Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, October 22, 2014

WAJIB BAGI ORANG MELAYU-ISLAM MENYOKONG PERLAKSANAAN HUDUD DI KELANTAN!!!


AIDCNews – 22/10/14 – Kelantan memperuntukkan RM1 juta bagi memastikan kelancaran pelaksanaan hukum hudud di negeri itu pada tahun depan.

Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, menerusi laman Facebooknya berkata, undang-undang tersebut dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

"Peruntukan RM1 juta sebagaimana bajet lepas diteruskan untuk menjayakan pelaksanaan tersebut. Pelaksanaan Kanun jenayah Islam yang kita tumpukan ini adalah semata-mata kita inginkan keredhaan Allah di bumi Kelantan," katanya, lapor Mstar

Sementara itu, The Malaysian Insider melaporkan PAS serius mahu melaksanakan hudud dengan dibuktikan melalui penganjuran seminar membentangkan kertas kerja Ahad ini, termasuk menjemput penceramah dari Brunei, di mana hudud berkuatkuasa secara berperingkat mulai April tahun ini.

Seminar itu akan berlangsung di Terengganu dan bakal dirasmikan Menteri Besar Kelantan Ahmad Yakob, sementara majlis penutup dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bertemakan "Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu", antara tajuk kertas kerja akan dibentangkan termasuk Kanun Jenayah Syariah II Kelantan, Pelaksanaan Syariah di Negara Brunei Darussalam, Pelaksanaan Syariat di Aceh dan Kanun Jenayah Syariah (Hudud dan Qisas) Terengganu.

Panel yang dijemput bagi mengupas isu itu terdiri daripada Dekan Fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Islam Sultan Sharif Brunei, Profesor Dr Abdul Muhaimin Noordin Ayus dan Dekan Universiti Islam Negeri Ar-Raniry Aceh, Profesor Dr Alyasa Abu Bakar.

Selain mereka, dua lagi panel tokoh tempatan adalah Exco Kerajaan Kelantan Datuk Mohamad Fadzli Datuk Hasaan dan mantan Exco Kerajaan PAS Terengganu Datuk Wan Abdul Mutalib Embong.

Program tersebut dianjur bersama Dewan Ulama PAS Terengganu dan pertubuhan bukan kerajaan Islam.

"Langkah ini memperlihatkan kesungguhan parti Islam tersebut di mana sebelum ini mereka membawa usul rang undang-undang persendirian hudud kerajaan negeri Kelantan Mei lalu," lapor portal itu.

No comments:

 
Blogger Templates