Sudah semakin ramai yang mengeluh tentang Institut Jantung Negara. Pusat rawatan berkenaan asalnya diwujudkan untuk membantu rakyat Malaysia tetapi selepas pentadbiran yang lepas, satu keputusan telah dibuat secara langsung tanpa bangkangan daripada penggubal undang-undang negara di Parlimen yang terdiri daripada Ahli-Ahli Parlimen apabila institut berkenaan bertukar rupa menjadi penghisap darah paling efisien dan sangat cekap.
Dengan kadar rawatan yang yang sememangnya tidak munasabah bagi golongan marhein yang berpendapatan di bawah RM3000, Institut Jantung Negara mendapat kerjasama yang sangat baik daripada kebanyakan hospital kerajaan.
Banyak kes yang memerlukan rawatan pakar, akan dihantar terus ke IJN. Dan percayakah anda, sebaik-baik sahaja anda terperangkap dengan IJN, anda tidak akan dapat ke mana-mana lagi. IJN tidak akan membenarkan anda mendapatkan rawatan percuma daripada mana-mana hospital kerajaan sungguhpun terdapat hospital kerajaan yang menawarkan rawatan yang serupa seperti Hospital Serdang.
IJN tidak akan memberikan kerjasama atau memindahkan fail-fail rawatan mereka untuk hospital-hospital seperti Hospital Serdang. Sebaliknya, IJN akan memastikan pesakit-pesakit dan waris-waris akan membuat pembayaran terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan.
Pendek kata, kalau tidak ada duit, IJN bertepuk sorak melihat pesakit-pesakit yang sepatutnya mendapat rawatan, mati terkangkang dan terbongkang di tepi jalan sambil menyatakan, mereka sepatutnya mencari duit, menjual apa-apa yang patut, bahkan mengosongkan akaun KSWP mereka demi mendapatkan rawatan di IJN.
Apabila ditanya kepada IJN, jawapan mereka untuk golongan marhein amatlah KLISE. Kata mereka, IJN mempunyai tabung dan dana untuk orang marhein. Malangnya, secara praktikalnya, TIDAK ADA TABUNG untuk golongan berkenaan, sebaliknya mereka perlu menghulurkan wang terlebih dahulu sebelum mendapatkan rawatan.
Itu adalah prosedur mudah IJN. Bab Tabung dari dana kerajaan yang berbelas-belas juta setahun, bab Jabatan Sosial yang diwujudkan untuk memperkenalkan borang mereka atau bantuan Baitulmal, hanyalah retorik semata-mata. Itu adalah topeng sebenar IJN.
Persoalannya, mengapa IJN SANGAT SUSAH hendak menggunakan tabung dana kerajaan yang diberikan kepada mereka untuk rawatan pesakit, berbanding MEMAKSA PESAKIT melakukan pembayaran sedangkan IJN ditubuhkan oleh kerajaan bagi kemudahan rakyat?
Kalau itulah yang dipraktikkan oleh IJN, mengapa tidak sahaja IJN berterus terang bahawa IJN sekarang telah menjadi sebuah hospital swasta dan tidak berbeza dengan Hospital-Hospital Swasta berharga mahal yang lain?
Dalam satu kes, seorang anak kecil yang menghidap penyakit jantung, telah dipaksa menjelaskan pembayaran terlebih dahulu sebanyak RM950 untuk rawatan berkenaan oleh IJN sebelum rawatan diberikan. Dengan nada sombong, kerani di kaunter pendaftaran berkata, TANPA WANG RM950, rawatan tidak boleh diberikan.
Anak kecil berkenaan adalah 'PELANGGAN' IJN yang sememangnya DIWAJIBKAN mendapatkan rawatan di pusat rawatan terbabit. Anak kecil itu hanya mempunyai seorang ibu tunggal yang terpaksa menanggung persekolahan dua orang anaknya yang lain. Dan ibu tunggal tersebut kini terpaksa menganggur kerana ada berlaku kes aniaya jenayah ke atas anak kecil itu baru-baru ini. Apatah lagi, keadaan penyakit anaknya pula, seringkali membuatkan majikan-majikan yang mengambilnya bekerja, memutuskan untuk tidak mahukan khidmatnya lagi kerana dia lebih kerap bercuti semata-mata untuk menghantar anaknya ke hospital.
Itu bukan kes terpencil, sebaliknya itulah kes majoriti di IJN. Malangnya IJN seperti telah mendapat LESEN YANG SANGAT BESAR untuk terus menjerut, menjerat dan menghisap darah golongan marhein yang memerlukan bantuan rawatan daripada hospital berkenaan.
Sepatutnya IJN memberikan kerjasama yang lebih baik dan lebih bersifat perikemanusiaan untuk golongan marhein. Dan sepatutnya juga, IJN perlu membenarkan pemindahan pesakit-pesakit yang tidak lagi mampu membiayai rawatan mereka di pusat berkenaan dan membenarkan pesakit-pesakit mendapatkan rawatan dari hospital-hospital kerajaan yang lebih bersifat percuma seperti HOSPITAL SERDANG.
Ahli-Ahli Parlimen yang ada sekarang, nampaknya terlepas pandang masalah ini. Perkara tentang KEJAHATAN, KEZALIMAN dan KEBIADAPAN IJN menghisap darah golongan marhein sudah banyak kali dibangkitkan, tetapi AHLI-AHLI PARLIMEN yang mendapat pelbagai kemudahan daripada jawatan mereka, nampaknya tidak sedar bahawa rawatan percuma yang mereka perolehi, sebenarnya berasal daripada wang rakyat marhein yang diperah oleh IJN yang diperangkap masuk untuk mendapatkan rawatan di situ!!!