Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, November 30, 2014

ZURAIDAH KAMARUDDIN BENGANG SELEPAS IMIGRESEN SARAWAK HALAU DIA KELUAR DARI SARAWAK!!!


Salah seorang ahli rombongan Anwar Ibrahim, Zuraida Kamaruddin yang juga Ketua Wanita PKR merangkap Ahli Parlimen Ampang telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada pagi tadi dan tidak dibenarkan memasuki Sarawak.

Penahanan Zuraida telah menimbulkan keresahan PKR yang menganggap tindakan Kerajaan Negeri Sarawak menghalang kemasukan pemimpin politik PKR sebagai mencabuli kebebasan hak asasi manusia.

Ini bukan yang pertama bagi Zuraida Kamaruddin kerana sebelum ini beliau pernah juga dihalang memasuki Sarawak bersempena kempen Pilihan Raya Kecil Balingian.


Akibat penahanannya, Zuraida mencetuskan perasaan tidak puas hati terhadap imigresen kerana tidak memberikan penjelasan mengapa beliau sekali lagi tidak dibenarkan memasuki Sarawak.

Kenapa pula membenarkan Anwar Ibrahim, Nik Nazmi, Nurul Izzah dan beberapa pemimpin PKR yang lain memasuki Sarawak?

Telah menjadi polisi Sarawak yang berhak dengan tidak membenarkan mana-mana individu yang memasuki Sarawak atas sebab menganggu gugat perpaduan rakyat Sarawak.

Berita penahanan Zuraida telah kecoh di dalam media sosial sebagai satu tujuan untuk memberikan imej yang tidak baik kepada pemerintahan negeri Sarawak.

2 comments:

Anonymous said...

Ada hati konon nak apikan orang bawa Sarawak keluar dari Malaysia.
Akhirnya dia yang tak dbenarkan masuk ke Sarawak.
Amekaw.

hangkedee said...

PATI yg lupa asal usul....

 
Blogger Templates