iklan

iklan

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, May 14, 2013

TOLONG BERTINDAK SEGERA UNTUK HENTIKAN BUNGA-BUNGA RUSUHAN ALA 13 MEI 1969!!!

Tuesday, May 14, 2013

Desakan kepada pihak berkuasa agar segera bertindak, seperti mencurahkan air ke daun keladi. Keputusan PRU13 yang dibantah oleh Pakatan Rakyat terutama sekali yang berkiblatkan Anwar Ibrahim telah mendorong konco-konconya untuk MENGHALALKAN rusuhan.

Malam tadi, konco utamanya Hishamuddin Rais berapi-api mengajak orang ramai merusuh di jalan-jalan raya di seluruh Kuala Lumpur pada 18 Mei nanti. Turut berapi-api dan mencabar pihak berkuasa agar menangkapnya kerana menghasut orang ramai agar merusuh adalah Adam Adli, 'bekas' pelajar UPSI yang sekarang ini sudah bertukar menjadi gerila KOMUNIS moden di Malaysia.

Cabaran demi cabaran telah dilemparkan kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa, khususnya polis dan Peguam Negara diperlakukan seolah-olah mereka tidak bertelur dan tidak menghiraukan keresahan yang melanda majoriti rakyat Malaysia.

Tindakan awal diperlukan. Walaupun Pakatan Rakyat telah berjaya mendesak kerajaan menghapuskan ISA atau Akta Dalam Negeri, namun banyak akta dan undang-undang lain yang boleh digunakan terutama yang melibatkan ketenteraman awam dan perhimpunan aman. Apatah lagi yang membabitkan permit polis untuk berhimpun, memandangkan kesemua himpunan yang melibatkan Anwar Ibrahim adalah HIMPUNAN HARAM yang berselindung di sebalik falsafah KEBEBASAN BERSUARA dan KEBEBASAN BERKUMPUL.

Himpunan berkenaan memang bertujuan untuk melakukan huru-hara. Orang ramai yang datang telah dihasut agar memberontak dan menggulingkan kerajaan dengan pelbagai alasan-alasan BODOH yang hanya dipercayai oleh orang bodoh sahaja. Antara alasan-alasan yang mewajarkan kekacauan ditimbulkan adalah PENIPUAN SPR, BLACK-OUT dan PENGUNDI HANTU.

Sedangkan alasan-alasan yang diberikan itu, langsung tidak berasas dan terbukti. Penerangan dan penjelasan juga telah diberikan oleh SPR. Bahkan tuduhan-tuduhan yang dilemparkan oleh para pecacai Pakatan Rakyat juga telah dijawab termasuklah video-video dan gambar-gambar yang mereka jadikan sebagai bukti kononnya wujud pengundi hantu.

Namun geruh kucar-kacir di jalanan tetap jadi pilihan utama.

Dengan kata lain, Pakatan Rakyat terutama sekali DAP dan PKR memang mahu mengadakan rusuhan dan kalau boleh pertumpahan darah seperti yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Justeru, tindakan segera pihak berkuasa tanpa menggunakan AMARAN atau MENASIHATKAN, amat diperlukan oleh rakyat Malaysia yang mahu meneruskan kehidupan aman dan sentosa selepas PRU13.

14 comments:

Anonymous said...

Aku tk nmpk pn apa2 tindakan dari pihak berkuasa melainkn keluar TV bg statement AMARAN..apa ingat macai2 tuh takut ker?? mcm kes di Kelana Jaya, polis kata haram dn spt biasa la masuk TV bg AMARAN, tp tgk la perhimpunan tuh jadi jugak..takkan nk tggu ada rusuhan baru nk bertindak?? masa tuh dh terlambat laa..serius la DS Najib nie masih TIDO kot..sudah2 la tuh bagi muka kt depa...

Anonymous said...

Mana ada Menteri Dalam Negeri lagi!!!
Patut PM boleh buat arahan kot....

Anonymous said...

Saya sokong...tgok Singapura.Tangkap terus tanpa banyak cakap.Ini setakat amaran je...siapa takut....cakap saje siapa pon boleh cakap.Bertindaklah sebelum keadaan sudah tidak boleh dikawal.Jangan ulangi lagi peristiwa Lahad Datu....
Kenapa mesti takut?

Anonymous said...

Amaran amaran...tindakan tegas akan diambil..itu saja laaa....tggu bg jd rusuhan dulu kot..

Anonymous said...

LPS.POLIS BG AMARAN AKU PULAK NAK BG AMARAN .AMARAN..AMARAN.AMARAN
.AKU BG AMARAN NI

Anonymous said...

PONDAN...
Tak rela youuu....
Lembik cam sotong cumik!!!

Anonymous said...

AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN .AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARANAMARANAMARANAMARANAMARANAMARANAMARAMNAMARANAMARAN

Anonymous said...

AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN AMARAN.LIM KIT SIANG DEMAM SMPAI SAWAN SEBAB KENA AMARAN.ANWAR HILANG TERUS KAT KEDUTAAN TURKI TAKUT NGAN AMARAN.HEHE

Anonymous said...

Dahlah tangkap yang kecik2 tu...go right to the root cause...Bapak Penghasut mesti di tangkap...btw apa terjadi dengan orang yang bertanggung jawab keaatas peristiwa di Lahad Datu? Masih KIV ke....AMARAN AMARAN..tak kemana...pleaselah...bertindaklah...Khalid!

Dayan Dayak said...

Teman dapat berita terbaru nie Yeop. KJ jadi menteri
http://cerobohlagi.blogspot.com/2013/05/sah-sah-kj-dilantik-menteri-penuh.html

Anonymous said...

Menteri KDN yang baru yangakan dilantik diharap dapat BERTEGAS dalam enjalankan tugas menghadapi manusia-manusia kurang ajar yg sengaja ingin mencetuskan kekecohan didalam negara.

Janganlah hanya memberi AMARAN, AMARAN, AMARAN.......

Kepada KPN yg baru bertegas lah dalam menghadapi suasana yg nampaknya tidak menentu selepas PRU13

Anonymous said...

Atas desakan pakatan melalui NGO minta hapuskan ISA dan Akta buang Daerah..Sebenarnya sejak paklah jadi PM meka da rancang.utk lemahkan kerajaan wajib lemahkan Polis, buat lah aa cerita buukan nama polis, supaya rakyat benci..maka kaum mata sepet dan india cari isu, dapat aja terus bantai tibai, apa lagi IGP melompat, Menteri Smaran terkentut, maka kerajan buat lah itu ini, untuk ambil hati puak ini, ramaikan polis tonda ronda makan angin hasil zero, sundal lalu depan mata x tangkap, jual dvd lucah tak tangkap.. Seba meka hanya tugas tangkap peragut dan tunjuk kehadiran Polis , Polis tanpa gigi, tanpa taring, Najib pulak nak pancing undi vina hapskan ISA, DAN Skta buang Daerah , akta cetak dan sebagainya.. bagus najib pafan Muko kau fa ken atinju dgn Nuat brahim, ?.Poliyik matang apa taiknya..ingat kau kata sebelum ISA dan EO di mansuhkan? angga sungguh kau masa itu, Sepupu kau pun tersenyum kambing mendengar kau puji pakatan haram jadah ni da matang bepolitik..Kin kau rasa lah Yembak kaki sendiri, yembak bini sendiri, last tembak kepala sendiri..Pilih Calon pun org oejabat kau dan org MB dan KM ..langkup.. MB dan KM mana boleh caya..semua pakai kabel..

Anonymous said...

banyak betul amaran....nak termuntah aku....

Anonymous said...

anon 8.22pm, hang cakap apa ni....

Blog Archive

Labels