Blog Haris Ibrahim hari ini memuatkan tajuk ‘
When will they ever stop lying?‘ (sudah 22 komen,
klik sini)Petikan posting di blog Haris:
“Just who is this blogger, Dr Novandri Hasan Basri? [...]
“Remember the false accusations of sexual harassment made against YAB Lim Guan Eng’s son previously? This Dr Novandri Hasan Basri was involved in defaming him too. It was reported that he had claimed that the Penang Chief Minister’s son had assaulted a 16-year-old schoolmate and tried to escape punishment by using his father’s name.”
Blogger-blogger Umno dibayangkan sebagai selalu membohong bukan sahaja oleh blog Haris tetapi oleh Chua Soi Lek dan akhbarnya The Star juga.
Seterusnya blog Haris memberi satu contoh pembohongan yang dirujuk tadi:
“Later it was established that a girl whose photograph was used was identified as 21-year-old chess Grandmaster Anya Sun Corke, who represents England in chess, has no ties with Penang and has never been a classmate of Lim’s son as alleged. They took her picture from a website, deleted the chessboard and then claimed that this was the girl Lim Guan Eng’s son was supposed to have assaulted.”
Laporan-laporan The Star berkenaan isu anak Guan Eng:
‘Mystery girl’ is chess grandmaster (20 Okt 2011)
The Star melaporkan Tony Pua sebagai berkata blogger-blogger yang terbabit bermain “politik tahap longkang” manakala Lim Kit Siang dipetik sebagai “describing the bloggers’ lies as diabolical and heinous”.
Guan Eng: “My son wanted to go to SXI because he did not want to have his hair crew-cut as is required for Heng Ee students, but wanted to keep his hair longer.”
[Wakakaka. Budak lelaki 'prefect' kononnya keluar sekolah kerana hendak menyimpan rambut] -
The Star (18 Okt 2011) melapor alasan yang telah disuarakan bapanya.
HM surprised by allegations involving Guan Eng’s son (20 Okt 2011)
The Star melaporkan guru besar SMJK Heng Ee sebagai berkata anak Guan Eng – seorang pengawas sekolah – telah dipindahkan keluar pada 3 Jan 2011 atas keputusan remaja itu sendiri.
Seperti biasa, liputan berat sebelah berita The Star di atas ada menemurah orang DAP tetapi tidak pula mewawancara blogger-blogger pro-Umno yang telah dicerca itu agar berlaku adil.
Dan tidak pula dilaporkan bahawa pada 24 Feb 2011, Dewan Peniagaan Cina Pulau Pinang yang diterajui Tan Sri Tan Kok Ping telah menyalurkan sumbangan sebanyak RM2 juta kepada sekolah Heng Ee.

Dewan peniagaan memberi sumbangan RM2j kepada sekolah anak Guan Eng

Mesranya Tan Kok Ping dengan Lim Guan Eng
Si Gunting dalam Lipatan
Bukan sahaja akhbar milik MCA itu enggan membuat sedikit investigative reportingtetapi ia menimbus cerita.
(1) Presiden Dewan Peniagaan Cina Pulau Pinang Tan Sri Tan Kok Ping dikenali sebagai seorang ahli korporat yang amat rapat dengan Guan Eng. Adakah blogger-blogger pro-Umno di Pulau Pinang yang cuba mengorek cerita tentang Tan Kok Ping harus dipandang keji dan “tidak beretika”?
Atau ia wartawan-wartawan The Star sebenarnya yang harus dianggap malas membuat kerja? Ataupun ada udang di sebalik batu?
(2) Timbalan presiden Dewan Peniagaan Cina Pulau Pinang, iaitu Datuk Loh Geok Beng, ialah seorang pemaju hartanah yang syarikatnya dipanggil Wabina Construction & Engineering. Wabina ialah kontraktor utama yang memajukan rumah-rumah mewah di tapak Kg Buah Pala. The Star tidak memaklumkan kaitan ini kepada para pembacanya.
Tapak Kg Buah Pala dimajukan oleh syarikat milik timbalan presiden Dewan Peniagaan
Di Selangor pula, Meja Metro akhbar itu mempunyai 27 orang pemberita bertugas di ibupejabatnya di Phileo Damansara. Meja Metro lah yang membuat liputan di kawasan Subang Jaya.
(3) Kalau sudah ada 27 orang pemberita Metro, tidak bolehkah The Starmenghantar seorang daripada mereka untuk menjenguk sekejap di Gereja City Harvest di Subang Jaya untuk bertanya tentang dakwaan ‘cuci wang’
(money laundering) RM5.2 juta (S$2.1 juta) yang ditimbulkan oleh pihak berkuasa Singapura?
(4) Dan kalau sudah ada 27 orang pemberita Metro, tidak bolehkah The Starmenghantar seorang daripada mereka untuk pergi ke balai polis apabila Hannah Yeoh disoalsiasat atas dakwaan memfitnah? NST dan Malay Mail boleh ada membuat liputan.
Jadi kenapa The Star – berbanding NST dan MM, ia mempunyai berganda-ganda jumlah bilangan pemberita – yang
saban hari mewartakan berita boringStar-Jerusubang bertekad tidak mahu menyediakan ruang sekiranya ia berita yang kurang elok tentang politikus evangelis DAP 2.0?
Tapi senang-senang The Star menggambarkan blogger-blogger Umno sebagai penulis tahap longkang.
Tidak pernah sekalipun saya membaca apa-apa rencana yang bersifat kritis tentang politikus evangelis DAP 2.0 dalam suratkhbar tersebut.
Rakan-rakan VIP yang mempunyai banyak kabel
Lim Guan Eng has many rich and powerful friends in Penang.
Adakah wartawan-wartawan The Star merupakan ‘rakan’ Guan Eng juga?
Mungkin blogger-blogger pro-Umno ada minat untuk mengajukan soalan ini kepada orang MCA di Pulau Pinang: Adakah wartawan-wartawan The Starmerupakan ‘rakan’ Guan Eng juga?
Apa jadi dengan siasatan polis ke atas kes anak Guan Eng?
Semalam Guan Eng menuduh badan-badan penguatkuasa undang-undang sebagai bertindak begitu pantas atas kes yang melibatkan Pakatan tetapi sebaliknya melengah apabila kes membabitkan politikus BN –
CM feels MACC only ‘swift’ when handling Pakatan cases (Malay Mail, 8 Jan 2013)
Ketua Menteri Pulau Pinang itu merujuk kepada tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas seorang pembantu kepada Timbalan Ketua Menteri (I) berhubung satu kes gangguan seksual di Seberang Jaya.
Rasa-rasanya tuduhan Guan Eng mungkin tidak berapa tepat kerana SPRM pun masih belum lagi mengumumkan hasil siasatannya ke atas think-tank Guan Eng Penang Institute (Zairil CEOnya) yang didakwa telah cuba merasuah Tunku Aziz.
Dalam kes gangguan seksual di Seberang Jaya itu, wanita tersebut dikatakan telah disogok sejumlah wang supaya beliau berdiam diri. SPRM telah berjaya mencekup seorang pembantu kepada Timbalan Ketua Menteri (I) Pulau Pinang yang didakwa terbabit.
Kita belum mengetahui apa dia kesudahan siasatan polis ke atas dakwaan kes gangguan seksual kononnya berlaku di SMJK Heng Ee. Adakah fail polis itu sudah ditutup?