1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Monday, April 15, 2013

UMNO KELANA JAYA JADI YANG PERTAMA BUAT BANTAHAN DAN DEMONSTRASI TERHADAP CALON PARTI SENDIRI!!!

Monday, April 15, 2013

Seperti yang dijangka, akan wujud tentangan dan demonstrasi dari golongan yang tidak berpuas hati apabila calon yang mereka idam-idamkan, tidak disebut atau disenaraikan. Sebaliknya yang naik nama adalah orang lain.

Ini tidak sahaja berlaku dalam PKR, PAS mahupun DAP, sebaliknya cukup meriah dalam UMNO dan Barisan Nasional!

Pagi tadi, sekumpulan penyokong UMNO Kelana Jaya telah membuat demonstrasi di hadapan wartawan membantah nama Tengku Riduan Tengku Mansor sebagai calon DUN Seri Setia. Sebaliknya mereka menamakan Halim Abdul Samad atau Yahya Bujang sebagai calon untuk DUN berkenaan.

Alasan demonstrasi ialah, 'KAMI SAYANG UMNO'.

Pengumuman belum dibuat secara rasmi, sebaliknya esok, semua negeri akan membuat pengumuman serentak bagi calon-calon Barisan Nasional. Tetapi nampaknya sudah ramai yang tidak sabar untuk menepuk meja, menghempas kepala ke lantai, mahupun menunjuk penumbuk dengan muka bengis kerana calon-calon mereka tidak disenaraikan.

Apakah kali ini, akan berlaku lagi protes sehingga memenangkan Pakatan Rakyat sepertimana yang berlaku pada tahun 2008?

Kita tengoklah sama-sama!

Sebabnya sangat mudah, masa bagi ucapan, memanglah berapi-api bercerita tentang perjuangan. Tetapi apabila mereka yang bercakap itu perlu membuktikan semangat perjuangan mereka, selalunya merekalah yang paling tak berguna sekali apatah lagi kalau di kalangan mereka itu, terdapat ramai MUNDALIAR dan NANA KATU!!!

29 comments:

Anonymous said...

inilah punca UMNO kalah...penat najib buat keje...yg bawahan gila kuasa...harap lepas PRU13 ada usaha gubal semula pilihanraya...jadikan yg bertanding adalah parti bukan individu....dan jika menang PM atau Majlis tertinggi setiap parti yg menang lantik wakil parti..

Anonymous said...

kasihan dato najib kalau org bawahan fikiran cetek. dato najib dah kerja begitu keras. tak pernah tengok dia begitu komited melawat kawasan menaikkan semangat dan menarik sokongan rakyat. mari sama2 sokong dato najib dgn menyokong siapa saja yg dipilih beliau. kalau tak bersatu bn akan kecundang pru13 nanti.

Anonymous said...

Yang ni biasa lah, dalam setandang pisang..ada yg tak elok, tapi sebagai pemimpin yg dilantik, wajib jumpa pengikut2 begini. Dan bagi pengikut/penyokong, terimalah atas dasar parti. Ada yang setia kepada parti, ada yang setia kepada individu (dan duit).

Anonymous said...

kalau betul sayang UMNO..jangan le kira siapa calonnya..siapa yg presiden parti letak...kita kena sokong 100% tanpa ada ugutan...dorang tu skang ni bukan sayangkan UMNO tapi sayangkan org yg dorang suka...kena ingat...setiap undi tu penting..itu akan menentukan kedudukan BN...kata le calon yg najib letak tu bukan pilihan dorang...dorang protes undi...oleh kerana protes itu...BN tumbang...jadi secara langsung pihak penentang menjadi kerajaan...adakah masa itu baru rasa nak menyesal???

azhar

Anonymous said...

dek kerana sayangkan calon sendiri tak terplih abis parti di terjah umpama marahkan nyamuk abis kelambu dibakar....harap yang berkenaan sejuk-sejukanlah anak buah.mesti bersebab kalau idak terpilih....kalau ngak suka pun ...adik beradik sendiri...boleh ngadu kat mak ayah...kalau kg udah tergadai ...nak gadu ket sapo oiii..

Anonymous said...

Itu lah Bloger Bloger pro BN suka sangat highlight pergeseran PR berebut kerusi nah tengok sekarang Umno belum apa apa lagi member sudah protest malu!

Anonymous said...

Saya sedia faham tugas pm dan kump pemutus calon2 bn. Payahlah kalau macam ini. Jika buat demo shj, presiden parti buat pindaan. Akhirnya akan berlakulah siri demo untuk tunjukkan saiz sokongan masing2.

Mustahil kata pm dapat piaskan hati semua orang. Biarkan yg merajuk tu asal tak lebih 24 jam.

Apa kita tergolong dalam kump yg pilih makan babi dgn lks drp makan ayam dgn najib?

Anonymous said...

Aku nk bgtahu yg main peranan dalam pemilihan calon utk negeri SELANGOR ialah NOH OMAR dan .MD ZIN... kalau sekiranya DATO SERI NAJIB tidak bijak dlm hal pemilihan calon di SELANGOR ini aku rasa harapan utk amikBN merampas kembali SELANGOR ini umpama angan2 MAT JENIN... ini 2 orang lah yg akan menyebabkan BN tewas dgn teruk sekali... aku ambil contoh di tempat aku iaitu di DUN CHEMPAKA nama yg NOH OMAR hantar pd DATO SERI NAJIB ialah FAIZAL BIN SUPAR yg merupakan setiausaha pemuda bahagian... sedang ada orang yg lebih layak untuk calon DUN CHEMPAKA iaitu HISHAMUDDIN BIN MOHAMAD yg merupakan PENYELARAS DUN CHEMPAKA dan juga merupakan KETUA PEMUDA BAHAGIAN PANDAN... jadi aku berharap DATO SERI NAJIB mengambil perhatian dlm perkara ini.. seharusnya NOH OMAR membawa nama HISHAMUDDIN kerana beliau adalah calon yg layak utk bertanding di DUN CHEMPAKA....

yatie said...

sesiapa calonnya, yg penting boleh buat kerja untuk rakyat dan bantu majukan kawasan dan mendengar rintihan rakyat kelana jaya...ok bw2 bertenang....bersatu untuk kejayaan...

jgn bodow sgt la said...

bodow la korang semua. lepas pilihanraya baru la bising. bodow sgt. nampak sgt masing2 gila kuasa. bodow sekali lg aku bg kat hangpa semua

Anonymous said...

Perhatian penting buat DATO SERI NAJIB pilihlah calon yg benar2 boleh buat kerja bukannya calon yg cucuk hidung yg bawa utk kepentingan politik individu tertentu... aku ambil contoh di DUN CHEMPAKA nama calon yg di bawa NOH OMAR utk dihantar kpd DATO SERI NAJIB ialah seorang budak mentah yg baru dlm politik sendiri iaitu FAIZAL SUPAR yg cuma seorang setiausaha pemuda bahagian... sedang nama orang yg layak iaitu HISHAMUDDIN MOHAMAD merupakan PENYELARAS DUN CHEMPAKA dan juga beliau adalah KETUA PEMUDA BAHAGIAN PANDAN telah dicicirkan oleh NOH OMAR selaku TIMBALAN PENGERUSI PERHUBUNGAN NEGERI..... KENAPAKAH PERKARA INI BERLAKU ??????? jawapannya ialah NOH OMAR tolong jawab!!!!!!!! SELANGOR akan kekal ditangan PAKATAN RAKYAT sekiranya DATO SERI NAJIB tersalah pilih calon di SELANGOR... Di AMPANG pun sama juga... nama DATO ISMAIL BIN KIJO telah dicicirkan dengan sengaja oleh NOH OMAR.... DATO SERI NAJIB tolong ambil perhatian...

Anonymous said...

Depa ni tak reti bahasa...ckp Melayu tak faham....M cakap lepas PRU 13 ni hang nak buat apa pun terpulanglah kalau dah tak suka....awat bangang sangat... kami pun ada yg tak suka...nak ditelan mati anak..nak diluah mati omak....cuba check depa ni ahli ke? atau saja sabotaj...

Anonymous said...

Kaulah yg bodow... ini bukan soal gila kuasa... ini adalah suara akan umbi... kita mahu calon yg benar2 diterima bukan oleh parti sahaja tapi yg paling penting adalah calon yg diterima rakyat di kawasan tersebut... bukannya calon PAYUNG TERJUN..... sekarang ni masalahnya ialah calon itu ditentukan oleh orang yg berkepentingan individu tertentu... ADA PAHAM KA..... DATO SERI NAJIB tolong dengar suara akar umbi....

Anonymous said...

Salam semua..dh berapa kali kita berbincang dan bersetuju bahawasanya parti didahulukan dan bukan individu..benda benda macam ni lah yg membuat kan kita kalah kerana kebodohan dan tamak haloba org org seperti ini...sudah sudah lah untuk merebut kepentingan sendiri biar pucuk pimpinan yang menentukan siapa calon sebenar.....

Anonymous said...

Maaf cakap la. Rasanya Halim Abdul Samad atau Yahya Bujang antara orang lama dalam UMNO di Kelana Jaya. Kalau tidak mana ada penyokong yang sanggup tunjuk perasaan. Kami rakyat sebenarnya tak kenal pun siapa mereka.

Cuba ingat balik kenapa masyarakat benci kepada UMNO PRU dulu. Jangan kata orang macam ini tak ada peranannya. Sendiri mahu ingat. Dalam kalah sampai masyarakt lihat orang UMNO macam kucing kurap tepi longkang pun masih lagi nak perasan macam dia sahaja yang betul semua. Sedarlah sikit kenapa orang ramai benci pada kamu dulu.

Ini soal PRU yang penting rakyat bukannya undi parti UMNO sampai nak utamakan akar umbi UMNO. Biarlah cerita dalam kain orang macam Halim Abdul Samad atau Yahya Bujang simpan di kalangan kamu. Kami rakyat tak nak tahu semua tu pun.

Kalau nak undi kami buatlah perangai elok sikit dan jangan bukak pekong di dada.

Anonymous said...

Adoi... elok2 duduk aman bersatu hati sesama sendiri, last last minit nak bertekak dan bergaduh sama sendiri. Bagus lah bn. Daripada aku dah yakin nak sokong bn, sekarang kena fikir semula. Nak berjuang asas kepada calun ke, asas kepada kepentingan ummah? Umat sudah nak jadi buih, baru agak2 nak tegak sikit, sama sendiri nak robohkan pula. Belum menang pun lagi ni selangor tu, dah meracau racau. Belum pun pilihanraya lagi ni..... yakin sgt ke bn boleh menang kalau perangai macam ni..

Anonymous said...

Ishhh..PRU13 ialah BN lawan parti lain, yakni PAKATAN.

Pastikan BN menang..

Bila pemilihan UMNO..titik ler, boikot ke, apa ke, tembak ke, santau ke, atau apa yg patut pada calon2 yg dicalonkan tapi tak berkenan dihati!!

Masalah dalam UMNO, selesaikan masa pemilihan UMNO..

rahmad kayel said...

Ini perkara biasa, mana ada pihak yg sentiasa setuju 100%. Ini isu setempat, macam biasalah tak semua ketua mendapat kepercayaan parti utk menjadi calon. Begitu juga pernilaian ahli setempat mereka pasti mahu pemimpin yg paling mereka senangi menjadi calon. Senang segi apa itu agak subjektif boleh jadi yg paling kerap jumpa atau senang nak lobi. Untuk BN at least calon terpilih semua melepasi SPRM. Yang bakal kita nilai adalah cara kerja.

Tapi bila ia melibatkan PR. Isu perebutan calon parti adalah lumrah ditambah pula kaedah prmilihan melalui lobi bukan hanya satu pintu seperti yg UMNO ada tapi banyak pintu! Terutama PKR banyak sangat team. Tambah parah apabila berebut kerusi sesama pakatan. Sebab itu banyak protes diadakan, ada yg kluar parti, lebih tragik, ada terus bubar bahagian masing2 dan masuk BN beramai ramai!

So utk ahli UMNO harus buka minda, BN hanya menang majoriti mudah pd PRU12 dan amat perlu lebih sokongan rakyat. Takda cara lain selain terpaksa berubah. Setiap kemasukan bekas pimpinan PR yg berkredibiliti tinggi/pejuang kedalam BN mampu recharge balik sokongan rakyat pada BN.

Anonymous said...

Pakatan rakyat akan menang besar di SELANGOR sekiranya calon yg diletakkan adalah calon haramjadah... buat DATO SERI NAJIB jgn ulangi kesilapan yg dilakukan oleh PAK LAH pada tahun 2008..

Anonymous said...

Kami mahukan YB ONG TEE KEAT KEKAL BERTANDING DI PARLIMEN PANDAN.... KAMI MAHUKAN BEN LIEW BERTANDING DI DUN TERATAI..... KAMI JUGA MAHUKAN KETUA PEMUDA UMNO BAHAGIAN PANDAN BERTANDING DI DUN CHEMPAKA....

Anonymous said...

semua2 yg nak rebut kuasa..yg rasa diri dia lebih wajar jadi calon..maka dia lah orang yang paling tak wajar jadi calon.INGAT.Najib adalah anak didik Tun M. jika Tun M dulu sentiasa bawa buku berwarna MERAH..Najib pun ada buku warna MERAH. Aku bimbang org 'berpaling tadah' akan terima PADAH... sebab dlm UMNO ada orang yang sangat setia dan mereka sentiasa memastikan Umno di landasan yg betul. Mereka2 ini tidak memandang wang atau habuan tetapi mereka lebih mementingkan perpaduan Umno. Mereka ini adalah orang yang telah dipilih secara diam2 oleh Presiden Umno (kecuali Pak Lah. Pak Lah lupa melantik org2 ini untuk mengawasi Umno,akibatnya ada duri dlm daging). Demikian sedikit sebanyak aku nak kongsi dgn kamu semua. Hati2 sebab byak rahsia2 dlam buku MERAH. hehehehe.
Sekian daripada BUKU MERAH

Anonymous said...

Aku yg bercakap ni pun ada buku jugalah.... BUKU 555..... lg banyak rahsia....

Anonymous said...

Ha ha ha buku 555? Buku tulis hutang ke tu? Ha ha ha

Anonymous said...

Rumusan & saranan tepat.

Anonymous said...

Oh ok. Mudah mudahan rumusan dan saranan tuan dapat membantu kearah ummah yang lebih mantap. Amiin.

Anonymous said...

Kalau tk nk kami sabotaj dan protes calon di SELANGOR ni jadi tlglah jgn letak calon taikkkk untaaaaa..... Kami tahu sama ada calon tu benar2 berwibawa dan di terima masyarakat setempat atau calon tu memang calon taikkkk untaaaa... calon taikkkk untaaaa ini adalah calon yg kuat melobi melalui pemimpin2 tertentu yg dirinya tk dpt bertanding tapi dgn syarat orang atasan mesti terima calon yg dibawa mereka.... itulah yg dinamakan CALON TAIKKKK UNTAAAA.... secara tak langsung menafikan hak calon yg betul2 berwibawa... ini perkara benar aku nk bgtahu... aku harap DATO SERI SERI NAJIB atau orang2 kanannya membaca tulisan aku ini... supaya jgn lg melakukan kesilapan yg telah berlaku 2008... SELANGOR adalah negeri yg akan menjadi panas sekiranya cuai memilih calon.... harap DATO SERI NAJIB membuat pilihan yg tepat.. tempat yg harus diberi perhatian adalah negeri AMPANG, PANDAN, GOMBAK, TANJONG KARANG, SEPANG......

Anonymous said...

Agak agak korang meroyan kat sini, Najib dapat tau tak? Bagitau la direct kat depa, jgn setakat kat blog ja, bahalul!

Anonymous said...

masa mensyuarat agong nanti kena buat usul baru, dimana pemilihan untuk wakil adun dan parleman hendaklah dibuat oleh cawangan terus ke pusat. Tak melalui bahagian dan ngeri. Pusat akan tentukan melalui majoriti cawangan yang memilih. Semoga dengan ini akan sampai suara akar umbi kepusat. Tak ada melobi lagi sebab cawangan akan tahu siapa yang buat kerja dan siapa yang tidak.

Anonymous said...

orang tak buat kerja tiba2 dapat jadi calon banding dengan orang buat kerja. apa citer? rakyat perhati siapa buat kerja ke tak. kalau dekat PRU baru nak turun padang, sorry la, rakyat dah bijak, mesti lepas dah menang PRU tak jumpa muka dah.

Blog Archive

Labels