1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, April 8, 2013

HABIS MADU SEPAH DIBUANG... UNDI INDIA PUNYA FASAL, RASHID DIN KENA CANTAS AWAL!!!

Monday, April 8, 2013

PKR telah membuat pengumuman hari ini bagi calon-calon mereka di Padang Serai, Merbok, Kulim-Bandar Baharu dan Sungai Petani. Pengumuman yang dibuat oleh PKR, langsung tidak mengejutkan dan sudah dapat dijangka. Apatah lagi dengan pengumuman bahawa orang yang paling banyak melompat parti yang sekarang ini menjadi Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution, akan bertanding di kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu dengan mengharapkan puak-puak PAS sebagai balacinya memandangkan PKR Kulim-Bandar Baharu sebenarnya tidak wujud langsung.

Rashid Din, Ahli Parlimen PKR yang memperkecil-kecilkan undi masyarakat India di Merbok dan seluruh Kedah, bahkan di seluruh Malaysia, akhirnya dicampak keluar. Tempatnya akan digantikan oleh Ketua Wawnita PKR Sungai Petani, Nurin Aina Azrina Abdullah yang juga merupakan Ahli Majlis Perbandaran Sungai Petani.

Johari Abdul, Ahli Parlimen Sungai Petani yang cukup kuat menjilat dan mengiakan apa-apa sahaja perintah Anwar Ibrahim, termasuklah mencipta pelbagai helah dan dalih untuk mensucikan Anwar Ibrahim, dibenarkan kekal bertanding di Sungai Petani.

Namun yang paling menarik ialah, N.Surendran, Naib Presiden PKR yang dilantik oleh Anwar Ibrahim dan sentiasa membela penjenayah, telah dicalonkan oleh Anwar Ibrahim di Padang Serai. N.Surendran dilihat cuba menghakis pengaruh Gobalakrishnan, bekas penjilat tegar Anwar Ibrahim yang keluar dari parti setelah berang dengan tindakan Anwar Ibrahim dan Azmin Ali melantik N.Surendran sebagai Naib Presiden, di Padang Serai.... SAMBUNG BACAAN DI KEDAHAN69ERS.COM

1 comments:

Anonymous said...

zul noordin kata tak nak bertanding,sapa akan lawan nasution di kulim bandar baru?

Blog Archive

Labels