Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, November 30, 2014

'SAYA AKAN SURUH MENTERI BESAR NEGERI SEMBILAN LETAK JAWATAN UNTUK BENARKAN ISTERI SAYA JADI MENTERI BESAR YANG BARU' - NAJIB ABDUL RAZAK!

Bila Najib umumkan bahawa kerajaan yang dipimpinnya telah membatalkan hasrat untuk memansuhkan Akta Hasutan, orang yang paling kuat memekak adalah Anwar Ibrahim dan para pecacainya. Anwar dan para pencacainya termasuklah dari DAP dengan Lim Kit Siang sebagai peneraju utamanya, menuduh Najib telah menipu dan mungkir janji kerana bimbangkan sokongan orang Melayu kepada UMNO.

Anwar dan konco-koconya kata Najib sengaja menipu dan mungkir janji kerana mahu mengambil hati orang Melayu supaya menyokong UMNO-BN, pada masa yang sama, menakut-nakutkan orang Cina agar kembali menyokong UMNO-BN sepertimana yang dilakukan sebelum tahun 2008.

Dengan kata lain, Anwar Ibrahim dan konco-konconya termasuklah Lim Kit Siang sedang memomokkan orang Cina yang Najib dan UMNO tidak lagi mempercayai orang Cina, bahkan menjadikan orang Cina sebagai musuh. Justeru, undang-undang yang tegas diperlukan untuk menakut-nakutkan masyarakat Cina yang 'tidak bersalah'.

Memang wajar Anwar Ibrahim dan konco-konconya marah kerana Akta Hasutan yang ditambahbaik dan dipertegaskan, walaupun tidak dapat menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang telah berjaya mereka perbodohkan Najib dan Peguam Negara untuk dimansuhkan, bakal mengekang banyak kegiatan subversif dan anarki mereka.

Dengan gabungan SKMM dan PDRM, ramai konco-konco Anwar Ibrahim terutama sekali dalam Facebook yang akan terjerat dengan Akta Hasutan itu jikalau benar ianya akan dikuatkuasakan sebagaimana yang diikrarkan oleh Perdana Menteri dalam Persidangan Agung UMNO.

Menariknya dalam penggulungan semalam ialah, Najib turut menyentuh perkara yang seringkali disebut oleh Anwar Ibrahim dan para pecacainya iaitu RASUAH dan SALAH GUNA KUASA membabitkan UMNO dan Barisan Nasional.

Apa yang tidak dituduh oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya. Buat pertama kalinya, Najib baru berani bercakap secara terbuka dan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia tentang perangai LOQLAQ Anwar Ibrahim yang telah mengarahkan seorang ADUN PKR meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada isterinya dan kemudian memaksa Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim turun jawatan bagi membolehkan isterinya untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang kemudiannya bertukar tangan kepada Azmin Ali.

Kata Najib, kalaulah perkara itu yang berlaku dalam UMNO dan Barisan Nasional, sudah tentu keadaan akan menjadi kecoh. Bagaimanapun, perbuatan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bukan sahaja disokong oleh para pecacai mereka, bahkan turut disenyapkan dengan tuduhan kesalahan diletakkan kepada UMNO.

Adakah kata-kata Najib tentang betapa rasuah dan salahgunanya kuasa oleh Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang akan diulas, atau para pecacai Anwar Ibrahim akan berusaha untuk mengalihkan isu tersebut dengan mengeluarkan pelbagai isu lain untuk menunjukkan betapa rasuah dan salahgunakuasanya UMNO sebagaimana yang mereka lakukan selama ini walaupun mereka tidak mempunyai sebarang bukti?

Tidak lama untuk kita tunggu!

No comments:

 
Blogger Templates