Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, November 10, 2014

KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA.... IBU SANGGUP DIREMPUH MOTOR MAT REMPIT SEMATA-MATA UNTUK SELAMATKAN ANAK DI TERENGGANU!!!

Pelajar sekolah inilah yang melanggar seorang ibu yang dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah.

Satu kemalangan telah berlaku berhampiran SK Tengku Bariah di Kampung Pasir Panjang Kuala Terengganu pagi tadi. Mangsa seorang wanita yang ketika dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah dirempuh oleh seorang pelajar lelaki tingkatan 4 SMK Tengku Bariah yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC. Punca kejadian dikatakan suspek menunggang motor dengan laju sebelum merempuh mangsa. Wanita sempat menolak anaknya ke tepi jalan bagi mengelak anak yang berusia 12 tahun itu dirempuh. Mangsa maut di tempat kejadian manakala anaknya dilaporkan turut cedera.

Inilah akibat menunggang motor dengan membabi buta yang telah mengakibatkan seorang wanita yang tidak bersalah meninggal dunia. Dalam sekelip mata sahaja budak lelaki kehilangan ibu tercinta. Al fatihah kepada mangsa semoga ditempatkan dalam kelangan orang beriman. Berhati-hati di jalan raya. Info Epa Poyo, gambar Info Roadblock Jpj, Daily Traffic Report.

Anak kepada wanita yang dilanggar. Semoga tabah dik.

No comments:

 
Blogger Templates