Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, November 21, 2014

TAKKAN NAK MAKI AL-JAZEERA LAGI SEBAB LAPOR HARGA SEORANG PELARIAN YANG DIDAGANGKAN DI MALAYSIA?

Setiap kali ada isu besar yang membabitkan pendatang asing, maka setiap kali itulah juga pihak berkuasa di negara ini akan membuat pelbagai dalih dan alasan termasuklah mengikrarkan kononnya mereka akan memerangi habis-habisan pendatang tanpa izn.

Namundi sebalik 'peperangan' tersebut akhirnya ia akan bertukar menjadi satu perniagaan yang sangat bagus dan untung besar seperti Program 6P yang sehingga kini tiada sebarang keberkesanan melainkan, lebih ramai pendatang asing yang sepatutnya bekerja, tetapi lebih banyak melepak dan mula mengambilalih kerja-kerja rakyat tempatan.

Antara pendatang asing yang paling ramai di Malaysia adalah berstatus PELARIAN. Kebanyakan daripada mereka datangnya dari Myanmar. Berbeza dengan Thailand dan Indonesia, pendatang Myanmar di Malaysia sangat bebas, tidak diletakkan di dalam kurungan sepertimana yang dilakukan oleh pemerintah Malaysia pada tahun-tahun 70-an sehingga awal 80-an membabitkan pelarian Vietnam tetapi mereka dibenarkan berkeliaran sehingga sebahagian daripada mereka menjadi pencari dan pencuri barangan lusuh, kertas-kertas terpakai termasuklah surat-surat di dalam peti surat, pengemis dan pengemis di persimpangan lampu isyarat.

Tiada sebarang tindakan yang diambil oleh Kerajaan Malaysia, bahkan mereka dengan begitu berani meminta KAWASAN JAJAHAN seperti Selayang untuk mereka jarah dan jadikan kawasan komuniti.

Hebat Malaysia!

Semalam Al-Jazeera menyiarkan tentang perniagaan manusia melibatkan pelarian UNHCR. Dalam rancangan '101 East' bagi mendapatkan status pelarian UNHCR, pelarian tersebut perlu membayar antara RM1,700 sehingga RM3,000 melalui orang tengah di UNHCR yang berpengkalan di Malaysia.

Laporan yang sama turut disiarkan oleh The Malay Mail.

Sedar tak sedar, sebenarnya pemansuhan kem pelarian seperti yang diwujudkan di Pulau Bidung dan Jalan Sungai Besi adalah untuk membuka jalan kepada UNHCR lepas tangan daripada bertanggungjawab ke atas pelarian, dan semuanya perlu ditanggung oleh kerajaan Malaysia termasuklah isu keselamatan membabitkan rakyat negara ini.

UNHCR cuba mengajar Malaysia bagaimana hendak melayan pelarian, bagaimana hendak memastikan standard layanan dan bagaimana hendak melindungi pelarian tetapi tidak pernah mahu bertanggungjawab.

Malaysia seharusnya kembali mewujudkan kem-kem pelarian yang semua kosnya perlu ditanggung oleh UNHCR dan pada masa yang sama, memperketatkan kawalan di sempadan. Terlalu mengikut telunjuk akkhirnya tetap menjadikan Malaysia sebagai sasaran untuk terus ditekan sebagaimana pendedahan tentang PEMERDAGANGAN MANUSIA melibatkan pelarian yang dilapor oleh Al-Jazeera!

Bila lagi Malaysia hendak berubah? Sampai bila Malyasia harus mengikut cakap orang dan pihak luar yang sebenarnya hanya mahu melihat Malaysia jadi badut yang boleh digelak-gelakkan!



No comments:

 
Blogger Templates