Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 1, 2014

ANWAR IBRAHIM ISYTIHAR SARAWAK SEBAGAI NEGARA, TETAPI KEMUDIAN MERAYU KETUA MENTERI BENARKAN MACAINYA MASUK MENGHASUT!!!


Selama ini, PKR dan Anwar Ibrahim menafikan pembabitan mereka dengan sebuah NGO yang berusaha menghasut dan mengucar-ngacirkan Sabah serta Sarawak. Namun selepas Kerajaan terutama Kementerian Dalam Negeri memutuskan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) sebagai sebuah NGO haram dan akan dikenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan, para pengendali NGO tersebut yang rata-ratanya dipercayai mendapat imbuhan daripada pihak-pihak tertentu untuk beroperasi, mula kurang mengaktifkan diri.


MITOS Sarawak dan Sabah sebagai sebuah NEGARA telah didendangkan oleh beberapa individu yang berkepentingan. Menariknya, ramai yang percayai dengan MITOS tersebut dan turut mempercayai bendera yang digunakan oleh kerajaan penjajah Brooke sebagai bendera Kerajaan Negara Sarawak.

Sarawak sebelum kedatangan Brooke hanyalah Bandaraya Kuching sekarang dan merupakan salah satu daripada daerah dalam Negara Brunei Darussalam. Begitu juga dengan Bahagian-Bahagian atau Daerah-Daerah lain di Sarawak, sama ada merupakan sebahagian daripada kerajaan di Kalimantan (Banjar) atau sebahagiannya pula no-man-land yang berjaya disatukan oleh James Brooke sebelum diserahkan kepada Kerajaan British pada tahun 1945.


Menyusur sejarah lampau Sarawak, negeri itu pernah berada dalam Empayar Srivijaya, Empayar Johor dan Empayar Majapahit sebelum diambilalih oleh Brunei secara longgar menerusi kawalan ke atas kubu-kubu sungai.

British hanya melepaskan Sarawak setelah rancangan penubuhan Malaysia sudah di peringkat akhir. Kemerdekaan Sarawak diberikan pada 22 Julai 1963 sebelum Sarawak menyertai Malaysia pada 31 Ogos 1963. Tentangan daripada Indonesia yang turut menuntut Sarawak sebagai sebahagian daripada negara itu, telah menyebabkan pengisytiharan menyertai Malaysia dibuat pada 16 September dan tarikh itu diterima umum sebagai tarikh rasmi.

Dari 22 Julai 1963 sehingga 16 September 1963, tiada kerajaan rasmi di Sarawak kecuali Kerajaan Interim. Hanya setelah penyertaan di dalam Malaysia dengan Sarawak menjadi komponen ke-11, barulah wujudnya Kerajaan Negeri yang mengambilalih tugas kerajaan sementara.


Sejarah ini telah diputarbelit oleh golongan yang mendabk dada kononnya mereka adalah pejuang kemerdekaan Sarawak dari Persekutuan Malaysia. Mereka mencipta versi sejarah Sarawak mereka sendiri yang kemudian dibantu pula oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Penyertaan Sarawak ke dalam Malaysia turut disertai sekali dengan 18 Perkara tambahan yang memberikan kuasa autonomi kepada Sarawak berbanding negeri-negeri lain. Antara pemisahan kuasa tersebut termasuklah yang membabitkan Imigresen dan jabatan Pengangkutan Jalan serta beberapa agensi Kerajaan Pusat di Sarawak selain kuasa tanah, pentadbiran, bekalan air, bekalan api serta cukai.

Sebelum kewujudan Pakatan Rakyat dan penipuan berleluasa membabitkan sejarah negeri Sarawak sepertimana yang dilakukan oleh kumpulan SSKM dan Pakatan Rakyat sendiri, kebanyakan rakyat Sarawak amat bersyukur dengan perubahan strata dan status yang mereka miliki selepas Sarawak menyertai Malaysia.


Semalam, Zuraidah Kamaruddin tidak dibenarkan memasuki Sarawak oleh Imigresen. Zuraidah Kamaruddin meroyan dan memperkatakan tentang hak asasi dan dan kebebasan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Bagaimanapun Ketua Wanita PKR itu tidak pula memperkatakan tentang kebebasan Sarawak untuk menguatkuasakan undang-undang mereka sendiri berdasarkan Perlembagaan dan Putrajaya tidak boleh mencampuri urusan terbabit.

Semalam juga, Anwar Ibrahim dalam ucapannya dalam satu sidang media di hotel di Bandaraya Kuching 'merayu' kepada Ketua Menteri Sarawak agar membenarkan Zuraidah Kamaruddin serta beberapa orang konconya masuk ke Sarawak.

Selain Zuraidah Kamaruddin, turut tidak dibenarkan masuk ke Sarawak adalah Rafizi Ramli (PKR-Pandan), R. Sivarasa Rasiah (PKR-Subang), Tian Chua (PKR-Batu), Saifuddin Nasution (PKR-Machang) dan Penaung pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Negara-Ku, Datuk S. Ambiga, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah serta Naib Pengerusi BERSIH 2.0 Bahagian Sabah Jannie Lasimbang.


Lebih menarik lagi ialah Anwar turut mengisytiharkan Sarawak sebagai sebuah Negara yang diwakili oleh PKR! (BACA DI SINI)


1 comment:

Anonymous said...

Sebaiknya kesemua mereka itu jangan dibenarkan masuk ke Sarawak.
Sarawak tidak memerlukan penipu, penghasut, pemfitnah dan pengkhianat. Sarawak juga tidak memerlukan peliwat.

 
Blogger Templates