Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, December 14, 2014

ARAHAN KEPADA PENJILAT ANWAR DALAM PAS, HAPUSKAN HADI AWANG SECEPAT MUNGKIN DAN HADI DIPERSENDA DI KOLAM SENDIRI!!!


Beberapa hari lepas, PAS mengadakan satu perhimpunan di Stadium Selayang. Dalam perhimpunan tersebut, beberapa orang pemimpin PAS mendesak agar PAS memberikan atau menyerahkan beberapa kerusi yang dimenangi kepada DAP sebagai tanda perpaduan atau istilah lebih popular dalam PAS sebagai TAHALUF SIYASI.

Paling menarik lagi ialah apabila sebahagian pemimpin PAS dalam program tersebut turut menghentam Hadi Awang dalam usaha mereka menggulingkan Hadi daripada saf utama kepimpinan utama PAS.

Dan Hadi Awang dalam ucapannya membidas ahli-ahli PAS berkenaan agar 'KELUAR DARI PAS' kerana mereka melebihkan DAP berbanding parti sendiri.

Di Kedah, gerakan PASMA yang mahu melebihkan PKR (Anwar Ibrahim) dan DAP sedang bergerak dengan aktif. Mahfuz Omar yang sebelum ini cuba bermain 'selamat', mula terasa kesan daripada aktiviti Phahrolrazi Zawawi yang merupakan penggerak utama PASMA. Gerakan mendapatkan pengaruh daripada mudir-mudir sekolah pondok termasuklah Haji Salleh Musa yang merupakan Penasihat PAS Kedah ke dalam kumpulan PASMA sedang giat dilaksanakan.

Gerakan menghapuskan golongan yang dikenali dan diiktiraf sebagai ULAMA dalam PAS sedang giat dijalankan. Ini adalah kerana golongan ULAMA telah dikenalpasti menjadi halangan utama kepada gerakan menyokong DAP dan Anwar Ibrahim, bahkan golongan itulah juga yang telah memutuskan bahawa TAHALUF SIYASI yang dijalankan dengan PKR-DAP merupakan satu kesilapan apabila golongan bukan ULAMA dalam PAS mengambil kesempatan untuk mengukuhkan kedudukan masing-masing.

Pemilihan PAS akan datang menyaksikan gerakan menghapuskan golongan ULAMA yang diketuai oleh Hadi Awang. Hadi Awang sendiri akan digulingkan untuk digantikan oleh Mat Sabu. Sokongan dana serta teknikal dari DAP dan PKR untuk Mat Sabu semakin kuat sekarang ini.

Menyedari keadaan itulah, penyokong-penyokong ULAMA dalam PAS yang juga dikenali sebagai Geng Perpaduan atau UG mula membalas serangan PASMA. Mereka bagaikan baru terkejut dari tidur yang panjang setelah lama diulit mimpi dan dodoi Anwar Ibrahim serta Lim Guan Eng menerusi PASMA.

Hari ini, di Jalan Putra, Kulim dan lampu isyarat di hadapan IPD Kulim, Jalan Kulim-Bukit Mertajam telah terkesan dua kain rentang yang tertera 'APABILA ULAMA DIPINGGIRKAN, SELAGI ITU PAS SENTIAS MENYOKONG KEMUNGKARAN, YA ALLAH SELAMATKANLAH PARTI KAMI DARI KEROSAKAN'.

Kain rentang berukuran 3 kaki lebar dan 9 kaki panjang berlatarbelakangkan warna hijau dan putih serta terdapat lambang parti PAS di bahagian bawah itu, dipercayai telah dipasang pada waktu pagi 14 Disember 2014.

Mungkin tumpuan yang banyak diberikan kepada Lim Guan Eng, Anwar Ibrahim serta Menteri Besar Selangor, menyaksikan isu-isu melibatkan PAS dan PASMA telah terpinggir serta tidak dipedulikan. Namun yang penting PAS sedang bergolak kerana serangan dari dalam yang PENGARAH serta dalangnya adalah ANWAR IBRAHIM dan LIM GUAN ENG!!!

4 comments:

Anonymous said...

Bodoh2 belaka. Mcm mana nak memerintah

Anonymous said...

Gerakan pasma ini boleh dibaca seperti berikut:

1.hapuskan ulama dalam PAS
2.amat penting gerakan ini memerlukan sumber kewangan dari anwar ibrahim PKR (negara barat , yahudi dan singapura) manakala dalam negeri iaitu kaum cina DAP.
3.PAS akan diserap golongan pasma dan pasma itu sendiri akan dibubarkan
4.umno akan dipersalahkan melalui golongan liberal yg terdapat dalam dan luar umno

Jadi bagaimanakah untuk menewaskan anwar ibrahim pkr pasma dan dap ini?

Ya melalui perpaduan umno pas perkasa isma jati dan lain2 pertubuhan bumiputra

BERSATULAH MELAYU! demi agama mu !

Berbincanglah di antara kamu gerak kan lah muzakarah kita perlukan pemimpin yg jujur dan ikhlas!

Anonymous said...

Selagi ada musang2 dalam PAS selama itu lah PAS parti songsang.

Mereka sangka dengan bertopengkan Ulamak mereka ada pasport mengkafirkan UMNO sebenarnya mereka selama ini telah diperbodohkan oleh golongan munafikun yang berkeliaran sesama mereka.


Padan muka Nik Aziz dan Hadi Awang. Nik Aziz pernah membela Mat Sabu dalam skandal Normah apa kesudahannya. Hadi Awang pernah membela Anwar dengan alasan besi tak boleh jadi saksi, apa kesudahannya.

Mudah sungguh Ulamak PAS diperbodohkan oleh ahli mereka sendiri.

Nik Aziz bersekongkol dengan DAP konon mudah nak mentarbiahkan mereka,namum sebenarnya Nik Aziz dan Hadi Awang yang kena air KETUM.

Untuk kawan-kawan aku dalam PAS maaflah kami tak kena jampi air KETUM.

Anonymous said...

INI SEMUA SALAH UMNO !!!

 
Blogger Templates