Ada seorang ni yg brpendidikan Timur Tengah..katanya, dia hairan kenapa orang2 Melayu melatah pasal Bible dalam bahsa Melayu..dan pengunaan kalimah Allah swt dalam terjemahan bible.
Dia brpendapat "ISLAM for ALL, Allah swt for ALL" kita tak leh halang sesapa nak cakap pasal Islam, atau gunakan perkataan Allah swt.
Apa nak takut, inilah peluang utk kita kukuhkan agama sesama kita dan malah ni juga peluang pada orang2 kapir mendekati Islam malah katanya di negara2 Barat, ribuan penganut2 kristian telah memeluk Islam!!
Dia brpendapat..pendapatnya selaras ngan AQ..agama kamu ialah agama kamu, agama kami ialah agama kami..
_____________
Bunyi macam ok..kononnya brfikiran luas.
Tapi...sejauh mana usaha pengukuhan Islam dalam masyarakat Islam? Kita sesama kita pun sentiasa bertelagah.
Kita cuba halang fahaman komunis, black metal dan beberapa ajaran sesat dari brleluasa dan dalam usaha menghalang tu pun kita dapati bukan sedikit orang2 Islam terjerumus dalam fahaman2 sedemikian..malah ada yg berjuang atas kebebasan seks, walaupun sesama jenis!!
Mungkin beliau dan rakan2 sejawat mereka brpendidikan Islam yg sempurna dan mempunyai iman yg kukuh, yg mana pasti tidak mudah tergugat ngan segala usaha orang2 kapir..tapi fikirkanlah akan sedara2 seIslam kita yg ada bau2 bacang je Islamnya.
Ramai ummat Islam dinegara ini dari peringkat alim ulamak lagi yg keliru dan payah nak bezakan parti politik dan agama..apa lagi ngan permainan halus orang2 yahudi dan nasrani..
Cuba bayangkan..jika cucu kita kemudian hari bertanya kepada kita..bila kita citerkan pasal Allah..cucu brtanya, Allah swt yg mana satu, Tok citer ni?
Kita mungkin ngan selamba dan penuh keimanan akan brkata..Allah swt kita gini, Allah sana begitu2..
Pehhh..cucu kita pun angguk2..
Tapi perasan atau tidak..sejak bila ada dua Allah!!
Lagi pun hasrat mereka nak terjemahkan Bible je..terjemahan God dalam bahsa Melayu ialah Tuhan. Bukannya Allah swt. Tu je..
Allah swt telah brpesan pada kita bahwa orang2 kapir ini tidak pernah senang ngan orang2 ISlam sehingga orang2 Islam ikut mereka..takkan kita ngan penuh brlapang dada dan anggap orang2 kapir ini ikhlas dan tidak mempunyai niat apa2 dalam nak gunakan nama "Allah"..
Lagi pun..nak terjemahkan dalam bahsa Melayu ni target groupnya pada orang2 bukan Melayu ke?
Islam for All..benar.
Islam adalah agama utk sekelian manusia, Islam adalah kurnia Allah swt pada semua manusia ..tidak kira bangsa dan agama.
Tapi jika dalam menyampaikan Islam dan utk mentafsirkan ayat2 Allah swt pada orang2 Islam sendiri ada syarat2nya..apakah orang2 kapir kita leh biarkan tafsir ayat2 Allah swt sesuka hati abah dia?
Kita nak belajar kedoktoran dan apa2 jenis ilmu ada peraturan2nya..kenapa nak belajar Islam tidak mahu hormati peraturan dan adab2nya?
Dalam pada tu kita marah bila orang2 bukan Islam kata dan tulis bukan2 pasal Islam, pasal Allah swt dan nabi saw..ishh Islam for All, kenapa nak marah? Bior je ler..tu tanda2 mereka sukakan Islam, jangan halang dan marah nanti lari ler mereka dari Islam..pehhh
Orang2 kapir leh bincang, leh cakap, leh tulis pasal Islam..tapi hormatlah kerana Islam adalah agama bukannya bahan senda gurau dan bukannya bahan utk dipolitikkan dan diniagakan.
Allah for All..ni pun benar!!
Sebenar2nya hanya Allah swt lah rabb sekelian alam dan sekelian makhluk!! Allah swt rabb pada sekelian manusia..cuma manusia je semada engkar atau pun taat.
Tapi ngan alasan ayat2 AQ dalam surah AlKafirun tersebut bukanlah alasan ngan membiorkan orang2 kapir menggunakan kalimah Allah sesuka hati mereka..
Makna lain..hormatilah. Usahlah cuba2 nak main2 dan perlekeh2kan agama sesapa.
Kita dah beratus tahun mensucikan Allah swt dari segala sekutu dan sucikan dari fitnah2 dan sangkaan bahwa Allah swt ada anak..kini nak izinkan orang lain nak letak nama Allah dalam kitab yg mana akan sekutukan Allah swt dan fitnahkan Allah? Dah beratus tahun..semua kaum di Tanah Melayu maklum, kenapa hari ni nak main2?
Usahlah kerana perasan diri kita teguh akan ilmu agama dan iman maka perkara tidak ada apa2..fikirkan esok2 hari.
Umar ra enggan dirikan solat dalam biara yahudi walaupun "semua muka bumi ni leh dirikan solat" Iman dan ilmu Umar ra tidak dapat dipertikaikan..ianya telah disaksikan oleh nabi saw sendiri malah dikatakan jika ada nabi lagi selepas baginda saw, pastilah Umar ra.Umar ra bukan brfikir utk dirinya..malah brfikir utk ummat nabi saw yg lain dan diakhir zaman!!
Dan lihatlah juga betapa halus rahib yahudi dalam cuba perdayakan Umar ra dan ummat Islam!!
So sekelian alim ulamak dan yg perasan alim ulamak..renungkanlah kisah Umar ra ini..dan usahlah anggap orang2 kapir ni sejenis manusia yg tulus ikhlas khususnya dalam bab agama!! usahlah brsangka baik ngan orang2 kapir khasnya dalam soal2 agama.
Lagi pun..gamak ke nak lihat dan baca nama Allah yg mana disebelahnya ditulis juga akan nama dan sekutunya...GAMAK ke..
apakah orang2 Islam di Tanah Melayu didalam hati mereka ada Allah selain dari Allah swt? Yakni bila dikatakan Allah atau dibaca Allah dalam kitab Injil Melayu, maka hati mereka akan rujuk Allah yg sifat2 gitu..bila baca AQ, Allah yg sifat2nya begini..
Iman ummat hari ni..umpama kulit bawang je, usahlah kita bantu kupas dan buangkan iman yg senipis kulit bawang ini, semata2 nak dapatkan sokongan undi orang2 kapir..
Ahli2 PAS..masih nak ambil orang2 kapir sebagai pempin tertinggi? dah ler masa BERSIH2 yg dulu ni telah angkat Datuk Ambiga sebagai ketua perhimpunan.
Takkan tak faham2 ..apa yg dapat bila ambil orang kapir sebagai pempin tertinggi? tak nampak sapa yg bergumpal dan terjerit2 dijalanan tempoh hari? sapa yg disepak dan dipukul? sapa yg disemburkan ngan air? Yg memukul dan yg dipukul? Semuanya adalah orang2 Islam..,mana gi pempin2 kapir ini?
Kata ikut AQ dan sunnah..sejak bila nabi saw dan para sahabat, yakni contoh mereka yg benar2 ikut AQ..ambil orang kapir sebagai pempin?
Kalau ulamak2 dan pempin PAS buat gitu..takkan ahli2 pun nak buat?
Iblis pernah jadi ketua dan guru pada para malaikat..bila Iblis engkar, tidaklah para malaikat ni patuh dan ikut..tapi tetap taat pada Allah swt.
Bila dah terkeliru..kembalilah pada Allah swt dan RasulNya.
-aa