IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Wednesday, July 10, 2013

BERITA DARI MESIR: PEJABAT IKHWANUL MUSLIMIN DIBAKAR!!!

Wednesday, July 10, 2013

Walaupun sebahagian daripada penyokong Morsi di Malaysia cuba mencipta cerita kononnya, pasukan tentera Mesir sudah berpecah belah dengan sebahagian daripada menyokong Morsi, bekas Presiden yang digulingkan menerusi rampasan tentera yang didalangi oleh Amerika Syarikat dan Zionis, malah ada pula yang mencipta cerita kononnya tentera yang menggulingkan Morsi meminta maaf serta sebahagiannya kembali menyokong Morsi, hakikat yang sebenarnya ialah, Mesir tetap bergolak. Pembunuhan dan kematian orang awam semakin meningkat. Kadar jenayah juga turut melonjak.

Nasib Morsi belum diketahui. Ada yang kata, dia telah disorokkan oleh penyokongnya. Ada pula yang kata, dia telah ditahan oleh pihak tentera di sebuah rumah atau penjara bawah tanah. Malah ada juga yang kata, Morsi sudah pun selamat menjalani kehidupan di atas dunia dan sudah pun berpindah ke dunia arwah.

Memang benar angkatan tentera Mesir berpecah dalam sokongan dan penentangan terhadap Morsi. Tentera Darat Mesir, menyokong Morsi, manakala laut dan udara pula kekal menentang Morsi.

Kemarahan terhadap Morsi, tercetus daripada KELEWATANNYA membuat keputusan selain daripada memberikan terlalu banyak jawatan tinggi kepada kongsi-kongsinya dari Ikhwanul Muslimin. Dengan cara mendendangkan cerita kononnya, pentadbiran Ikhwanul Muslimin akan menjalankan pemerintahan dan pentadbiran bersandarkan kepada syariat Islam, hakikat yang berlaku ialah, sepanjang Morsi berkuasa, kadar pengangguran semakin meningkat dan inflasi semakin melebar.

Secara jelas, walaupun modal agama dilihat sebagai modal paling popular di Malaysia, tetapi di sebuah negara seperti Mesir yang rakyatnya lebih ramai dan penguasaan ekonominya terletak di tangan kuasa asing seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah lain, modal agama hanya membunuh diri.

Ikhwanul Muslimin sekarang ini sedang menjadi buruan. Ramai pemimpin Ikhwanul Muslimin mulai diburu dan ditangkap. Malahan pejabat Ikhwanul Muslimin telah dijarah, digeledah dan dimusnahkan.

Walaupun mungkin berita di Mesir tidak banyak kaitan dengan Malaysia tetapi setiap sesuatu yang dijadikan oleh Allah Taala adalah pengajaran kepada umat manusia selagi mana mereka berpegang teguh kepada 'di mana kamu menghadap di situlah 'Wajah' Allah Taala'.

Seharusnya para pemimpin Malaysia mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di Mesir. Begitu juga dengan rakyat Malaysia yang terlalu banyak merungut tentang makanan dan minuman mereka, walaupun mereka hidup di atas sisa-sisa makanan yang bertimbun-timbun.

Bersyukurlah dengan nikmat dan rahmat yang Allah Taala berikan kepada sebuah negara bernama Malaysia di mana rakyatnya terutama umat Islam walaupun pada bulan Ramadhan, makanan dan minuman mereka bertambah mewah, lazat dan nikmat berbanding umat Islam di negara-negara lain.

2 comments:

S.A.Hamid said...

Inilah akibat dari sikap tidak taat pada pemerintah. Allah dah berpesan supaya taat pada pemerintah tetapi mereka engkar perintah Allah. Firman Allah Maksudnya: “Wahai orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan juga taatlah kamu kepada Ulil-Amri dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berselisih dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul-Nya jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.” Rakyat Malaysia wajib mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku di Negara-Negara Islam Arab.

Anonymous said...

@militer tidak taat kepada presiden mereka yang syah, mursi, militer berkhianat . Militer tak bisa ambil alih pemerintahan yg syah, memberhentikan presiden yg syah pada pemerintahan modern adalah melalui pemilihan umum (election), atau melalui impreachment. Bukan kudeta. Militer hanya menjaga perbatasan negara, polisi menjaga ketertiban umum dalam sebuah negara. Ini baru negara demokrasi modern

Blog Archive

Labels