Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, December 3, 2014

AKHIRNYA PAS DAN UMNO BERSATU DI SELANGOR.... HASILNYA, CINA DAP TERKANGKANG DAN MEROYAN!!!


Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS dan Barisan Nasional (BN) menolak cadangan DAP agar diwujudkan jawatan timbalan speaker kedua untuk DUN Selangor.

Portal berita Malaysiakini melaporkan, ADUN Sabak Sallehen Mukhyi berkata jawatan speaker daripada DAP dan timbalannya daripada PAS sudah memadai.

“Keperluan timbalan speaker ini hanya untuk waktu bersidang sahaja. Yang sedia ada cukup efektif dah. Jadi, untuk seorang lagi timbalan speaker tidak perlu.

“Daripada guna duit itu untuk bayar (gaji) timbalan speaker, lebih baik disalurkan kepada rakyat,” Sallehen dipetik sebagai berkata oleh Malaysiakini.

Sementara itu, Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Shamsudin Lias dilaporkan berkata, tindakan DAP menuntut jawatan timbalan speaker menunjukkan parti itu tamak kuasa.

Shamsudin yang juga ADUN Sungai Burong dilaporkan mempersoalkan keperluan mewujudkan jawatan timbalan speaker kedua dan menganggap ia membazirkan wang rakyat.

“Saya nak nyatakan bahawa DAP ini tamak kuasa. Dah ada speaker daripada DAP, nak pula timbalan speaker. Apa lagi dia nak?

“Saya rasa tak perlu (jawatan timbalan speaker kedua). Sebab jika tidak, kuranglah tugas mereka (speaker dan timbalan speaker) sebab nanti akan dibahagi tiga, malah membazirkan wang rakyat,” katanya.

Isu ini timbul selepas Pengerusi DAP Selangor, Tony Pua menyuarakan hasrat untuk melobi jawatan timbalan speaker kedua selepas PAS memenangi jawatan itu melalui undi rahsia yang dijalankan di DUN minggu lalu.

Sementara itu ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad pula berkata perkara berhubung pertambahan jawatan timbalan speaker tidak pernah dibincangkan sebelum ini.

Nik Nazmi berkata buat masa ini, beliau menyokong jika mengekalkan kuota jawatan yang sedia ada tanpa perlu menambah seorang lagi timbalan speaker.

“Isu itu tidak timbul sebab setakat ini kita tidak ada berbincang untuk perkara itu (jawatan timbalan speaker kedua) diadakan. Buat masa ini kita kekalkan apa yang ada pada hari ini iaitu satu timbalan speaker sahaja.

“Sistem sekarang sudah terbaik. Jadi, pada saya untuk masa sekarang tidak ada keperluan untuk tambah,” katanya.

sumber

No comments:

 
Blogger Templates