iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, April 24, 2013

SOMBONG HUSAM MUSA, AKAN MEMALUKANNYA SUATU HARI NANTI!!!

Wednesday, April 24, 2013

Husam Musa bukanlah manusia yang berjenis. Seperti juga kes pecah tanah, kambing jamnapari mahupun depu, Husam Musa tidak ubah seperti musang yang mencuri pada malam dan tidur pada sebelah siang.

Muka Husam Musa, memang ada pelbagai jenis. Satu muka syirik yang begitu gemarkan tok bomoh dan tukang jampi. Satu muka yang bertopengkan agama. Satu lagi muka yang berceloreng dengan rompakan dan pencurian yang dilakukan tanpa mengenal masa dan ketika. Dan satu lagi mukanya ialah, pandai pula menyorokkan segala kejahatannya dan berlagak alim.

Itu Husam Musa yang dikenali...

Di Kelantan, sepanjang menjadi Exco Kelantan, bukannya kebajikan rakyat yang diutamakan, sebaliknya projek untuk mengkayakan diri sendiri. Cuba sebut satu sahaja projek rakyat yang telah diusahakan oleh Husam Musa sehingga berjaya berbanding projek-projek yang kosmetiknya saja yang lebih dan segala macam modal serta peruntukan hilang ghaib begitu sahaja.

Husam Musa ke Putrajaya dan di Putrajaya, air mata kambingnya gugur, sama seperti gugurnya air mata Lim Kit Siang. Sama-sama berlakon!

Lawan Husam Musa di Putrajaya adalah Tengku Adnan Tengku Mansor. Sembang besar Husam Musa kononnya, para pengundi di Putrajaya menanti untuk memenangkannya.

Menariknya, jentera penerangan yang digunakan oleh Husam Musa, KESEMUANYA JENTERA LUAR. Sebahagian besar daripada mereka pula adalah PENAGIH PIL KUDA TEGAR.

Jadah apa, orang yang perasan akan menang di Putrajaya menggunakan jentera penerangan dari Kelantan kebanyakannya, Kajang, Sungai Besi dan sebagainya? Mengapa TIDAK ADA SEORANG PUN JENTERA PENERANGAN HUSAM MUSA DARI PUTRAJAYA?

Husam Musa kononnya hendak mengislamkan Putrajaya?

Tahukah Husam Musa apa itu Islam? Bagaimana pula dengan tanggungjawabnya di Salor? Sudahkah dia pernah MENGISLAMKAN Salor atau di Salor, dia mentekedaghah duit rakyat buta tuli?

Apabila Husam Musa ditegur oleh Tengku Adnan agar tidak menggunakan taktik kotor, bukan main lagi dia berlagak alim dan baik. Hakikatnya, penduduk di Putrajaya tidak boleh dibohongi. Perangai hodoh Husam Musa dan budak-budak taik pil kuda yang diupahnya, tidak sahaja menyemakkan mata, tetapi juga mengotorkan persekitaran.

Sudahlah tidak berdisiplin dan gemar membuang sampah merata-rata, kesamsengan mereka juga begitu hebat. Sehinggakan sesiapa sahaja yang menyanggah, semuanya hendak DIBUNUH dan DIUGUT.

Menariknya, dalam duk cerita nak Islamkan Putrajaya, mengapa agaknya Husam Musa datang melawat keluarga si mati hanya selepas TAHLIL diadakan sedangkan dia telah diberitahu awal? Apakah dia takut dengan bacaan TAHLIL? Atau Husam Musa juga bencikan TAHLIL dan BACAAN YASSIN?

Sama ada Husam Musa sekadar memalukan diri sendiri atau dianiayai oleh pucuk pimpinan PAS dengan mencampakkannya ke Putrajaya, sembang besar Husam Musa sekarang ialah, DIALAH BAKAL PERDANA MENTERI DARI PAKATAN RAKYAT sekiranya menang di Putrajaya... bukan lagi Anwar Ibrahim yang kecut perut dan terpaksa bertarung di kubu kuatnya sendiri walaupun sebelum ini bukan main lagi sembang besar tentang bertanding di Perak dan Selangor!!!

6 comments:

Anonymous said...

husam tetap husam....anda berani..terbaeeek

Anonymous said...

Tuiiiiii....berani kepala hotak.

warga kg. kota said...

Husam berjaya tipu penganut PR dgn idea n projek .. mata kena PEJAM...REALITI..

Anonymous said...

Dah nampak kusam

Anonymous said...

politik hujah berhemah, dialu2kan untuk penghijrahan minda kearah lebih sihat....tranformasi kearah rakyat sedar.....

Anonymous said...

politik hujah berhemah, dialu2kan untuk penghijrahan minda kearah lebih sihat....tranformasi kearah rakyat sedar.....

Blog Archive

Labels