Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, November 21, 2014

MCA TUDUH UNDANG-UNDANG KEDAH HADKAN BAHASA MALAYSIA, TAPI SENYAP SUNYI BERHUBUNG LELAKI CINA BAKAR QURAN!!!

Ada dua peristiwa menarik berlaku di Kedah membabitkan cubaan memperlekeh-lekehkan agama Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan dan agama rasmi Negeri Kedah.

Isu pertama ialah apabila Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat MCA Chin Tung Leong tidak berpuas hati apabila Kerajaan Negeri Kedah menjadikan 55 kalimah dalam Bahasa Malaysia tidak dibenarguna oleh golongan bukan Islam dari 24 kalimah sebelum ini.

Menurutnya, tindakan Kerajaan Negeri Kedah itu telah menyekat Bahasa Malaysia daripada diangkat menjadi bahasa antarabangsa. Ini adalah kerana menurutnya lagi, Bahasa Malaysia hanyalah bahasa untuk 'orang Islam sahaja'. (RUJUK SINI)

Namun paling menarik ialah apabila Chin Tung Leong berkata, penguatkuasaan undang-undang tersebut akan melebarkan lagi jarak antara orang Islam dan bukan Islam memandangkan undang-undang tersebut akan mengehadkan Bahasa Malaysia.

Chin Tung Leong terlupa barangkali bahawa ramai orang Cina di negara ini walaupun telah lebih 67 tahun diberikan kerakyatan, masih lagi sangat terhad dalam penguasaan Bahasa Malaysia terutama sekali mereka yang berpendidikan aliran Cina. Sedangkan kalimah-kalimah yang dihadkan pula adalah untuk menghalang pengeliruan dan kekacauan akidah yang lebih besar membabitkan isu agama. 

Chin Tung Leong sepatutnya melihat isu yang lebih besar yang berlaku di Alor Star semalam, apabila seorang lelaki Cina ditahan oleh pihak polis selepas penemuan beberapa helaian lembaran al Quran yang dipercayai telah dibakar dalam bekas pembakar di medan makan berhampiran pasar di Mergong semalam. 

Dalam kejadian itu, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki Cina pada jam 3:00 petang semalam dan telah dihantar ke hospital untuk penilaian mental. Ini adalah kerana, menurut saksi, lelaki tersebut seringkali berkeliaran di kawasan pasar tersebut dan seringkali dilihat membakar kertas berhampiran medan makan itu.(RUJUK SINI)

Kalau Chin Tung Leong benar-benar berhajat untuk mewujudkan keharmonian, lebih baik dia berhenti daripada beretorik dengan gaya DAP, sebaliknya mengembalikan semula kekuatan MCA yang diwujudkan oleh taukeh-taukeh besar yang enggan melepaskan kepentingan mereka di negara ini dengan menjadi rakyat negara ini dan bekerja kuat untuk mempertahankan kerakyatan di samping menjaga kepentingan serta keuntungan besar mereka itu.

No comments:

 
Blogger Templates