Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, November 21, 2014

PENGAPUNGAN RON95 DAN DIESEL, ADAKAH KPDNKK AKAN MENJANJIKAN PENGUATKUASAAN HARGA BARANGAN SEKALI LAGI?


Semua orang tahu, harga bahanapi merupakan pembolehubah yang paling efektif dalam perubahan harga barangan dan perkhidmatan. Peningkatan harga bahanapi walaupun setengah sen akan memberi unjuran yang amat besar kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan di negara ini.

Walaupun ada pemimpin kerajaan yang cuba memberikan alasan bahawa negara ini mengamalkan pasaran bebas, hakikatnya ia tidak begitu. Dalam segala sektor di negara ini, kawalan jumlah barangan dibuat menerusi sistem monopoli menerusi skim AP yang hanya dinikmati oleh golongan tertentu, termasuklah Ahli-Ahli Parlimen.

Malaysia tidak pernah membebaskan pasarannya kepada pasaran bebas. Sekatan kemasukan barangan dibuat yang tidak secara langsung memberikan kekuatan terbesar kepada syarikat pembekal, pemborong dan orang tengah yang masalah gelagat mereka tidak pernah dapat diatasi oleh Kerajaan walaupun sudah berbuih-buih mulut menjanjikan tindakan tegas.

Paling-paling tindakan yang diambil hanyalah ke atas peruncit dan tindakan serta pemantauan tersebut dibuat secara bermusim. Manakala syarikat pembekal dan pemborong acapkali terlepas daripada dikenakan sebarang tindakan.

Keputusan kerajaan mengapungkan dua jenis bahanapi popular dan paling banyak digunakan oleh rakyat serta industri, pasti akan mengubah harga barangan dan perkhidmatan, apatah lagi trauma membabitkan GST yang sehingga kini masih belum dapat diredakan, pasti akan diambil kesempatan oleh kumpulan pembekal, orang tengah dan pemborong untuk menaikkan harga.

Apakah akan ada lagi janji-janji berapi daripada pihak kerajaan bahawa mekanisme harga akan diperkenalkan dan kemudian turut diberitahu bahawa ini adalah negara ekonomi serta pasaran bebas walaupn sebenarnya ia lebih banyak bersifat monopoli, semata-mata untuk meredakan kemarahan rakyat tetapi akhirnya rakyat dapat melihat yang mereka sebenarnya teraniaya menerusi sistem pasaran dan ekonomi tidak menentu yang diamalkan oleh kerajaan?

Pengapungan atau tidak, rakyat Malaysia sudah terbiasa dengan kenaikan harga bahan api dan harga barangan serta perkhidmatan. Sudah tidak ada kejutan untuk sebarang kenaikan kerana setiap orang, baik yang menyokong apatah lagi yang menentang, kenaikan harga di Malaysia merupakan FAKTOR WOW yang akan dipergunakan oleh pihak politik untuk kepentingan mereka.

Yang ditunggu-tunggu ialah, apakah reaksi dan apakah janji yang akan diberikan berhubung kadar inflasi yang akan memecut naik bagaikan roket dalam tempoh yang amat singkat selepas 1 Disember nanti!!!

2 comments:

Anonymous said...

salam,
tunggu 4 tahun lagi, apa janji parti yang bertanding. kalu ada yang janji nak bagi subsidi minyak, mau ada yg hilang kerusi. teringat ketika pertandingan presiden umno, sorang nak hapus pencen, sorang lagi janji nak kekal pencen. tdm yg janji nak hapus pencen tarik balik hasrat nak hapus pencen kerana bantahan ramai walaupun ianya baik untuk kewangan kerajaan. bab ni kerajaan mungkin bertindak bijak untuk jamin kewangan kerajaan, tapi rakyat belum pasti setuju. lihat apa yang pemimpin lain boleh buat.

Orang melayu said...

Alahai admin ! Sejak bla plk hrga brng d mlaysia ni murah ? Yg sbnrnya subsidi mnyak ni meguntungkn pniaga je , mcm ni lg bgus jd tk ada lg alasan peniaga nk naikkn hrga brng lg . Kot tk dulu bla mnyk naik semua naik tapi bla mnyak trun hrga brng mcm tu jg . Blh tk kt byangkn brapa bnyk keuntungan yg peniaga buat semasa mnyk d trunkn hrga ?

 
Blogger Templates