwah mereka adalah untuk mendapatkan kuasa. PAS berpendapat, apabila tiada kuasa, bermakna Islam tidak boleh berkuasa dan umat Islam pula akan tertindas.

Dalam Jamaah Tabligh, tidak ada matlamat menghalalkan cara sebaliknya dalam PAS pula, boleh melakukan apa-apa sahaja, hatta memaki hamun, menfitnah, mencaci maki dan sebagainya kononnya untuk mendapatkan kuasa. Bila dah dapat kuasa, maka barulah ajaran Islam sebenar akan diberikan perhatian.

PAS tidak pernah bersetuju dengan Jamaah Tabligh sehinggakan digelarkan ahli-ahli Jamaah Tabligh sebagai sesat, lagho dan berdakwah secara sia-sia. Apatah dakwah Tabligh kepada orang ramai, amat biasa dan amat asas iaitu mengajak umat Islam mendirikan solat secara berjemaah dan menekuni sunnah-sunnah Nabi s.a.w.

Masjid Seri Petaling merupakan markas utama Jamaah Tabligh Malaysia. Masjid itu turut menjadi tumpuan jemaah dari seluruh dunia. Masjid berkenaan sentiasa makmur dan sentiasa diimarahkan biarpun ramai yang membuat tohmahan kononnya masjid tersebut sebagai markas Taliban memandangkan kesemua anggota jemaah berserban, berjubah, bercelak dan berjanggut. Walhal jemaah Tabligh tidak pernah menjatuhkan hukum kepada mana-mana pihak sekalipun pihak berkenaan membuat pelbagai fitnah dan hukum terhadap Jemaah Tabligh.

Semalam, Najib Abdul Razak berjemaah di Masjid Seri Petaling dengan berimamkan Imam Besar Masjid Seri Petaling dan 500 orang jemaah. Itu bukan kali pertama Najib Abdul Razak bersama-sama Jemaah Tabligh.

Tiga tahun lalu, dalam perhimpunan Jamaah Tabligh Sedunia di Nilai, Najib Abdul Razak turut menyertainya dan mengumumkan kebenaran kawasan berkenaan untuk perkumpulan jemaah Tabligh bersama-sama Menteri Besar Negeri Sembilan. Perhimpunan di Nilai itu merupakan perhimpunan terbesar Jemaah Tabligh dari seluruh dunia.

Abdul Hadi Awang dan Nik Abdul Aziz ketinggalan untuk menyertai, sekalipun mereka akhirnya terpaksa menebalkan muka menghadiri majlis tersebut kononnya untuk menunjukkan sokongan kepada Tabligh. Agak malang, sambutan kepada kedua-dua orang pembesar PAS itu jauh daripada meriah memandangkan kebanyakan anggota Jemaah Tabligh terutama sekali dari Malaysia amat maklum permusuhan Hadi Awang dan Nik Aziz terhadap Pergerakan Tabligh.

Dan mujurlah anggota-anggota Jemaah Tabligh telah dididik dengan sikap-sikap tawadduk, sabar dan tenang selain latihan bertubi-tubi menahan amarah. Kalau tidak, sudah tentulah kedua-dua pemimpin PAS itu tak cukup muka dan tak cukup kaki untuk berhadapan dengan debat serta bahas dengan anggota jemaah.

Nampaknya, di sebalik kesibukan dan kepadatan jadual, Najib Abdul Razak tidak mahu membelakangkan jemaah tabligh yang merupakan tonggak utama pendakwahan di Malaysia. Biarpun dakwah tabligh bukannya untuk kuasa, sebaliknya untuk mendidik, ia bukanlah perkara yang menghalang Najib daripada bersama-sama kelompok berkenaan.

Tahniah Perdana Menteri Malaysia yang dapat melihat dan sedar tentang kepentingan kelompok pendakwah yang tidak mengharapkan sebarang balasan apatah lagi memburu kuasa sepertimana yang terdapat dalam sebuah parti yang konon-kononnya memperjuangkan Islam!

49 comments:

Anonymous said...

Kalau aji adi dtng, org tabligh yg keluar, hahaha
kisah di terengganu ketika aji adi perintah masih segar di ingatan ahli tabligh bilamana mereka ini dihalau oleh kerajaan PASPISPUS. sedih kau..

Abu Nafis said...

Kikikiki duduk bawah tempurung ke? Abis semua benda nak dipolitikkan. Sila rujuk disini.
http://www.sinar-harian-online.com/presiden-pas-kunjungi-jamaah-tabligh/

Abu Nafis said...

Ada citer menarik nak dikongsi dgn korang dari blog org tabligh. Supaya jadi iktibar ye....Oh ye presiden PAS tu sudah 3 kali mimpi Nabi ;)
http://duniatabligh.blogspot.com/2010/03/cerita-mimpi-nabi-tuan-guru-haji-hadi.html?m=1

bayan said...

Terharu rasanya PM kita dapat bagi masa kerana igama Allah di Markas Tabligh Sri Petaling.Jarang benar pemimpin negara ke Markas Tabligh Sri Petaling,ini satu hidayah semoga Allah selamatkan rakyat Malaysia dari kesesatan igama. PAS bagaimana pula ?Sila jawab ulamak2 PAS.

Abu Nafis said...

Eh anta tak baca ke link diatas.....jgn jadi katak bawah tempurung ;p

Anonymous said...

Kekadang aku keliru juga dengan jemaah tabligh ni sebab kat kg aku org2 ni lebih cenderung kepada parti pas pis pus. Apa apa pun aku respect kpd PM untuk mendekati setiap inci masyarakat yang ada di negara kita ini. Moga moga keamanan dan kedamaian dapat terjemahkan kepada seluruh warga Malaysia.

Anonymous said...

tak pernah gua tengok Tok Jib pakai kopiah, kat depan dia pakai songkok, kat belakang dia pakai kopiah, siap kain sarong lagi.

Anonymous said...

Keling PKR ceramah kat Pahang dulu2 kata dia jumpa Rasulullah. Siap bertake beer lagi penyokong PAS. dah jadi muslim ke keling tu?

Perlukah kita beritahu yang kita mimpi jumpa Rasulullah?

Anonymous said...

Apa hang Ni, tak paham tajuk.

Anonymous said...

Tu sebab Aku kata a. Nafis tu lari tajuk. Orang cite pasai jemaah tabligh, Dia pi crita pas pun Ada pi ...lepas tu crita jumpa nabi saw. Jumpa nabi saw tak digalakan crita.

Anonymous said...

tak pernah tgk aji najib jd imam.. tak pernah tgk aji najib baca khutbah.. tp penah tgk dia pakai rantai emas.. teringin nak tgk bini dia pakai tudung labuh seperti yg dituntut dlm islam.. tringin tgk anak dia bersama2 penuntut thfiz compare berpeluk ngn pompuan seksi..

Anonymous said...

a'ah bangang die ni lain org cerita lain plak pegi nye..same je baik ketua samaje ngan pencacai,org nak politik awk pun nak tapi bangang..kahkah

Anonymous said...

ala yg DSN walau camane pun tak juak agama ..itu yg penting tak macam pas pukimak ni pakai kupiah sarban tapi jual agama..mana satu yg paling kita repect..org yg biasa yg tak lekang dan mengakui kesilapan dgn org yg bngkak konon junjung islam tunggak tunggek sembayang tapi jual agama jual kalimah ALLAH..dulu pepatah ade kata kalau jumpa india ngan ular bunuh india dulu tapi sekarang jumpa org yg jual agama bunuh dulu ..

Anonymous said...

nik aziz dan hadi bukan mimpi nabi
tapi mimpi babi. besar punya babi siap babi gay lahanat!!

Brader Anuwar Bin Ibrahim

Anonymous said...

ala member aku ada gak ke nilai tu ramai2 perasan yg berkumpul jemaah tu adala tajaan pas pigidah perasan tak abih2..perasan bila bejubah dan brkupiah brkumpul ingat org pas la..ingat die org aje yg alim dan yg islam nye..tabligh tu segan dan hati die org bersih dan segan pada penganjur kalau tak kat situ jugak nik ape nik najis kene smash kawkaw nye

Anonymous said...

ingat aku ada satu ketika dulu dlm youtube ..seorg jemaah kene stroke sebab maki nik najis mase tu tawaduk btul pencacai takut kene daulat..huh kuat btul mandrem org tue tu..ala secara kebutalan dah nak kene ni yg bejuta ngutuk die takde ape2 pun..

Abu Nafis said...

Eh anta tak baca ke link diatas.....jgn jadi katak bawah tempurung ;p

Abu Nafis said...

Bukan aku citer, bukan hj hadi citer kat org tapi org yg bercerita. So.....

Abu Nafis said...

Org tabligh yg citer.....so

Abu Nafis said...

Bahasa mencerminkan bangsa......oooiiii bangsa apa ko ni ye. Gi joun tabligh supaya bahasa ko diubah dgn mengagungkan Allah SWT

Abu Nafis said...

Bukan presiden UMNO je pegi Presiden PAS pun pegi lebih awal lagi. Sila bandingkan dgn tajuk diatas.

Abu Nafis said...

Isu diatas ialah bila Presiden PAS nak datang? Faktanya ialah http://www.sinar-harian-online.com/presiden-pas-kunjungi-jamaah-tabligh/
So sila semak fakta sebelum berhujah.

Anonymous said...

siapa yg tau dia mimpi nabi atau mainan syaitan?adakah dengan bagi tau semua org yg dia mimpi nabi dia boleh buat apa saja dan cakap apa saja?kira dah dapat lesen nak keluarkan apa2 fatwa yg dia suka?adakah seseorang yg mulia di sisi manusia lain akan mulia jugak di sisi ALLAH s.w.t?ada komen kat atas tu kata najib pakai rantai emas,confirm ke bro?kalau tak betul berdosa besar tu bro.sepatutnya umat Islam ni doakan supaya ALLAH s.w.t bagi hidayah kepada pemimpin2 yg beragama Islam.ini tidak,yg cina komunisnya didoakan,yg Muslimnya dikafirkan.gila punya kerja!

Abu Nafis said...

Vice versa....

blekk said...

abu nafis.hg igt org tabligh 2 tau ka adi mimpi Nabi kalo dy sndr xcerita.adoii..xpyh riak sgt...aku budak kedah,dpt versi cerita dr makcik aku(pas tegar),hadi awang mimpi jmp Nabi 7x.dy pon mcm hg gak kata xramai org tau sbb hadi xnk heboh.bai,kalo btol xnk heboh simpan2 diam2 dlm diri.ni x,konon xmo kecoh,tp smpi kedah cni bleh smpi crita.puiii!!

Abu Nafis said...
This comment has been removed by the author.
Abu Nafis said...

Hj hadi tak heboh tapi org tabligh bercerita. Hang percaya ka tak percaya hang punya pasai yg pasti dia mimpi nabi. Takkan nak habaq mimpi kpop kot.....yg tu surat khabaq, tv, radio yg pi heboh. Syariat ka tu? Oh silap soalan. tak riak ka tu? ;p

Anonymous said...

patutnya dia cakap juga, dalam mimpinya, dia terbenam tiga suku badan di dalam lumpur yang menggelegak dan Nabi s.a.w memberitahu dalam mimpi itu, hanya para dai'e baginda yang dapat menyelamatkannya. Justeru dia mesti memuliakan mereka.

Keesokannya, beberapa orang jemaah tabligh tiba di Rusila dan Hadi Awang meraikan mereka kerana mimpinya.

Mimpi bertemu Nabi s.a.w dan pesanan baginda itu, selepas Hadi Awang beria-ia membela Anwar Ibrahim.

Tak mahu cerita yang tu jugak?

Rasa-rasanya blog TFK dah lama cerita benda tu... terutama yang ditulis oleh a.a, salah seorang penulis dalam TFK.

blekk said...

abu nafiss.benak 2 benak jugak.xmo heboh,diam.simple.hg igt puak tabligh 2 tau kalo dy sndr xbuka cita.pasti plak dah.hg nmpk dy mimpi.hehe..media dok tlg heboh 2 menambah riak lg la.hg pny pasai la nk benak selamanya ;-)

Abu Nafis said...

Yg penting mimpi nabi bukan mimpi kpop ;p

Anonymous said...


Dah pun pergi -lagi awal lagi.

http://www.sinar-harian-online.com/presiden-pas-kunjungi-jamaah-tabligh/

Persoalan penting sekarang - kalau benda ini pun hang tak tau, boleh ke kita percaya apa-apa yang hang tulis kat blog ni ?

Anonymous said...

kahkahkah

ingat hadi lagi awal, najib lagi awal pergi, tu yang hadi tergedik-gedik pergi jugak. Dah kali ketiga Najib pi masjid tu. Ni lepas nih, kena pi lagi le tuh tokgundut-tokgundut pas tuh

Abu Nafis said...

3 kali...alhamdulillah. kpop kurang sekali je. 2kali ;p

Ebik Turki said...

bongok

syarif azri said...

maksud sebenar politik Rasulullah s.a.w adalah untuk satu kan umat...satu kan hati-hati manusia... manusia bersatu hati.....bukan berpecah belah..itu baru nama politik islam..

Anonymous said...

bukan korang punya pangkah tentukan siapa kerajaan, bukan korang punya kempen tentukan siapa jadi pemerintah.. Bukan korang punya maki sana maki sini jadikan umat ni sedar..
Yang wat semuanya adalah Allah...
Maki sana sini politik sana sini semua tu xde kejayaan..
Kejayaan hanya dalam agama taat perintah allah tinggal larangan Allah dengan Cara baginda nabi s.a.w sahaja dijamin berjaya... Subhanallaah.. Undilah Allah.. Maha suci Allah.. Undilah Allah...

muhd irfan said...

ya allah ! engkau beri HIDAYAT SELURUH ALAM YA ALLAH !!

Anonymous said...

saya yang salah...Ya Allah ampunkan saya.

Jais Sobrie Inil said...

Biasanya siapa yg bantu agama Allah pasti Allah bantu dia walaupun sekadar membenarkan perjuangannya.
Contohnya... raja najashi...dia membenarkan jemaah nabi saw. Allah bantu kerajaannya hingga tak di jatuhkan oleh Allah........

insan hina said...

aduisss parah2...
usaha dakwah tabligh satukan umat..
bkn pecah belahkan umat...
dlm usaha dkwh tabligh sdiri pon di larangkan masukkan isu2 politik2 malaysia..politik2 ni infradi..diam2 sudah2..yg di [erjuangkan hanya kalimah yg hakn usaha atas iman diri sendiri n hati2 manusia...karkun2 kat sane tu jgn la cmpur adukkan politik malaysia ngan usaha atas iman..

Anonymous said...

politik je la...dakwah kena buat...dalam tabliqh mcm2 org ada..x kira la pas ke umno...tp bila kluar,jgn ckp ttg politik...kalo x ,cerai berai plok hahaha....kan ada hikmah di sebalik tu...islam bersatu dalam usaha nabi....seeeeeeeeeeeee.......

wan jeniang

Anonymous said...

kalau jumpa Rasulullah sepatutnya tk diberitahu..
pasal jemaah tabligh,masa pemerintahan pas di kedah, mmg jemaah tbligh tidak dibenarkan utk tido 3 hari dalam masjid..
tk thu knp..

Amir Jamaludin said...

AStagfirullahalazim..perbincangan yg tidak sihat boleh membawa kepada fitnah yg besar..dakwah ni banyak cara...tolong alihkan batu dari jalan raya supaya orang lain xlanggar dan cedera pun dah dikira dakwah....jgn la kita mengata sapa yg lagi baik..ingat kita hidup ni bukan untuk mengejar pahala semata2, tetapi untuk mendapat keredhaan Allah S.W.T..wallahualam...

Anonymous said...

Sy menyokong penuh saudara amir jamaludin..stiap jemaah islam masing2 mnyumbang kpd kebangkitan islam..pas berdakwah dgn politik,tabligh dgn caranya..kenapa harus kita memaki hamun sesama islam..baik sgt ke kita..hebat sgt ke dakwah yg kita da lakukan..siapa kita utk tahu hati org berdakwah tu ikhlas ke tak..dr kita mnuding jari kat org len,lebih baik kita tgk diri kita sdiri..jaga2 dgn kata2 kita,krn semuanya akn dicatit oleh Allah..

Anonymous said...

Astagfirullah..teruknya bahasa tuan..moga tuan insaf..ingat,kata2 kita menggambarkan peribadi kita..

Anonymous said...

Semoga tuan diberi hidayah oleh Allah..hanya Allah yg tahu samada betul atau tak mimpi tersebut,bkn kita yg membuat hukum..jagalah kata2 mu krn ramai yg masuk neraka itu disebabkan oleh kata2nya..

Anonymous said...

poning den baco kek atah2 tu,moga Allah boghi hidayah dan taufiq kek kito smuo

radhiAllahu said...

Allah maha kuasa...makhluk lanngsung x ada kuasa!

Anonymous said...

Ooo.....hearsay la tu..bukti video pun ditolak ni pulak..dengar kata

Blog Archive

Labels