Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, November 12, 2014

HANYA 'BERKEMUNGKINAN UNTUK TARIK BALIK BIASISWA'... ITU PUN SEKIRANYA FAHMI ZAINOL GAGAL JAWAB SURAT TUNJUK SEBAB!!!


KUALA LUMPUR: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berkemungkinan akan menarik balik biasiswa yang diberikan kepada Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Ruziah Shafei dalam surat bertarikh 6 November berkata, tindakan Fahmi melanggar terma perjanjian biasiswa yang ditandatangani pada 2011.

"Kegagalan saudara mematuhi surat ini menyebabkan penajaan saudara boleh ditamatkan serta merta dan tuntutan terhadap saudara dan penjamin akan dilakukan oleh jabatan ini," menurut surat itu.

Fahmi diberi tujuh hari untuk mengemukakan tunjuk sebab bertulis kenapa pembatalan itu tidak boleh dibuat dan kenapa tuntutan ganti rugi tidak boleh dibuat.

Jumaat lepas, Fahmi dilaporkan turut menjadi sebahagian daripada penganjur himpunan mahasiswa dihadapan pintu pagar utama Universiti Islam Malaysia (UIA) yang sedang menjalani pilihan raya kampus.

Himpunan itu menyebabkan pentadbiran UIA menutup bekalan elektrik UIA dan menutup pagar institut itu bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Fahmi bersama tujuh lagi rakannya sedang menghadapi tindakan tatatertib daripada UM selain turut dikenakan pendakwaan mengikut Akta Hasutan kerana menganjurkan pidato Ketua Umum PKR: 40 Tahun Dari UM Ke Penjara, meskipun dilarang pentadbiran UM.

Ahad lalu Fahmi di tahan di balai polis Kota Kinabalu, Sabah ketika sedang berucap dalam satu himpunan tanpa kebenaran di Jalan Gaya.

Esoknya pula beliau sekali lagi ditahan daripada memasuki Universiti Malaysia Sabah (UMS).

No comments:

 
Blogger Templates