1M4U

IKLAN BERBAYAR

ISTIMEWA DAN BERMAKLUMAT

Tuesday, February 26, 2013

SIHIR ROSMAH MANSOR TERHADAP DEEPAK, SEBABKAN DEEPAK BERBOGEL DAN JADI GILA!!!

Tuesday, February 26, 2013

Bila cerita tentang sihir dan buatan orang, biasanya itu adalah penghujung kepada punca dan asbab kepada sesuatu. Biasanya, cerita tentang buatan orang atau sihir didendangkan bertujuan untuk menakut-nakutkan orang lain tentang musuh, menjadi punca kepada sesuatu penyakit atau enigma dan bertujuan untuk membunuh personaliti seseorang.

Deepak Jaikishan seperti yang diketahui, sedang terdesak yang amat sangat. Pembohongan dan cubaannya meraih keuntungan, tidak berjaya. Justeru, dia perlu melakukan sesuatu yang lebih drastik dan ekstrim.

Rosmah Mansor menyihirnya sehingga dia jadi separuh gila dan takut dengan telefonnya sendiri! (BACA DI SINI)

Macam cerita kartun!

Walaupun memang wujud sihir dalam dunia ini, bahkan al Quran sendiri menerangkan tentang pengutusan dua malaikat iaitu HARUT dan MARUT, kisah-kisah sihir dan mukjizat membabitkan para Nabi dan Rasul seperti pada zaman Sulaiman a.s, Musa a.s, Ibrahim a.s dan Nabi Muhammad s.a.w, pada zaman oden ini ia sebenarnya lebih kepada cerita fitnah yang sengaja diada-adakan untuk pelbagai tujuan.

Konon ceritanya, seorang bomoh Melayu telah berjaya mengesan sihir yang dihantar kepada Deepak Jaikishan. Bomoh Melayu dari Pantai Timur berkenaan menyatakan bahawa sihir berkenaan datangnya dari Negeri Sembilan dan menggunakan tulang babi putih dan tulang manusia.

Cerita-cerita tidak berasas seperti ini, bukan susah sangat hendak dicipta. Apatah lagi jikalau ianya membabitkan seorang personaliti seperti Rosmah Mansor yang telah diberikan atau dilekapkan dengan pelbagai cerita negatif.

Namun apabila ianya membabitkan Deepak Jaikishan yang sudah diketahui CUKUP SUKA BERBOHONG dengan apa-apa sahaja, termasuklah ORIENTASI seksualnya sendiri,

Rosmah Mansor sihirkan Deepak?

Dah sampai ke tahap kemaruk sebegitu rupa... yang percaya dengan cerita-cerita sebegitu, hanyalah orang terdesak. Dan orang terdesak di Malaysia ini adalah Anwar Ibrahim. Dan yang boleh menerima perkara-perkara karut tanpa asas dan fakta hanyalah penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Mereka hanya boleh menerima cerita-cerita karut dan tidak berasas, tetapi menolak dengan sekeras-kerasnya apabila didatangkan bukti, fakta dan kenyataan!!!

Selepas cerita Rosmah Mansor bunuh Altantuya Shiiribu tak laku, sekarang ini cerita pulak Rosmah Mansor sihirkan Deepak?

Memang lawak!!!

4 comments

KUIN PECAT KAKITANGAN SEBAB TAKUT LEBIH BANYAK PEMBOHONGAN MEREKA DIBONGKAR DAN DIDEDAHKAN!!!


Kolej Universiti Insaniah semakin kucar-kacir. Bukan kerana kakitangan mogok atau buat hal, mahupun para pelajar pakat-pakat bakar bangunan pejabat dan kampus, sebaliknya kerana pengurusan KUIN yang diketuai oleh Rektornya, Jamil Osman melakukan dasar KOMUNIS berkepiah putih ke atas kakitangan KUIN sendiri.

KUIN yang ditubuhkan oleh Kerajaan UMNO-BN, tidak pernah berhadapan dengan masalah seperti sekarang. Semenjak PAS menjadi Kerajaan Negeri Kedah, KUIN sudah jadi seperti tempat pembunuhan beramai-ramai. Orang PAS jadikan KUIN sebagai harta mak bapak mereka dan mengaut setiap sen di KUIN untuk diri sendiri.

Penyelewengan tersebut telah dilaporkan kepada SPRM oleh kakitangan KUIN, tetapi dek kerana ada SESUATU YANG ISTIMEWA dalam SPRM yang berkaitan dengan pentadbiran Kedah dan KUIN, HARAM TAK SATU PUN laporan kepada SPRM diambil tindakan mahupun siasatan!

Muhammad Azki Hafizi yang merupakan PENGERUSI BERSIH KUIN sedang berhadapan dengan tindakan pemecatan oleh pengurusan KUIN yang sudah terlalu takut ekoran pendedahan yang dibuat oleh kakitangan KUIN yang diketuainya kepada awam. Segala penyelewengan dalam KUIN yang telah dilakukan oleh Rektor KUIN, Jamil Osman telah menjadi berita hangat.

Justeru tindakan memecat Muhammad Azki Hafizi dan kakitangan KUIN yang bekerjasama dan tidak sanggup lagi dianiayai serta dizalimi oleh PAS Kedah menerusi Rektor KUIN, Jamil Osman, dianggap dapat menyelamatkan PAS Kedah serta KUIN daripada diketahui oleh seluruh rakyat Malaysia, khususnya rakyat Kedah bahawa PAS sebenarnya tidak lebih daripada sebuah organisasi PENCURI, PEROMPAK dan PENJARAH yang berselindung di sebalik KEPIAH PUTIH dan janggut sejemput yang dikatakan sebagai SUNNAH!

Teruskan bacaan di KEDAHAN69ERS.COM

1 comments

REZEKI DI TANGAN ALLAH? MENGAJI AGAMA TAK CUKUP, MAMAT PAS NIH!!!


Angkuh dan jahil merupakan ciri-ciri tetap yang terdapat kepada pecacai PAS. Mereka ini kurang mengaji agama. Kalau mengaji pun, setakat mengaji alif, ba ,ta, kemudian lari ponteng di belakang kelas untuk menghisap rokok atau melepak kat mana-mana. Bila dah tua sikit, barulah nak belajar mengenal agama.

Malangnya, tersalah pilih. Ingat bila dah cekup kepala dengan kepiah putih, dah cukup beragamalah tuh!

Rezeki di tangan Allah!

Kalau nak diperdebatkan bab MUTASYABIHAH nih, sampai pagi lusa pun takkan habis...

Kita beralih ke perkara rezeki...

Dalam Islam, agama yang Allah Taala anugerahkan dan merupakan rahmat buat umat manusia, diajarkan bahawa setiap perkara mempunyai ASBAB dan MUSABAB. Tidak akan berlaku sesuatu perkara itu mengikut konsep TONGKAT SAKTI HARRY PORTER.

Dek kerana itulah, Allah Taala mengajarkan kita agar tidak mendurhaka kepada ibu bapa walaupun Nabi Adam a.s diciptakan tanpa ibu dan tanpa bapa. Kalau ikut konsep dan kepercayaan pecacai PAS bahawa REZEKI DI TANGAN ALLAH, maka tidak perlulah kita kepada ibu bapa kerana kita semua adalah ciptaan Allah Taala. Bahkan di dalam diri manusia ADA RAHSIA ALLAH TAALA yang akhirnya menyebabkan Iblis laknatullah menerima laknat buat selama-lamanya.

Di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan At-Tirmizi yang dikelaskan sebagai hasan sahih yang bermaksud:

"Barangsiapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak bersyukur kepada Allah."

Bongkak benarlah dalam kes seorang pecacai PAS cuba menolak ASBAB kepada rezeki yang dialirkan Allah Taala menerusi GERAI MARA kepada keluarganya dan kemudahan yang diperolehi oleh ahli-ahli keluarganya untuk mendapatkan rezeki.

Berkata al-Khattabi : “Hadis ini boleh dita’wil dalam dua bentuk. Pertamanya, sesiapa yang mana kebiasaannya mengkufuri nikmat (yang dia peroleh-pent) dari manusia, dan meninggalkan bersyukur (berterima kasih) atas kebaikan mereka, adalah kebiasaannya dia juga akan mengkufuri nikmat Allah dan meninggalkan bersyukur kepada-Nya”

Dan apa yang lebih utama disini adalah barangsiapa yang tidak berterima kasih kepada manusia bermakna dia tidak bersyukur kepada Allah dan sekaligus dia tidak memenuhi tuntutan agar bersyukur seperti yang telah disebutkan, dia juga tidak akan mendapat kelebihan orang yang bersyukur kepada Allah.

Diriwayatkan daripada sahabat Usamah bin Zaid bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

مَنْ صُنِعَ إِلَيْهِ مَعْرُوفٌ فَقَالَ لِفَاعِلِهِ جَزَاكَ اللَّهُ خَيْرًا فَقَدْ أَبْلَغَ فِي الثَّنَاءِ

Yang bermaksud : “Barangsiapa yang dibuatkan (diberikan) kepadanya kebaikan, maka katakan kepada orang yang berbuat baik itu “Jazakallahu khaira” semoga Allah membalas kapadamu dengan kebaikan. Sesungguhnya hal tersebut telah bersungguh-sungguh dalam berterima kasih” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Dalam riwayat Imam at-Tabrani pula sabda Nabi s.a.w :
إذا قال الرجل لأخيه جزاك الله خيرا فقد أبلغ في الثناء

Yang bermaksud : “Apabila berkata seorang lelaki kepada saudaranya “jazakallahu khaira” maka sesungguhnya dia telah bersungguh-sungguh dalam berterima kasih (memberi penghargaan)”
Konon-kononnya nak sangat tunjuk hebat dan konon-kononnya tak mahu sekutukan Allah Taala dengan manusia sehingga tidak perlu berterima kasih dan bersyukur dengan nikmat Allah Taala yang diberikan menerusi ASBAB dan MUSABAB sehingga akhirnya menampakkan diri sebagai bukan sahaja ANGKUH bahkan TERLALU JAHIL MURAKKAB.

Sila rujuk DI SINI mengapa artikel ini ditulis.

3 comments

PECACAI PAKATAN RAKYAT SENGAJA LINTANGKAN KERETA HALANG ORANG RAMAI AMBIL BR1M UNTUK NAIKKAN KEMARAHAN RAKYAT!!!



Setiap kali program Bantuan Rakyat 1 Malaysia(BR1M) pasti akan ada sabotaj daripada pembangkang. Mereka akan mengambil apa sahaja pendekatan demi untuk menggagalkan program bantuan tersebut.

Semalam program BR1M yang diadakan di Sekolah Kebangsaan Seri Jaya(SMK Seri Jaya) menyaksikan satu unsur sabotaj telah dibuat oleh pihak pembangkang.

Jalan masuk ke SMK Seri Jaya memang agak sempit tetapi untuk 'parking' kereta di kawasan Sekolah bagi 700 buah kereta amat mencukupi tetapi malangnya ada dua buah kereta telah meletakkan kereta mereka betul-betul di tengah jalan dan seterusnya menyekat hampir 300 buah kereta daripada memasuki kawasan sekolah.

Penerima BR1M dan keluarga terpaksa mengambil inisiatif untuk meletakkan kereta mereka lebih 200 meter daripada sekolah dan mengambil keputusan berjalan kaki dalam keadaan hujan yang lebat ke tempat program penyerahan BR1M diadakan.

YB Dato Hamidah juga terpaksa turun berjalan kaki sejauh 300 meter untuk sampai ke tempat penyerahan BR1M tersebut.

Ini membuatkan hampir 50% keluarga penerima BR1M memaki hamun kerajaan kononnya nak bagi bantuan pun suruh rakyat berjalan kaki.

Ada terdengar rungutan daripada seorang perempuan mengatakan "inilah duit haram, nak ambil duit haram pun susah"

Sehingga jam 6 petang kedua-dua kereta tersebut dialihkan oleh 'individu' yang tidak dikenali dan difahamkan pemandu tersebut datang bukan untuk mengambil BR1M kerana mereka menaiki kereta lain ke tempat kereta yang mereka letak tadi.

Menurut maklumat orang ramai kedua-dua pemandu itu orang dewasa yang sedikit pun tidak dikenali oleh orang tempatan.

Oleh itu pengalaman yang lalu sudah ada, penyerahan BR1M pada kali ini perlu dibuat lebih berhati-hati kerana kerajaan mempunyai ramai musuh untuk mensabotaj setiap program bantuan seperti ini.

Pembangkang sudah terdesak dan untuk memastikan rakyat marah kepada kerajaan berbagai sabotaj telah dirancang dan pihak kerajaan perlu bersedia dengan sabotaj yang lebih teruk selepas ini.

Jangan hanya fikir hendak membantu rakyat sahaja pihak kerajaan juga perlu memikirkan unsur-unsur sabotaj yang bakal dilakukan oleh pihak pembangkang.

Jika dilihat kepada kenyataan sesat Hadi Awang kita tidak menolak pembangkang sanggup buat apa sahaja demi fatwa songsangnya:


Jika sebelum ini, Mursyidul Am Pas, Nik Aziz Nik Mat menyamakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada rakyat seperti memberi makan hampas kelapa kepada ayam dan lembu, presiden parti itu pula, Hadi Awang menyifatkan pemberian bantuan itu sama seperti yang dilakukan oleh Firaun.

Menurutnya, usaha Kerajaan Pusat melaksanakan pemberian BR1M itu sama dengan Firaun yang disifatkannya turut melaksanakan bantuan yang sama kepada rakyat Mesir sejak ribuan tahun dahulu.

Berucap pada Konvensyen Pakatan Haram Ke-4, Abdul Hadi berkata, tindakan Firaun itu telah disebut di dalam al-Quran yang menceritakan kisah Nabi Musa a.s tentang sikap Firaun memperbodohkan-bodohkan rakyat Mesir ketika itu.


1 comments

P.I BALASUBRAMANIAM PASTI AKAN PENING DENGAN DEEPAK JAIKISHAN!!!


Balasubramaniam, bekas penyiasat persendirian yang lari ke Chennai, India dengan pembiayaan pendana yang menyokong Anwar Ibrahim selama ini bersama-sama keluarganya, telah pulang ke Malaysia. Kepulangannya dikatakan untuk membantu Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim untuk menumbangkan Najib Abdul Razak serta UMNO-Barisan Nasional.

Namun, apa yang berlaku sebenarnya ialah Balasubramaniam sudah kehilangan pembiaya. Dia sudah kehilangan sumber kewangan apabila orang yang selama ini menanggung hidupnya di India, telah menarik balik sokongan kewangan.

Justeru, mahu tidak mahu Balasubramaniam terpaksa balik ke Malaysia. Sekejam-kejam Malaysia dan pentadbiran negara ini, dia masih boleh mencari makan di negara ini. Kalau di India, dia hanya boleh menjadi pengemis bersama anak-anak dan isterinya.

Orang yang paling menunggu-nunggu kepulangan P.Balasubramaniam adalah Deepak Jaikishan. Kedua-duanya berkongsi matlamat yang sama, iaitu mendapatkan wang daripada Anwar Ibrahim dengan cara membantu Anwar mencipta fitnah baru terhadap Najib Abdul Razak, Rosmah Mansor dan Kerajaan Malaysia.

Deepak seperti yang diketahui, merupakan seorang ahli perniagaan yang sedang berhadapan dengan masalah kewangan yang sangat teruk. Sebelum ini, dia telah berjaya memperdayakan seorang pemimpin UMNO untuk menyelesaikan masalahnya dengan institusi kewangan yang kemudian mengatur semula pembayaran pinjamannya.

Bagaimanapun, usahanya untuk memeras ugut dengan mereka-reka cerita yang dia sendiri tidak begitu pasti, telah gagal. Deepak berpaling kepada Anwar Ibrahim dan cuba mendapatkan perhatian daripada lelaki yang lebih dikenali sebagai PAPA JAHAT berKOTE BENGKOK.

Anwar pula kelihatan bersikap acuh tidak acuh. Bahkan 'menghantar' Deepak Jaikishan kepada PAS untuk memuatnaikkan fitnah-fitnahnya.

Deepak sudah jauh tersasar daripada tujuan asalnya. Dia sudah masuk terlalu dalam dan tidak dapat keluar lagi. Untuk itu, dia memerlukan sokongan dan rakan sekutu yang dapat berganding bahu dengannya mewujudkan FEAR FACTOR baik kepada Najib Abdul Razak mahupun kepada Anwar Ibrahim.

Baik Deepak Jaikishan, mahupun Balasubramaniam, kedua-duanya memeningkan Anwar Ibrahim. Segala perancangan yang diaturnya tidak pernah menjadi. Sivarasa dan N.Surendran yang pernah ditugaskan untuk membantu Deepak dan Balasubramaniam juga tidak dapat berbuat apa-apa.

Para pecacai Pakatan sangat berhadap, Balasubramaniam dan Deepak akan menjadi gandingan yang akan memberikan bantuan besar kepada Pakatan Rakyat. Namun berdasarkan kepada apa yang sedang berlaku, nampaknya bukan sahaja para pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim, sebaliknya para pecacai Pakatan Rakyat pula seperti meletakkan gelung tali gantung ke leher masing-masing.

3 comments

4 SAMSENG PAS DITAHAN POLIS SELEPAS CEKIK DAN UGUT BEKAS AHLI YANG JADI PENGERUSI PENAJA CAWANGAN UMNO DI WAKAF TAPAI!!!


Nampaknya trend keluar PAS dan masuk UMNO selain membubarkan markas PAS dan menubuhkan cawangan UMNO semakin berterusan. Dan trend ini amat menakutkan para pecacai serta penyokong PAS tegar yang sedang berhadapan dengan pelbagai ancaman termasuklah dari kalangan Pakatan Rakyat sendiri.

Di Wakaf Tapai malam tadi, seorang lelaki bernama Ramly bin Abdullah telah membuat laporan polis apabila empat orang SAMSENG PAS datang ke rumahnya dan mengugutnya. Menurut laporannya, Ramli yang ketika itu bersama-sama ahli keluarganya di rumah telah didatangi empat orang lelaki Melayu yang dikenali dengan nama Di Pok Loh dan dua orang adik lelakinya, Lan dan Man serta seorang lagi bernama Mamat bin Musa.

Keempat-empat lelai tersebu telah memanggil Ramly keluar dan terus memarahinya kerana Ramly keluar dari PAS dan telah menjadi Pengerusi Penaja penubuhan Cawangan UMNO Bukit Chempedak, Wakaf Tapai.

Keempat-empat samseng PAS itu kemudiannya bertindak mencekik leher Ramly dan mengeluarkan katakata ugutan untuk membakar rumah serta membunuh Ramly ekoran kejadian keluar parti dan menubuhkan cawangan UMNO di kampung itu.

Kejadian tersebut disaksikan sendiri oleh isteri dan anak-anak Ramly.

Semuanya bermua apabila 81 orang ahli PAS dari Kampung Bukit Chempedak yang diketuai oleh Ramly telah bertindak keluar dari PAS dan menjadi ahli UMNO pada 4 Januari lalu di kediaman Menteri Besar Terengganu.

Ekoran kejadian tersebut, pemimpin-pemimpin setempat PAS yang mulai kepanasan ekoran sokongan yang kian merudum. Ahli-ahli PAS biasa telah dihasut agar bertindak mengugut dan menakut-nakutkan mana-mana ahli PAS yang berhasrat keluar parti.

Jam 3:00 pagi, 26 Februari, pasukan Jabatan Siasatan Jenayah IPD Marang telah menahan empat orang suspek yang merupakan ahli PAS di Kampung Jerung. Mereka telah direman di Mahkamah Majistret Marang pada jam 10:00 pagi tadi.

Makin melampau puak-puak ni. Belum lagi berkuasa, sudah kemaruk nak berlagak seolah-olah cacing naik ke  mata. Segala undang-undang sudah tidak terpakai. Main ugut dan nak membunuh sesuka hati sahaja.

Seharusnya tindakan yang lebih keras dikenakan terhadap mereka ini. Walaupun mereka mungkin menjadi mangsa kepada hasutan pemimpin-pemimpin yang cuba mengekalkan kedudukan mereka, setidak-tidaknya keempat-empat lelaki berkenaan mempunyai otak dan fikiran.

Sebabnya, apabila mereka berada dalam kesusahan, tiada SEEKOR pun pemimpin PAS yang akan datang menjengah atau mengambil tahu hal mereka... KES TABUNG DERMA MEMALI, KOHILAL dan sebagainya sudah menjadi bukti kukuh betapa akhirnya ahli-ahli PAS sekadar menjadi pecacai penjilat yang bodoh lagi boleh dibodohkan!!!

3 comments

BUAT JANJI BARU, JANJI LAMA BUAT-BUAT LUPA... WOI PAKATAN, RAKYAT MALAYSIA BELUM BONGOK TAHAP MEGA LER!!!


Umum mengetahui tentang ketidakmampuan Pakatan Rakyat menunaikan walau satu pun manifesto mereka pada tahun 2008 setelah menjadi kerajaan di Selangor. Sebaliknya Pakatan Rakyat Selangor yang kerajaannya diterajui oleh Khalid Ibrahim terpaksa berhempas pulas mencipta pelbagai alasan dan dalih selain mewujudkan pelbagai isu retorik untuk menutup kelemahan agar rakyat Selangot tidak terus mengingati kelemahan dan ketidakmampuan mereka.

Kini PRU13 semakin hampir. Bermakna, manifesto-manifesto baru terpaksa dicipta demi mendapatkan pengaruh serta kepercayaan daripada rakyat agar memilih Pakatan Rakyat sekali lagi sebagai Kerajaan Negeri kalau tidak pun sebagai Kerajaan Pusat.

Antara alasan yang paling aneh mampu diberikan oleh para pecacai Pakatan Rakyat apabila ditanya mengapa manifesto untuk kerajaan negeri tidak diselesaikan dan ditunaikan sebaliknya mencipta manifesto baru pula ialah, Pakatan Rakyat belum menjadi Kerajaan Pusat lagi. Kalau nak Pakatan Rakyat tunaikan manifesto mereka, maka Pakatan Rakyat perlulah diundi dan dipilih untuk menerajui kepimpinan negara.

Hanya orang bodoh dan bebal sahaja yang akan percaya serta terima bulat-bulat alasan berkenaan.

Walaupun secara keseluruhannya, Malaysia ditadbir dan diuruskan oleh Kerajaan Pusat yang berpangkalan di Putrajaya, tetapi di dalam Malaysia mengandungi negeri-negeri sebagai komponennya. Setiap negeri pla mempunyai pentadbiran tersendiri yang terpisah daripada Putrajaya. Ada perkara yang Kerajaan Pusat langsung tidak berhak campuri seperti tanah dan urusan hal ehwal agama Islam, yang merupakan hak tunggal dan ekslusif sesebuah kerajaan negeri.

Begitu juga dengan cukai. Di dalam kerajaan negeri, terkandung kerajaan-kerajaan tempatan atau PBT. Setiap PBT berada secara langsung di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri. Kerajaan Pusat tidak ada kuasa untuk mencampuri urusan pentadbiran serta pengurusan PBT sekalipun mempunyai kementerian yang bertanggungjawab ke atas kerajaan-kerajaan tempatan itu.

Cukai dikutip oleh PBT yang kemudian diserahkan kepada negeri. Setelah diaudit, barulah kerajaan negeri menyerahkan bahagian yang menjadi hak Kerajaan Persekutuan.

Sedangkan menariknya, Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat sentiasa menggambarkan kononnya, Kerajaan Persekutuan merampas setiap sen daripada cukai yang dipungut oleh Kerajaan Negeri dan hanya membahagi-bahagikan hasil cukai berkenaan kepada setiap negeri.

Walhal, ianya terbalik!

Ada 14 janji baru yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. 14 janji baru itu.... TERUSKAN BACAAN DI SELANGOR DAILY.COM

0 comments

PENERIMA BR1M 'BINATANG': KENA TANG NIK AZIZ, KIASAN... KENA TANG MAHATHIR, BUKAN KIASAN PULAK!!!





Apa bezanya dengan statement Tun Dr. Mahathir tentang lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali.

Tun Mahathir pun berkias….. kan orang Melayu nie banyak kiasan bak kata Ketua Penerangan PAS …. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. (Rujuk di sini)

Jadi mengapa Tun M bagi statement dulu… puak2 PAS nie jadi kelam-kabut membelasah Tun Mahathir termasuk kenyataan melucukan Presiden PAS yang cuba menjawab sindiran Tun Dr. Mahathir tentang lebih baik berkawan dengan syaitan yang dikenali daripada berkawan dengan malaikat yang tidak dikenali.

Hadi Awang cuba pertahan partinya dengan mendakwa kata-kata Tun itu untuk penyokong UMNO . Dakwannya ahli Umno yang beragama Islam perlu meninggalkan Umno dan menjadikan Pas sebagai gantinya, sekiranya tidak mampu melawan syaitan yang ada dalam Umno atau menghapuskannya bagi menyelamatkan Umno….






2 comments

CALON PAS TIPU PENEROKA FELDA DAN UGUT SAMAN JIKALAU BUAT TUNTUTAN KEMBALIKAN WANG MEREKA!!!


Timbalan Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat semakin terdesak!

Keresahan 1,080 ‘Peserta RTB Bandar Ketengah Jaya’ yang menuntut supaya wang mereka berjumlah kira-kira RM1.4 juta dikembalikan dibalas dengan ungkapan ‘UMNO Fitnah’ serta ugutan saman.

Ungkapan yang disifatkan sebagai ‘jahat kuasa dua’ itu diungkapkan melalui statusFacebooknya, Saiful Bahri.

Nasib ahli keluarga peneroka Felda yang mendakwa ditipu itu dibalas dengan ugutan saman, ungkapan UMNO memfitnah serta ajakan untuk berdebat oleh Satiful Bahri.

Salah seorang mangsa penipuan, Adnan Bin Mansor dari Felda Kertih 4, menunjukkan bukti kepada TerengganuToday bahawa dia telah dipersetujui untuk menyertai Rancangan Tanah Berkelompok (RTB) melalui surat bertarikh 8 Februari 2004.

Dalam surat yang dikeluarkan Pejabat Tanah Dungun itu, Adnan dijemput untuk menghadiri satu majlis undi lot diadakan pada 17 Februari 2004 di Padang Astaka Ketengah Jaya pada pukul 9.00 pagi.

Dalam majlis itu, peneroka Felda terbabit diminta menjelaskan baki bayaran sebanyak RM310 seorang melalui surat pada Februari 2004.

Jumlah keseluruhan bayaran sebanyak RM1,290 dibayar kepada akaun Tetuan Azman Wan Helmi & Associate sebelum 1 Mac 2004, iaitu tiga hari sebelum Parlimen dibubarkan bagi membolehkan PRU ke-11 diadakan pada bulan yang sama.


Surat yang ditandatangai Embong Bin Chik itu turut meminta peserta menghubungi Norul Alazhar Ali jika tidak jelas dengan surat berkenaan. Siapa Norul Alazhar Ali?

Norul Alazhar Ali merupakan orang yang rapat dengan Satiful Bahri. Norul diberi peranan oleh Satiful Bahri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Tanah SRIDB pada tahun 2012.


Satiful Bahri boleh tuduh apa saja, tuduh UMNO fitnah, tuduh BN terdesak, ajak YB ADUN Paka berdebat dan keluarkan ugutan saman. Soalanya, dimana duit peneroka bernilai jutaan ringgit? Surat diatas jelas menunjukkan nama Norul Azhar, iaitu kawan rapat Satiful Bahri sendiri.

Isu bagaimana Satiful Bahri, PAS Kawasan Paka dan SRIDB merampas dan memagar tanah yang dimiliki lima penduduk secara sah akan dibongkar dalam edisi seterusnya.

Mungkin bagi PAS Terengganu dan Abdul Wahid Endut, Satiful Bahri pemimpin terbaik dalam PAS untuk diketengahkan di DUN Paka pada PRU ke-13.

SUMBER: TERENGGANU TODAY

0 comments

SEKS DENGAN BOYFRIEND, TUDUH POLIS ROGOL... SAPA YANG NGAJAR MINAH INDON NI BERBOHONG?


Ingat lagi kes seorang amah Indonesia yang mendakwa, dia telah dirogol oleh tiga orang anggota polis di sebuah balai di Pulau Pinang?

Wanita Indonesia tersebut hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa dia telah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya sebelum membuat laporan polis yang dia telah dirogol oleh tiga orang anggota polis pada 9 November tahun lepas.

Wanita Indonesia berusia 26 tahun itu memberikan keterangan setelah disoal balas oleh Timbalan Pendakwaraya Suhaimi Ibrahim dalam perbicaraan tiga orang anggota polis yang dituduh merogolnya. Dia turut mengakui telah melakukan hubungan seks dengan teman lelakinya yang berusia 52 tahun beberapa kali semenjak lapan bulan lepas.

Dalam prosiding, pendakwaraya telah mengemukakan empat bahan bukti yang mengandungi dua helai blaus berwarna putih dan hitam dan seluar dalam berwarna biru serta merah jambu yang kesemuanya diakui oleh wanita terbabit sebagai miliknya.

Wanita Indonesia itu juga memberitahu mahkamah kronologi kejadian dari masa penangkapannya oleh polis sehinggalah proses pengecaman yang dibuat untuknya mengenalpasti suspek-suspek.

Bagaimanapun, keterangannya berhubung kejadian rogol telah diadakan secara tertutup di hadapan hakim dan turut dihadiri oleh wakil daripada Kedutaan Indonesia.

Perbicaraan akan bersambung esok.

5 comments

Monday, February 25, 2013

BALASAN KATA PENERIMA BR1M, BINATANG... SEKALI LAGI SEKOLAH HADI AWANG, RENTUNG TERBAKAR!!!

Monday, February 25, 2013

Kalau petunjuk masih tidak dipedulikan, tak tahulah...

Jam 5:00 petang tadi, sebuah asrama lelaki di Madrasah Darul Quran Rusila, Marang telah terbakar. Pihak bomba bagaimanapun berjaya memadamkan kebakaran daripada merebak ke bangunan asrama berdekatan. Jumlah kerugian masih lagi tidak dapat ditaksirkan. Tiada kecederaan dan kemalangan dilaporkan.

Punca kebakaran dipercayai litar pintas.

Ini adalah kejadian kedua yang berlaku di madrasah yang dimiliki oleh Haji Hadi, Presiden PAS itu. Kebakaran didapati berlaku pada bahagian dinding dan atap. Agak bernasib baik memandangkan hujan lebat turut 'membantu' pihak bomba memadamkan kebakaran dan mengelak api daripada merebak.

Dah dua kali dan dalam jangka masa sebulan....

Kalau penerima BR1M dikatakan sebagai HAIWAN, apakah kali ini para pelajar yang terjejas dan pengurusan madrasah yang diterajui oleh Hadi Awang itu, akan mengelak daripada menerima sebarang bantuan daripada mana-mana pihak kerana menerima bantuan bererti mereka semua adalah BINATANG!!!

Tidak mustahil, kejadian kali kedua ini merupakan kifarah kepada Hadi Awang setelah dia secara lantang melabelkan semua penerima BR1M sebagai BINATANG.

Masih tidak dapat petunjuk gak lagi?

7 comments

MALU WEIHHH!!! ANWAR KENA HALAU DI DUA MASJID PAS DI PASIR MAS!!!




Desas desus kedengaran Anwar Ibrahim mahu turun ke Pasir Mas, Kelantan pada Februari 26hb, esok. Kononnya berkempen untuk Pakatan Rakyat.

Sambil menyelam, nak minum air untuk tibai Ibrahim Ali. Rupanya hajat tak tersampai.

Beberapa masjid yang cuba dihubungi oleh tukang atur Anwar untuk membantu mendapatkan tempat dan menarik hadhirin ke ceramah.

Malangnya dua masjid yang dianggap sesuai dan kubu kuat PAS yang dihubungi telah menolak permintaan Anwar untuk berceramah.

Akhirnya Anwar terpaksa berceramah di Pasir Puteh. Kat mana di Pasir Puteh? Hehehe ... biar la. Buat nak apa aku nk tolong promot untuk Anwar. Agak-agak berapa orang akan hadir kelak?

Nampak gaya sudah bermula bahasa penolakkan PAS terhadap Anwar sebagai PM yang dikatakan dipersetujui oleh Majlis Syura baru-baru ini dan juga pertemuan Anwar dengan Dato Dr Harun Din... (SUMBER: BLOG BUDAK SRI KINTA)

1 comments

KENA PERCAYA KEUPAYAAN PAKATAN WUJUDKAN 1 JUTA PELUANG PEKERJAAN SEPERTI DALAM MANIFESTO MEREKA!!!


Pakatan Rakyat dah keluarkan manifesto pilihanraya mereka. Kali ini, 'pembetulan' telah dibuat. Manifesto adalah janji. Kalau tahun 2008 dahulu, manifesto bukan janji, sekarang sudah jadi janji. Dengan kata lain, kalau menang Persekutuan ler... kalau setakat menang negeri, tak boleh nak buat apa-apa.

Dalam 10 Janji terbaru Pakatan Rakyat itu yang dibacakan oleh bakal calon PKR di Parlimen Pandan melawan Ong Tee Kiat, Rafizi Ramli, paling menarik ialah janji untuk mewujudkan 1 juta peluang pekerjaan.

Umum mengetahui, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor yang berada di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat, gagal mewujudkan peluang pekerjaan baru, melainkan berdasarkan kepada projek-projek yang diwarisi daripada zaman UMNO dan Barisan Nasional.

Macam mana nak ada peluang pekerjaan baru sekiranya, pelaburan-pelaburan baru pun tak masuk. Walaupun Selangor dan Pulau Pinang mendabik dada kononnya, negeri mereka mencatatkan kemasukan pelabur-pelabur baru, hakikatnya kerja memasukkan pelabur-pelabur baru ke negeri-negeri tersebut telah dijalankan secara TOTAL oleh Kerajaan Persekutuan tanpa pembabitan Kerajaan Negeri. Manakala tanah yang digunakan pula untuk pelabur-pelabur baru tersebut, KESEMUANYA telah digazetkan lebih awal oleh kerajaan terdahulu, bukannya kerajaan negeri sekarang.

Contoh terbaik adalah Kelantan.

Anak-anak muda di Kelantan terpaksa berhijrah ke negeri-negeri lain untuk mencari pendapatan dan meneruskan hidup. Kalau mereka terus berharap kepada kerajaan negeri Kelantan yang berada di bawah pimpinan PAS, besar kemungkinan Kelantan akan menjadi satu-satunya negeri di Malaysia yang mencapai tahap kebuluran paling drastik sepertimana yang berlaku di Ethiopia.

Selain ketiadaan peluang pekerjaan, Kelantan terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk membayar kos pengurusan negeri. Dengan kata lain, berbanding Ketua Menteri dan Menteri Besar negeri-negeri lain, gaji Nik Aziz dan barisan Exconya sangat bergantung kepada kelulusan Najib Abdul Razak.

Punyalah tak larat nak hidup, kata orang Kedah. Langsung tak ada tulang belakang dan langsung tak ada inisiatif untuk memajukan diri sendiri, sebaliknya mengharapkan orang lain menyuap ke mulut sendiri.

Para pecacai Pakatan menyatakan, manifesto tersebut hanya akan ditunaikan sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Putrajaya. Setakat menguasai negeri, mereka tidak boleh berbuat apa-apa!

Punyalah mengarut dan bodoh serta bebal puak-puak ni, memang tahap super mega kerbau!!!

Apakan tidak, Persekutuan sebenarnya sangat bergantung kepada negeri. Setiap negeri di Malaysia mempunyai pentadbiran yang tersendiri. Setiap negeri mengutip cukai dari pelbagai sudut serta bebas mempunyai sumber pendapatan sendiri. Hanya sebahagian sahaja daripada cukai tersebut diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Sebahagian besar yang lain, digunakan oleh Kerajaan Negeri untuk membayar segala macam kos pengurusan dan pentadbiran.

Kalau benar Pakatan Rakyat boleh mewujudkan 1 Juta peluang pekerjaan, mengapa tidak dibuat eksperimen di Kedah dan Kelantan terlebih dahulu? Mengapa tiada kemasukan pelabur-pelabur baru di kedua-dua buah negeri tersebut? Dan mengapa pula Selangor dan Pulau Pinang terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk kemasukan pelabur-pelabur baru?

Tunjuk dulu kebolehan diri, sebelum nak berjanji yang bukan-bukan...

Sampai bila sebenarnya Pakatan akan terus berbohong?

Nak dirikan tiang pun tak berapa pandai, sudah bercakap tentang nak bina istana?

Memang lawak ler puak-puak nih!

4 comments

GEMPAR!!! ANWAR IBRAHIM RANCANG BUNUH TIGA PEMIMPIN PELAJAR SEMATA-MATA UNTUK MENANG PRU13!!!


Sehingga sekarang, walaupun pelbagai isu membengkakkan hati dan membangkitkan sentimen rakyat Malaysia telah dilaksanakan oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, sambutan yang diterima tidaklah sehingga mampu mewujudkan satu gelombang seperti ARAB SPRING yang menumbangkan kerajaan, sebaliknya sokongan secara tidak menyeluruh, semakin merudum dan menurun sehinggakan dalam beberapa acara, Anwar Ibrahim tidak disambut seperti sewajarnya.
Justeru, satu langkah yang lebih ekstrim perlu diambil untuk mewujudkan gelombang yang lebih besar menerusi sentimen dan empati.
Antara komponen utama yang digerakkan oleh Pakatan Rakyat adalah pergerakan pelajar. Pergerakan pelajar di Malaysia yang membawa idealisme KOMUNISME dan SOSIALISME, telah dijadikan sebagai benteng paling hadapan oleh Pakatan Rakyat bagi mendapatkan pengaruh dan undi sebanyak mungkin memandangkan golongan itulah yang merupakan kelompok majoriti dalam pembuangan undi.
images
Bagaimanapun, kempen berterusan yang dijalankan oleh pergerakan-pergerakan pelajar di negara ini, kurang mendapat perhatian, sekalipun beberapa nama seperti KHALID ISMATH, SAIFUL ANANG dan ADAM ADLI dipertontonkan kepada umum.
Dalam kes yang melibatkan golongan berkenaan di Universiti Pendidikan Sultan Idris di Tanjong Malim pada 2 Januari 2012, kecederaan Saiful Anang telah digembar-gemburkan sebagai dibelasah oleh pihak berkuasa dan ‘gangster UMNO’, sekalipun hakikatnya kecederaan tersebut adalah disebabkan Saiful Anang merempuh pintu kaca dalam usaha untuk meraih simpati.
Dalam demonstrasi membela Adam Adli yang digantung tiga semester oleh UPSI itu setelah didapati bersalah menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri di PWTC, 20 orang pelajar telah ditahan oleh pihak polis, manakala dua orang yang lain mengalami kecederaan di muka dan kepala kerana serpihan kaca.
Kes tersebut menjadi pemangkin dan pencetus kepada beberapa peristiwa lain yang turut melibatkan pemimpin-pemimpin pelajar yang kebanyakannya keciciran dalam pelajaran tetapi amat berminat dengan politik serta dipergunakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat dengan sebebas-bebasnya.
Menjelang PRU13, beberapa peristiwa penting melibatkan para pemimpin pelajar akan dipertontonkan kepada umum.
khalid-ismath-syiah-bersih-Copy
Khalid Ismath yang merupakan pemimpin pelajar paling kurang ajar dan biadap kerana berfahaman SYIAH dan sentiasa menunjukkan pelbagai kezaliman ke atas dirinya, merupakan antara yang bakal dijadikan KAMBING HITAM oleh pemimpin Pakatan Rakyat, khususnya Anwar Ibrahim yang semakin terdesak untuk mendapatkan bantuan daripada para penyokong dan rakyat Malaysia dalam merealisasikan impiannya untuk bergelar Perdana Menteri Malaysia.
Begitu juga dengan Adam Adli yang namanya semakin berkubur walaupun telah melakukan pelbagai aksi untuk memenangkan Anwar Ibrahim. Saiful Anang yang dilihat sebagai pesaing Adam Adli turut tidak terkecuali.
Anwar Ibrahim telah mencuba menggunakan isterinya..... SAMBUNG BACAAN DI SEL13.COM

1 comments

WANITA CINA INI SEDANG DICARI POLIS!!! SILA BANTU!!!


Pihak polis sedang mengesan seorang wanita bernama: 

Tan Voon San Kpt: 681007-01-5392 dan alamat terakhir di No. 63 Jalan Setia 12/8, Taman Setia Indah, 81100, Johor. 

Saksi tersebut dikehendaki bagi membantu siasatan polis untuk kes perbicaraan di Mahkamah Majistret Petaling Jaya. 

Sesiapa yang mengenali penama tersebut atau mempunyai maklumat mengenainya, sila menghubungi pengawai penyiasat kes Insp. Muhammad Idil Izat bin Rosly di talian 019-278 7932 atau Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, Selangor di talian 03-79586901 atau mana- mana Balai Polis yang berhampiran.

2 comments

NURUL IZZAH DISERANG PENYAKIT MEROYAN APABILA CINTANYA TIDAK BERBALAS!!!


Meroyan sakan Nurul Izzah...

Berdasarkan kepada keadaannya, memang anak perempuan Anwar Ibrahim itu berada dalam keadaan yang sangat kronik. Cintanya bertepuk sebelah tangan. Orang yang diharap, tak sudi kepadanya. Jangankan mendekatinya, bersalam dengannya pun, Nong Chik tak sudi. Sudahlah tak sudi, Nong Chik buat tak reti sahaja dengan apa yang dicakapkan oleh Nurul Izzah.

Nurul Izzah tetap mahu menunjukkan kononnya dia laku. Disuruh para konco mendirikan khemah dan menaikkan kain rentang yang memberitahu kononnya Nong Chik sudah bersetuju. Diuar-uarkan ke serata alam, Nong Chik akan bersanding dengannya di hadapan orang ramai. Walhal Nong Chik tidak pernah bersetuju.

Lantas malam tadi, apabila Nong Chik tidak muncul, sebaliknya satu laporan polis telah dibuat dari pihak yang menjaga Nong Chik, Nurul Izzah menangis pilu. Diceritakannya dan dihebohkannya kepada segala orang, konon, Nong Chik telah bersetuju untuk bersanding dan berkahwin dengannya, tetapi Nong Chik tidak muncul-muncul sehingga dia terpaksa bersanding dan berkahwin seorang diri. Nurul Izzah meraih simpati orang ramai seperti mana ibunya mengalirkan air mata untuk menutup cerita KOTE BENGKOK PAPA JAHATnya.

Apabila mendapat tahu, sudah ada laporan polis dibuat terhadapnya, gila Nurul Izzah semakin menjadi-jadi.  Disalahkan penjaga Nong Chik kerana takut terhadapnya, padahal dia cuma mengajak Nong Chik berkahwin dan bersanding dengannya sahaja. Salahlah dia mengajak Nong  Chik berkahwin dan bersanding dengannya, tanya Nurul Izzah.

Memanglah tidak salah dia hendak mengajak sesiapa sahaja berkahwin dan bersanding dengannya. Yang menjadi kesalahan ialah, dia mempergunakan nama Nong Chik untuk majlis yang dia sendiri buat, yang dia dan konco-konconya aturkan di kawasan yang dia inginkan simpati serta sokongan. Sedangkan Nong Chik sudah awal-awal lagi, risikan dan pinangan Nurul Izzah tidak akan diterima dan tidak akan dilayan.

Justeru, laporan polis itu terpaksa dibuat kerana Nurul Izzah telah menipu semenjak dari awal. Nong Chik pula dari awal lagi telah mengajak Nurul Izzah untuk membuktikan kepada penduduk di Lembah Pantai yang MEREKA SAMA-SAMA BOLEH BUAT KERJA, tetapi kalau setakat dia seorang buat kerja, sedangkan Nurul Izzah pula sekadar melaram ke sana ke mari, menunjukkan tetek kecik dan badan sekepingnya, Nong Chik tidak akan peduli.

Takliq sudah dibuat dari awal lagi, tapi Nurul Izzah tidak peduli dan buat-buat pekak. Sebabnya sangat mudah, dari awal lagi Nurul Izzah sudah merancang untuk melakukan fitnah dan tohmahan terhadap Nong Chik. Dia tidak pernah pedulikan pun dengan kawasan Lembah Pantai yang seharusnya dijaganya, memandangkan dia adalah wakil rakyatnya.

Sebaliknya apabila melihat Nong Chik yang bersungguh-sungguh membantu rakyat dan diterima dengan baik oleh penduduk Lembah Pantai, Nurul Izzah perlu melaksanakan taktik murahan seperti bersanding, berkahwin, berdebat, berbahas dan sebagainya.

Apabila laporan polis dibuat, dia yang paling kuat meroyan!



8 comments

Saturday, February 23, 2013

DETUM JELATEK BUATKAN AZMIN ALI KAYA TUJUH KETURUNAN!!!

Saturday, February 23, 2013
Projek megalomania DETUM JELATEK telah membuktikan tentang KEJAHATAN PAKATAN RAKYAT Selangor yang diterajui oleh Azmin Ali dan Khalid Ibrahim dalam MENGHAPUSKAN Melayu-Bumiputera dari kawasan bandar selain menjual semua PUSAKA Melayu-Bumiputera kepada warga asing.

DETUM JELATEK yang mengandungi empat menara bangunan, dikatakan oleh Pengurus Perhubungan Awam PKNS kononnya tidak dapat dijual walau satu unit pun.

Sedangkan, dua menara iaitu Menara A serta C telah pun dibeli oleh warga Singapura secara pukal. Mengapa agaknya Azmin Ali mengarahkan Pengurus Perhubungan Awam PKNS menipu?

Secara nyata, DETUM JELATEK terletak di kawasan Melayu. Pembinaan kompleks tersebut telah menyebabkan Melayu di kawasan yang dahulunya dikenali sebagai Taman Keramat, dihalau bagaikan anjing kurap.

Anda baca artikel daripada Badut Rakyat ini untuk gambaran yang lebih jelas.



Penjelasan Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ismail Hashim hanya sekadar melaksanakan'Gag Order' atau arahan Pengurus Besar,Othman Omar untuk terus menutup kepincangan projek Megalomania Datum Jelatek.

Datum Jelatek Tower Layout

Benarkah tidak ada sebarang penjualan 4 blok Datum Jelatek berlaku bagi Tower A,Tower B,Tower C dan Tower D seperti yang didakwa oleh Pengurus Perhubungan Awam PKNS ini ??? 


Tampak Pengurus Besar PKNS,Othman Omar cukup berpuas hati dengan penjualan 'SOLD OUT' Tower A dan Tower C yang telah dibeli oleh warga asing secara pukal (en-bloc) di Marina Bay Sands,Singapura pada 4 hingga 7 Oktober 2012.Sekaligus membenarkan dakwaan penduduk dan rakyat di sekitar kawasan Keramat,bahawa 50 peratus hartanah ini telah dimiliki oleh warga asing sejak dari Oktober 2012.

Senyuman terukir diwajah Othman Omar yang nyata cukup berpuas hati tersisihnya orang Melayu dari bumi Keramat, yang juga merupakan penduduk majoriti di kawasan ini.
Barangkali rakyat masih skeptikal dengan gambar dan imej di atas.Mustahil PKNS tidak tahu menahu mengenai sebarang transaksi penjualan hartanah ini kepada umum. Bagaimana pula dengan informasi atau maklumat yang diperolehi dibawah ini,sekaligus menunjukkan memang benar dua blok telah dijual kepada warga asing di Singapura ???

Tower A – 39 Levels (162 Units), Tower C – 35 Levels (186 Units) - SOLD EN BLOC Read More, ERA FOCUS DIVISION 
Persoalannya, mengapa perlu Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ismail Hashim berbohong kepada umum dan rakyat marhaen mengenai tidak berlaku sebarang penjualan 4 blok Datum Jelatek dengan pelbagai alasan yang remeh temeh. 
Sampai bila Khalid Ibrahim dan Azmin Ali mahu terus menjadi Syaitan Bisu untuk menutup pembohongan ini kerana kedua-dua lahabau ini adalah Ahli Perbadanan sekaligus Pengarah dalam PKNS?
   
Rakyat marhaen perlu mengetahui pembabitan Azmin Ali secara langsung dalam projek Megalomania Datum Jelatek bernilai RM1.2 bilion ini.Projek Megalomania ini secara halus telah menghalau sebahagian pengundi-pengundi Melayu Setiawangsa ke bahagian lain di Selangor. 
Sumber dari Pejabat Menteri Besar Selangor mempunyai maklumat terperinci bagaimana Azmin Ali dan kuncu-kuncunya (termasuklah ADUN Hulu Kelang,Shaari Sungib) sebelum ini telah memperolehi komisyen cukup besar,termasuklah jumlah pembayaran komisyen,tarikh,penyata bank dan sebagainya.

Azmin Ali juga telah mencanang dalam kem PKR bahawa projek Megalomania Datum Jelatek ini bakal menjadikan beliau sebagai 'pemegang dana terbesar' untuk merampas kedudukan Menteri Besar Selangor dari Khalid Ibrahim. Ini adalah berita yang diterima dari sumber-sumber dalaman PKR sendiri. 
Khalid Ibrahim juga bukanlah seorang ahli politik yang bodoh, walaupun tampak bodoh.Banyak mulut-mulut yang lebih besar ahli korporat disekelilingnya perlu disuap demi mengekalkan jawatan Menteri Besar Selangor.
Ditambah pula dengan beliau mempunyai maklumat terperinci termasuk jumlah pembayaran komisyen, tarikh, penyata bank dan sebagainya yang telah dimiliki oleh Azmin Ali.


Sebelum ditanam hidup-hidup dan dipulas tangan oleh Khalid Ibrahim, Azmin meletakkan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah pada 23 Jun 2010 selepas berlaku persengketaan dengan Othman Omar dan Khalid Ibrahim berhubung projek Megalomania Datum Jelatek.
Kerana itulah akhir-akhir ini Khalid Ibrahim lebih banyak menjawab setiap persoalan mengenai Datum Jelatek,projek Megalomania mengusir secara halus orang Melayu dari bumi Keramat. Azmin Ali cukup berpuas hati melihat Khalid Ibrahim terpaksa menahan sepak terajang rakyat marhaen bagi menepis dakwaan menjual tanah orang Melayu kepada warga asing. 
Rakyat marhaen pun sudah sedia maklum,Khalid Ibrahim lebih banyak dilihat cukup gemar menjual aset-aset kerajaan negeri yang sebelum ini dibangunkan oleh Barisan Nasional sewaktu memegang tampuk pentadbiran.


Projek Megalomania Datum Jelatek adalah manifestasi sebenar pertelingkahan diantara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim,siapa perlu dan paling layak menduduki kerusi empuk Menteri Besar Selangor. Rakyat marhaen perlu melihat penjualan aset-aset PKNS secara menggila ini adalah hasil percaturan Azmin Ali dan Khalid Ibrahim,siapa yang bakal menguasai 'pemegang dana terbesar'.
Semakin besar dana,semakin mudah untuk membayar dan menyuap setiap mulut untuk bergelar Menteri Besar Selangor.
Amat malang,dalam kerakusan kedua-dua lahabau ini mengejar kedudukan dan kuasa, yang menjadi mangsa adalah orang Melayu yang menduduki kawasan Keramat.Orang Melayu di Keramat inilah yang mengundi puak-puak lahabau ini pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu.
Orang Melayu perlu belajar dari kesilapan memberi undi kepada Parti Khianat Rakyat ini - GWM 

Badut Rakyat

3 comments

4 BEKAS PEGAWAI TINGGI TENTERA BAGI ALASAN 'RASUAH' DAN PENYELEWENGAN SEBAGAI PUNCA MEREKA MASUK PAKATAN!!! PIIIIIIRAAAAHHHH!!!!


Empat orang bekas pegawai tinggi tentera yang sekarang ini diarak ke sana ke mari oleh Pakatan Rakyat, khususnya PKR dan Anwar Ibrahim, telah memberi alasan mengapa mereka memilih Pakatan Rakyat dan menceburi bidang politik.

Dan keempat-empatnya memberi alasan yang sama iaitu RASUAH dan PENYELEWENGAN.

Namun, berdasarkan kes, keempat-empatnya juga sebenarnya diberhentikan, dipecat, dibersarakan dan diturunkan tauliah kerana masalah disipilin, kehilangan enjin jet, penyelewengan pembelian logistik dan sebagainya.

Sekarang, mereka hendak bercakap tentang RASUAH dan PENYELEWENGAN yang kononnya dilakukan oleh pihak kerajaan sebagai punca mereka masuk Pakatan Rakyat?

Lawaknya!

Walhal, merekalah yang terlibat sepenuhnya dengan benda yang sekarang ini mereka tentang. Contoh paling utama melibatkan Abdul Hadi Abdul Khattab yang pangkatnya sebagai Brigadier Jeneral telah dicabut dan ditarik balik.

Mengapa tidak Abdul Hadi Abdul Khattab menerangkan punca yang menyebabkan dia dilucutkan tauliah dan jawatan selain keistimewaan dan gantirugi? Mengapa dia melalak di pentas-pentas PKR tentang penyelewengan dan rasuah tetapi dia tidak berani langsung menceritakan punca sebenar yang menyebabkan dia berhenti daripada perkhidmatan angkatan tentera Malaysia?

Keempat-empat bekas pegawai tinggi tentera yang bermasalah itu, cuba menutup cerita sebenar dengan berlakon konon-kononnya sebagai manusia yang teraniaya dan bencikan kejahatan. Sedangkan hakikatnya, mereka jadi seperti sekarang, masuk PKR dan membantu Anwar Ibrahim kerana mereka ada masalah lain yang mereka perlu tutup.

Macam Anwar Ibrahim jugalah, dia bermasalah dengan KOTE BENGKOK, dia bermasalah dengan penyelewengan dan rompakan wang negara, dia bermasalah dengan hubungannya bersama-sama Zionis, dia bermasalah dengan dirinya dan nafsunya untuk menjadi Perdana Menteri... tetapi dia menutup segala masalah tersebut dengan pelbagai cerita RASUAH dan PENYELEWENGAN.

Hakikatnya, di Malaysia, setiap kali ada orang membuka mulut dan bercakap tentang RASUAH dan PENYELEWENGAN kerajaan, merekalah sebenarnya yang telah melakukannya dan mereka berusaha menutup perbuatan jahat masing-masing dengan cerita-cerita yang amat digemari oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat!!!

11 comments

UNTUK SOKONG NIK AZIZ, HADI AWANG PULA KATA PENERIMA BR1M SEBAGAI BODOH!!!

Barangkali enggan membenarkan Nik Aziz terus ditekan dan dibelasah kerana apabila dibiarkan Nik Aziz bersendirian, dia akan semakin melalut, mengarut dan semakin jauh tergelincir lidahnya sehingga boleh menyebabkan PAS malu besar.

Justeru, Hadi Awang menjadi tagteam Nik Aziz dengan harapan dengan kehadirannya, maka tumpuan terhadap Nik Aziz dapat dipecahkan.

Dengan menggunakan bahasa yang lebih molek dan lunak, Hadi Awang menyifatkan penerima BR1M sebagai BODOH.

Menurutnya, menerima BR1M tidak akan mengubah apa-apa sebaliknya para penerima akan termakan umpan UMNO dan Barisan Nasional untuk mengundi mereka pada PRU yang sudah tidak beberapa hari sahaja lagi.

Boleh jadi Hadi Awang tidak pernah mendengar ungkapan bahawa setiap undi adalah rahsia. Boleh jadi juga Hadi Awang tidak pernah tahu bahawa UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah mengupah hantu puaka, atau jembalang untuk diletakkan di kotak undi untuk menakut-nakutkan para pengundi agar memilih Barisan Nasional.

Sebaliknya sesiapa sahaja bebas memilih mana-mana parti yang bertanding kerana negara ini adalah negara bebas yang mengamalkan politik demokrasi berparlimen. Malaysia bukannya seperti parti PKR yang mewajibkan ahli-ahlinya memberikan ketaatan kepada parti dengan memilih isteri, anak dan suami untuk menduduki jawatan penting serta mereka tidak boleh dipersoalkan.

Malaysia juga tidak seperti PAS yang mempunyai pelbagai dogma dan doktrin yang menghalang ahli-ahli daripada mempersoalkan pemimpin dengan konsep wala' dan tsiqah.

Kalau pun penerima BR1M tetap mahu memilih Pakatan Rakyat, itu hak mereka dan UMNO atau Barisan Nasional tidak boleh berbuat apa-apa.

Barangkali Hadi sangat takut dengan perubahan rakyat yang mulai membuka mata dan membandingkan antara wakil-wakil rakyat atau pun kerajaan Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Dengan wakil-wakil rakyat Pakatan yang mentekedaghah gaji, elaun serta kemudahan-kemudahan lain untuk bermegah-megah tetapi kerja mereka mereka hanyalah berceramah, maka Hai terpaksa membodohkan dirinya menuduh orang lain bodoh!

Kesian Hadi Awang... kesian sungguh... sekali lagi kerana mulut celupar Nik Aziz, dia terpaksa mencari-cari dalil untuk membenarkan apa-apa sahaja yang dikarutkan oleh Nik Aziz sedangkan dia sangat tahu, Nik Aziz sudah tidak layak lagi sebagai Mursyidul Am PAS, apatah lagi sebagai Menteri Besar. Sebaliknya Nik Aziz hanya layak sebagai tukang karut Dikir Barat.

Barangkali kerana takut rahsia pecah itulah, Nik Aziz mengharamkan Dikir Barat, kut?

2 comments

AZHAR IDRUS SOKONG NIK AZIZ DALAM HAL 'BINATANG'!!!

Memandangkan Nik Aziz sudah terkepung dan hanya mampu mengulangi hujah yang sama berhubung BR1M dan BINATANG, maka bantuan khas diperlukan.

Azhar Idrus merupakan orang yang paling diharapkan oleh PAS boleh membantu memandangkan dia mempunyai pengaruh yang meluas.

Lantas apabila Azhar Idrus membuat pembelaan dengan menyatakan pemberian BR1M pada ketika PRU semakin hampir menjadikan penerimanya tidak ubah seperti ayam yang diberi makan sebelum disembelih, para pecacai Pakatan bertepuk tangan dan menarik nafas kelegaan.

Yang tidak mereka sebutkan ialah berhubung dengan apa yang seharusnya Kerajaan lakukan menurut Azhar Idrus.

Itulah sebabnya PAS sebagai kerajaan di Kedah dan Kelantan, langsung tidak berbuat apa-apa melainkan berceramah sepanjang masa. Rakyat kedua-dua negeri itu pula hanya menggunakan segala kemudahan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri terdahulu.

Barangkali atas alasan tak mahu jadikan rakyat sebagai BINATANG itulah, PAS mengambil sikap lebih gemar berceramah, menyakau duit rakyat, meminta derma dari rakyat dan tidak mengadakan apa-apa pun yang berkaitan dengan prasarana.

Menurut PAS, ajaran Islam ialah menghadiri dan mendengar ceramah. Jihad bermaksud memberikan kemewahan kepada pemimpin manakala orang bawahan pula perlu menderma kepada pemimpin.

Begitulah... Dunia sudah semakin terbalik sehinggakan yang betul pun dikata salah dan yang terang-terang mungkar serta menyesatkan diangkat tinggi sebagai PENYELAMAT UMAT!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

3 comments

NIK AZIZ TETAP SAMAKAN PENERIMA BR1M SEBAGAI HAIWAN!!!

Di sebalik kemarahan orang ramai terhadap kenyataan Nik Aziz yang menyamakan penerima BR1M Sebagai haiwan, Mursyidul Am PAS itu tetap berkeras dengan kenyataan terdesaknya.

Bahkan Nik Aziz juga menyalahkan UMNO kerana telah memberikan wang BR1M sekaligus menyebabkan habis seluruh rakyat Kelantan menjadi BINATANG.

Kata Nik Aziz lagi, Islam tak mengajar bagi duit sebaliknya hanya bagi ilmu. Dan PAS pula memberikan ilmu menerusi ceramah dan kempen.

Bagaimanapun Nik Aziz tidak pula memberikan komen berhubung adat dan budaya PAS yang meminta-minta sedekah serta mengemis daripada ahli-ahlinya dalam apa juga keadaan.

Begitu juga dengan konsep SEDEKAH, DERMA dan ZAKAT dalam ISLAM, tidak disentuh oleh Nik Aziz.

Makin terdesak dah Mursyidul Am PAS yang makin kuat tersasul. Berbanding meminta maaf, Nik Aziz sebaliknya memperkemaskan lagi kesesatannya.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

8 comments

APA KE GILA PECACAI PAKATAN, MENUKARKAN KEPALA EMAK ORANG JADI KEPALA BINATANG? AKAI ADA KA?


Bila kita kata mulut Nik Aziz celupar, ada pulak yang kata kita ni jahil tukil. Ada pula yang kata, kita ni menghina orang yang begitu cintakan Allah dan Rasul. Bahkan ada pula yang menganggap kita ni serupa macam pintu keluar mereka ke dunia ini yang dimiliki oleh emak masing-masing.

Kita kata mulut Nik Aziz celupar pasal dia seorang pemimpin. Seorang pemimpin tidak seharusnya bermain dengan mantik. Tak seharusnya nak bermetafora dan berkias-kias. Dia seharusnya bercakap dengan penuh hikmah sesuai dengan kedudukannya selaku pemimpin. Dia seharusnya buang atau elak daripada bercakap dengan seuatu yang boleh menyebabkan kewajarannya dipersoalkan.

Apabila Nik Aziz cuba menggambarkan kaedah memberi BR1M sama seperti memberi ayam dedak, memberi lembu jerami dan sebagainya sedangkan Islam perlu diberi dengan ceramah dan kelas agama, di situlah kelihatan tidak bijaknya seorang pemimpin seperti Nik Aziz.

Sebabnya, para pecacainya akan bertindak secara keterlaluan dan mengambil langkah bodoh dengan menangkap kata-katanya sepintas lalu. Mereka akan faham secara sehala walaupun Nik Aziz sekadar berkias.

Buktinya seperti dalam gambar di atas.

Sehinggakan gambar ibu-ibu orang lain, telah ditukarkan kepala dan dijadikan seperti haiwan!

Justeru, siapa sebenarnya yang jahil tukil? Siapa sebenarnya yang menghina Allah Taala dan Rasul, walhal wanita yang dikepalakan dengan kepala haiwan itu adalah ciptaan Allah Taala yang sempurna, manakala ajaran Nabi s.a.w pula ialah melarang penghinaan sebegitu rupa kepada makhluk ciptaan Allah Taala.

Menancap kata-kata Nik Aziz sendiri pun, pemimpin agung PAS itu melakukan kegelinciran lidah yang paling nyata. Adakah zakat yang diberikan kepada kesemua asnaf terutama sekali mualaf dianggap seperti memberi dedak kepada ayam, memberi jerami kepada lembu? Tidakkah Nabi s.a.w juga memberikan harta rampasan perang dengan kadar yang lebih kepada mereka yang baru memeluk Islam? Adakah Nabi s.a.w mengumpamakan mereka yang menerima zakat, yang menerima harta rampasan perang itu sebagai HAIWAN?

Islam itu penuh hikmah. Namun apabila pemikiran sempit dan jumud yang dilindungi dek serban, janggut, jubah, dan topeng seorang agamawan, akhirnya yang kelihatan ialah, Islam sebagai agama yang sangat hodoh dan umat Islam pula terdiri daripada golongan yang paling bodoh.

Sekarang, siapa yang lebih jahil tukil?

9 comments

Friday, February 22, 2013

SAH!!! LIM GUAN ENG NAK JADI PERDANA MENTERI MALAYSIA!!! TERBUNTANGLAH PERUT HADI, TERBELIAKLAH ANWAR IBRAHIM!!!

Friday, February 22, 2013

DAP menerusi Pengerusi Biro Pilihanraya DAP merangkap Ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai telah mengesahkan bahawa DAP akan bertanding di 150 Kerusi Parlimen. Sekaligus menjadikan DAP sebagai kuasa dominan dalam Pakatan Rakyat sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memenangi PRU13.

Jumlah keseluruhan Kerusi Parlimen adalah 222. Dengan DAP bertanding 150 Kerusi, bermakna bakinya akan dibahagi-bahagikan antara PKR dan PAS. 72 Kerusi dibahagikan antara PKR dengan PAS kalau dibuat secara 'saksama' bermakna kedua-dua parti tersebut hanya memperolehi 36 kerusi untuk ditandingi.

Secara realitinya, PAS tidak akan menikmati jumlah kerusi yang sama untuk ditandingi berbanding PKR.

Justeru, di mana relevannya kesungguhan dakwah dan hujah PAS bahawa DAP akan berpegang teguh kepada kenyataan awal mereka bahawa DAP akan berpegang teguh kepada prinsip Perlembagaan Malaysia?

Dengan penguasaan 150 Kerusi, walaupun tak menang kesemuanya, DAP sudah menjadi terlalu dominan berbanding PAS dan PKR. Walaupun mungkin Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri - seperti yang sering ditegaskan oleh kepimpinan DAP, hakikatnya Anwar Ibrahim tidak lebih sebagai sebuah boneka yang langsung tidak ada kuasa. Sebaliknya Anwar Ibrahim akan terpaksa mengikut apa-apa sahaja yang dicakapkan atau diarahkan oleh kepimpinan DAP, khususnya daripada Lim Guan Eng.

Pada PRU12 lalu, DAP telah bertanding di 49 Kerusi Parlimen dan telah memenangi 28 daripadanya.

Tan Kok Wai ketika mengesahkan rancangan DAP untuk bertanding di 150 Kerusi tersebut berkata, DAP memerlukan sekurang-kurangnya RM15 juta sebagai pemudahcara dan perbelanjaan.

Kesian PAS... kesian Anwar Ibrahim... punyalah kuat berangan-angan, tetapi kesudahannya yang kenyang makan adalah DAP dan Lim Guan Eng!!!

Sekaligus, mudah cakap ler... Melayu-Melayu dalam PAS dan PKR, kesemuanya jenis lembu gemuk fidlot yang dibodohkan dengan rumput kering. Sibuk membodohkan Melayu lain, akhirnya yang nyata bodoh adalah mereka dan kepimpinan mereka sendiri!!!

5 comments

MAHFUZ OMAR NAK JADI MENTERI BESAR KEDAH? CERMINKAN DIRI DULU

Senang ceritalah, kalau Mahfuz naik jadi MB Kedah, habislah anak-anak negeri mampus mati kebulur. Atau paling tidak pun, akan jadi seperti anaknya, terhumban ke dalam penjara kerana penyalahgunaan najis dadah.

Itu gambaran awal bagi kebuasan nafsu serakah mangkuk yang tidak tahu apa-apa kecuali pandai bercakap walaupun cakap-cakapnya langsung tidak menggunakan otak.

Mahfuz dikatakan menjadi dalang kepada usaha menggulingkan Azizan bagi memudahkannya menjadi Menteri Besar Kedah. Usaha Mahfuz untuk menjadi Menteri Besar Kedah telah lama bermula, terutama selepas pentadbiran Kedah di bawah Azizan diletakkan di bawah PEMANDU yang ditubuhkan oleh PAS Pusat selepas Phahrolrazi Zawawi, Dr. Ismail Salleh dan beberapa orang Exco lain cuba buat kecoh menjelang perlantikan semula barisan Exco.

Bekas porter di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas dan tidak tahu membaca Jawi itu, bercita-cita besar dan menganggap dirinya lebih berkelayakan serta lebih bijak mentadbir berbanding Azizan yang dilabelkan sebagai ENJIN 2 SILINDER.

Mahfuz juga diketahui bencikan Azizan kerana Menteri Besar Kedah itu mempunyai hubungan yang rapat dengan pemimpin-pemimpin UMNO malah seringkali mendapatkan nasihat daripada bekas Menteri Besar Kedah, Mahzdir Khalid dalam beberapa urusan pentadbiran.

Demonstrasi yang dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS Kedah dua hari lepas, memperlihatkan usaha-usaha terdesak bekas porter Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas itu untuk menjadi Menteri Besar Kedah.

Bagaimanapun, endorsement daripada Presiden PAS sendiri bahawa Azizan masih merupakan calon PAS pada PRU13, pastinya telah menghitamkan lagi wajah dan hati Mahfuz Omar.

Ada bangkangan?

6 comments

PKR DESAK POLIS BEBASKAN PENJENAYAH KERANA PENJENAYAH ITU ORANG PKR!!!

Asal sahaja orang PKR ditangkap dan ditahan kerana masalah undang-undang, maka seluruh PKR akan mengadakan kempen agar polis atau pihak berkuasa membebaskan orang PKR itu. PKR akan menggunakan seluruh kekuatannya terutama sekali yang membabitkan media baru, agar melakukan tekanan kepada pihak polis.

Dan pada masa yang sama, mengambil kesempatan untuk mendapat publisiti murahan sepertimana yang berlaku di Pulau Pinang.

Seorang pemimpin PKR bernama Lim Chee Leong yang merupakan Naib Ketua Keadilan Perai telah ditahan oleh polis kerana kes pergaduhan di hadapan kedainya. Lim Chee Leong telah direman selama 24 jam untuk membantu siasatan.

Tentunya pergaduhan di hadapan restorannya di Jalan Raja Uda, Bagan itu membabitkan pergaduhan besar, bukannya kes tumbuk biasa. Atau barangkali juga membabitkan senjata atau pergaduhan berkumpulan atau barangkali juga ancaman keselamatan. Setakat bertumbuk biasa, polis pun tak mahu menyusahkan diri dan lebih banyak memberikan nasihat berbanding menghantar mereka ke mahkamah dan kemudian didapati bersalah untuk didenda sebanyak RM25. br />
JINGGA13, sebuah entiti yang dimiliki dan dibiayai sepenuhnya oleh PKR, cuba melakukan pembohongan demi melindungi Lee Chee Leong dengan mempolitikkan kes berkenaan. Walau apa pun alasannya untuk penahanan dan siasatan ke atas Lee Chee Leong, seharusnya puak-puak PKR itu tahu bagaimana hendak menghormati undang-undang. br />
Mengapa hanya apabila membabitkan orang UMNO dan Barisan Nasional, bukan main cepat lagi puak PKR itu meminta polis menahan, menyiasat dan mengurung di dalam lokap? Tetapi apabila membabitkan puak sendiri, segala undang-undang dan prosedur tidak terpakai, bahkan PKR mendesak agar orang mereka yang berhadapan dengan proses perundangan itu dibebaskan tanpa perlu disiasat? br />
Itu yang dikatakan PKR boleh menjaga negara kalau mereka diberikan kepercayaan dalam PRU13 nanti? Atau mereka sebenarnya yang akan menghancurkan negara yang sangt indah serta masyarakat negara ini yang sangat unik?

4 comments

ANWAR IBRAHIM KONA LAGI... DIA TUDUH REUTERS TU UMNO PUNYA!!!


Agensi berita antarabangsa, REUTERS, mendakwa Anwar Ibrahim telah menjemput dan membawa masuk lebih kurang 150 lanun bersenjata yang menamakan diri mereka sebagai Tentera Sultan Sulu untuk mencetuskan ketegangan di Sabah.

Anwar menafikan berita tersebut.

Dan menariknya, dia menuduh, berita tersebut bukannya dibuat oleh REUTERS, sebaliknya dibuat oleh UMNO!

Sebelum ini Reuters melaporkan kenyataan oleh salah seorang anggota tentera Filipina yang merupakan pengikut setia Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzimudie Kiram sebagai berkata kedatangan kumpulan tersebut setelah mendapat jemputan dari pihak pembangkang untuk membincangkan isu tanah di Sabah.

Menurut laporan itu lagi, kumpulan bersenjata tersebut mencetuskan ketegangan berikutan tidak berpuas hati terhadap persetujuan antara Malaysia dan Filipina sebelum ini.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Malaysia bertindak untuk berbincang dengan kumpulan berkenaan supaya meninggalkan kawasan Lahad Datu dalam keadaan aman.

Nampaknya lubang besar Anwar Ibrahim sudah pecah apabila agensi berita antarabangsa yang seringkali dilambung-lambung oleh Anwar Ibrahim, membaraikannya. Dan sangat menarik apabila Anwar Ibrahim serta merta menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional walaupun berita berkenaan dilaporkan oleh REUTERS yang mempunyai jaringan wartawan di seluruh dunia.

Tak teringin ke Anwar Ibrahim menyaman REUTERS? 

Kalau yang keluar berita tersebut UTUSAN MALAYSIA dan TV3, sudah pasti para peguam Anwar Ibrahim sekarang sedang bertungkus lumus menaip surat saman untuk dihantar dan rundingan antara Anwar Ibrahim dengan Hakim V.T. Singham yang diketahui akan menyediakan keputusan perundangan yang berpihak kepada Anwar, akan berlangsung dengan pantas.

7 comments

KALAU PENERIMA BR1M ADALAH BINATANG, NIK AZIZ JAUH BERKALI GANDA BINATANGNYA BERBANDING MEREKA!!!


Sedap sungguh mulut orang tua ni semata-mata kerana dia takut, para pengundi di Kelantan akan berpaling daripada menyokong PAS kepada UMNO-BN kerana BR1M. Melabelkan BINATANG kepada orang miskin, terutama daripada 'pemimpin besar' seperti Nik Aziz yang gambarnya dijadikan seperti tangkal azimat di kalangan para pengikutnya, terutama sekali pekedai-pekedai di Kelantan, langsung tidak menggambarkannya sebagai seorang tua yang boleh dihormati lagi.

Apa sangatlah menerima bantuan RM1000 dan RM250 daripada Kerajaan Malaysia. Kalau RM1000 dan RM250 dikatakan sebagai penukar status manusia menjadi binatang, bagaimana pula dengan KESEMUA PEMIMPIN PAS yang hidup atas wang ehsan para pengikut PAS menerusi TABUNG DERMA JIHAD UNIT AMAL?

Bagaimana pula dengan Nik Aziz yang hidup atas wang derma mencurah daripada orang yang mendengar ceramahnya? Tidakkah menerima derma seperti itu terutama sekali dalam soal memperniagakan agama untuk mendapatkan undi bagi memberi kuasa, jauh lebih hina berbanding pengemis.

Apa lagi yang lebih hina daripada pengemis?

Sudah tentulah haiwan yang setaraf dengan orang seperti itu!

Nak salahkan Nik Aziz seratus peratus pun atas kekhilafan itu, tidak boleh sebab dia adalah seorang pemimpin yang sudah tua, tidak bertenaga dan kurang sihat lagi akal fikirannya. Tekanan politik telah menyebabkan dia banyak mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya keluar daripada seorang pemimpin yang diangkat tinggi sehingga ke tahap maksum.

Secara peribadi, penulis tidak marahkan Nik Aziz dengan kenyataan terbarunya itu. Walaupun penulis bukanlah pemuja Nik Aziz, apatah lagi jenis yang berlonggok depan rumahnya atau menghilangkan rindu dengan mengintai bayangnya, atau bercakap-cakap di hadapan gambarnya yang kaku, namun penulis sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Nik Aziz. Penulis sentiasa mengharapkan Allah Taala membuka rahsia Af'al-Nya dengan menjadikan pengaruh pada Nik Aziz untuk kebaikan umat Islam khususnya di Malaysia.

Namun sehingga setakat ini, doa penulis masih tidak dikabul-kabulkan oleh Allah Taala. Barangkali ada salah dan silap dalam rukun dan menjalankan syarat berdoa!

Tak mengapalah, penulis masih tidak berputus asa atas rahmat-Nya. Semoga Allah Taala mengabulkan permintaan dan munajat penulis yang sangat kerdil dan bersifat baharu ini.

17 comments

Blog Archive

Labels