IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Saturday, September 14, 2013

OPS CANTAS: 15,000 MELAYU DITANGKAP, WAJAR SANGAT-SANGAT... 3000 INDIA KENA TANGKAP, RASIS!!!

Saturday, September 14, 2013

Kuala Lumpur, 14 Sept - Dakwaan kononnya Polis Diraja Malaysia (PDRM) melaksanakan Op Cantas Khas dengan menyasarkan kaum tertentu adalah dakwaan jahat dan tidak berasas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dakwaan itu tidak benar kerana statistik membuktikan bahawa tangkapan tertinggi sepanjang Op Cantas Khas adalah daripada kalangan bangsa Melayu.

"Kita telah tangkap paling ramai Melayu iaitu 15,000 orang berbanding bangsa India sekurang-kurangnnya 3,000...adakah itu rasis? Jangan buat tuduhan kata kita rasis kerana ia tuduhan yang jahat.

"Kita jalankan tanggungjawab mengikut lunas undang-undang yang ada dan kita 'colour blind'. Dalam kes di Melaka polis berjaya menembak mati dua suspek, kita bertindak demikian kerana suspek bertindak ganas, tidak mungkin kita akan berpantun dahulu dengan suspek sebelum bertindak," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan inisiatif 'National Blue Ocean Strategy: Go To Safety Points' dekat sini, hari ini.

Khalid berkata berdasarkan tangkapan yang dibuat dalam Op Cantas Khas di seluruh negara, sekurang-kurangnnya 130 orang akan didakwa di mahkamah mengikut Akta Pertubuhan 1966.

"Sebanyak 50 orang akan didakwa mengikut Akta Pencegahan Jenayah dan banyak lagi tangkapan lain, tangkapan yang akan kita tuduh mengikut pelbagai lagi kesalahan jenayah lain.

"Bagaimanapun, kita masih belum berpuas hati dengan apa yang diperoleh dalam operasi ini selagi jenayah masih ada... inisiatif ini dan pelbagai lagi inisiatif dalam memerangi jenayah akan dilaksanakan secara berterusan," katanya.

Beliau berkata dalam meneruskan inisiatif Ops Cantas Khas yang dijalankan sejak Ogos lepas, usaha terus dipertingkat bagi mengesan 'kepala' kumpulan kongsi gelap ini seterusnya mengambil tindakan berdasarkan apa jua peruntukan undang-undang termasuk Akta Pengubahan Wang Haram.

Op Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lalu menahan 4,806 orang daripada 122,255 orang yang diperiksa sehingga 6 Sept lepas. - BERNAMA

4 comments:

Anonymous said...

Jgn. lupa, kebanyakan Islam/Melayu yg. ditangkap sudah diJAHANAMkan akhlak mereka, disyaki oleh GENG KONGSI GELAP CINA, disyaki DALANG utama belakang sindiket SENJATA/DADAH/PORNOGRAFI/PELACURAN/SEKS BEBAS/PERJUDIAN! Disyaki DALANG utama Geng Kongsi Gelap Cina yg. begitu kaya ialah CIA-MI6-Mossad, yg. terlibat dalam sindiket dadah/senjata api global, seperti yang ditaja besar-besaran mereka di Afghanistan, Mexico dan Latin Amerika - lihat http://www.intrepidreport.com/archives/968, Zeta gang connected to U.S. Special Forces/Mossad, By Wayne Madsen, March 10, 2011!. Ini adalah untuk menghancurkan moral jenerasi muda terutamanya dari umat Islam/kaum Bumiputera, dan meningkatkan JENAYAH termasuk akibat penggunaan dadah/senjata api/pornografi, untuk menghuru-harakan negara, di Dunia Islam dan Dunia Ketiga, yang kaya minyak-gas. Jadi senanglah mereka nak MENJAJAH!

Geng Kongsi gelap Cina juga MENAJA Geng Kongsi Gelap India, lihat di http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/08/10/Gang-36-one-of-the-most-feared-in-the-nation.aspx, Gang 36 one of the most feared in the nation, Saturday August 10, 2013:

KUALA LUMPUR: Gang 36 was originally made up of Chinese members before it was taken over by Indians to become one of the most feared secret societies in the country…..The expert said there were still Chinese members in Gang 36, but they played a more passive role as “investors”. They pour money into the gang to fund its activities which allow them to double their money.

“Most of the time they would have legitimate jobs like in real estate.”

…..He said the fear surrounding Gang 36 had led to many thugs just using its name to set up their own units, adding that membership was hard to verify with it being such a loose organisation…..

Makcik Sambal Belacan – PERTAHAN Islam dan umatnya, Raja-Raja Melayu/PM/UMNO/Bahasa Melayu/K‘jaan BN, hak BUMIPUTERA Melayu dan BUMIPUTERA lain; dan hak orang miskin dari semua bangsa yang hormat Islam, dan bangsa dan hak Bumiputera.

Anonymous said...

Teruskan KPN usaha memerangi samseng2 ini.
Majoriti rakyat malaysia meyokong langkah2 PDRM ini..
SYABAS....

Anonymous said...

Syabas PDRM. tangkap, kalau melawan tembak aje penjenayah2 atau samseng sebegini, tak kira apa bangsa sekali pun. kami rakyat malaysia menyokong penuh tindakan PDRM ni. terimakasih krn menjaga keamanan kami dan keluarga

Anonymous said...

Sebelum bertindak terhadap suspek jenayah berat pihak polis kena berpantun dulu macam ni :-

" Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama sikucing belang
Dah lama kami mencari
Di mana abang menghilang?"

Lepas tu tunggu penjenayah tu jawab dulu pantun
Lepas tu baru tangkap atau tembak
Itupun kalau sempatla (kalau masih hidup)
Kalau penjenayah dah tembak dulu...itu nasibla

Blog Archive

Labels