IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, March 19, 2013

PKR MEMANG CARI FASAL DENGAN PAS BANGI BILA KATA ANWAR GAY!!!

Tuesday, March 19, 2013

PAS Bangi merupakan antara PAS Kawasan yang paling berpengaruh di dalam parti berkenaan. Sebabnya amat mudah, PAS Bangi bertunjangkan Universiti Kebangsaan Malaysia di mana kebanyakan daripada tenaga pengajar dan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi awam itu, kebanyakannya menyokong atau bersimpati dengan PAS berbanding parti-parti lain.

Kalau dahulu, UKM amat sukar diterobos oleh mana-mana parti termasuklah parti pemerintah, sekarang ini,  keadaan sudah berbeza.

Persekongkolan antara PASdengan PKR, telah memberi laluan kepada PKR untuk mendapatkan sokongan daripada golongan pelajar dan tenaga pengajar universiti berkenaan. Malah PAS juga telah membuka laluan kepada PKR untuk bertapak di Bangi, Bandar Baru Bangi dan kawasan sekitarnya yang suatu masa dahulu cukup kebal terutama selepas kemenangan PAS menguasai DUN Kajang pada tahun 1999 buat kali pertama menewaskan calon dari MCA.

Kekuatan PAS Bangi sebenarnya mempunyai kaitan rapat dengan Dr. Harun Din Al-Hafiz yang rumahnya terletak di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. PAS Bangi lebih dikaitkan dengan pengaruh Harun Din Al-Hafiz berbanding mana-mana tokoh termasuklah ADUN Bangi sekarang, Dr. Shafie.

Memandangkan PAS Bangi seringkali dikaitkan dengan keintelektualan, PKR yang diketahui mempunyai ahli dan pemimpin yang busuk hati, cuba mengintai-intai ruang di Bangi.

Secara terbuka, PKR Bangi menyatakan, mereka akan tetap menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri Malaysia walaupun terbukti Anwar Ibrahim merupakan seorang pengamal homoseksual atu  biseksual.

Alasan mereka ialah, sama ada sebagai homoseksual atau biseksual, itu adalah hak peribadi Anwar Ibrahim dan tiada sesiapa pun yang berhak menghalang atau tidak menyukainya.

Pastinya, kata-kata tersebut ditujukan kepada ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS Bangi yang cukup menebal warna dan budaya hijau mereka. Dan sudah tentu jugalah, kenyataan berkenaan sebenarnya tidak lebih daripada provokasi kepada PAS Bangi agar memberikan sokongan kepada Anwar Ibrahim selain memaksa penerimaan konsep seks bebas yang cukup ditentang oleh PAS selama ini.

Apa agaknya yang akan dikatakan oleh PAS Bangi? Adakah mereka akan menyatakan bahawa kenyataan tersebut merupakan kenyataan palsu yang telah direkacipta oleh UMNO? Atau ketua kaum intelek mereka, Mahfuz Omar akan mengeluarkan teori kononnya, UMNO telah mencipta topeng yang kelihatan seperti PKR Bangi untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa?

Kita tunggu sajalah!!!

Published with Blogger-droid v2.0.10

0 comments:

Blog Archive

Labels