Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 15, 2014

BAPA ALLAHYARHAM DATUK MUSTAFA MAAROF DIBUNUH KERANA CUBAANNYA BERKONGSI KEK EKONOMI CINA!!!


Hari ini, seorang lagi bintang filem Melayu klasik meninggal dunia. Allahyarham Datuk Mustafa Maarof lebih dikenali ramai sebagai bintang filem dan latar belakangnya jarang diselidiki, bahkan pengorbanan besar Allahyarham bapanya, Maarof Zakaria untuk ekonomi orang Melayu yang pada waktu itu, dikuasai sepenuhnya oleh kaum imigran, langsung tidak diketahui.

Jasa Allahyarham bapanya diabadikan pada sebatang jalan di Bangsar yang dikenali sebagai Jalan Maarof.

Tidak mustahil, nama Jalan Maarof itu juga akan hilang dan digantikan dengan nama lain memnadangkan kebanyakan pegawai-pegawai DBKL yang berkaitan tidak mempunyai pengetahuan asas, tidak mempunyai kesedaran dan tidak mempunyai nilai-nilai membanggakan sejarah dalam hal menukar nama-nama jalan di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Siapa Maafor Zakaria, bapa kepada Datuk Mustafa Maarof?

Bagi mereka yang tinggal di kota metropolitan Kuala Lumpur, nama Jalan Maarof bukanlah satu nama yang asing. Jalan Maarof yang terletak berdekatan Dataran Maybank Bangsar ini diambil bersempena nama seorang tokoh ekonomi melayu yang merupakan pengasas Bank Kebangsaan Melayu yang terletak di Klang Street.

Di era pra-kemerdekaan,orang melayu menghadapi kesukaran dalam urusan ekonomi terutamanya bagi urusan membuat pinjaman daripada bank.Pada waktu itu,hanya terdapat 2 buah iaitu The Chartered Bank dan bank milik China bernama Overseas Chinese Banking Corporation.Namun,kedua-dua bank ini tidak memberi kemudahan pinjaman wang kepada orang melayu pada waktu itu.Hal ini menyebabkan ramai orang melayu terpaksa beralih angin kepada ceti-ceti haram yang memberi pinjaman dengan kadar bunga yang tinggi.

Maarof Zakaria(Allahyarham),seorang bekas peguam dan pegawai daerah di Perak yang hidup sezaman dengan nasionalis negara seperti Pak Sako(Ishak Haji Muhammad),melihat perkara ini sebagai satu kemelut ekonomi melayu yang perlu diselesaikan sebelum ia bertambah meruncing.

Dan hasilnya,pada bulan Julai 1947, sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh beliau di atas sebidang tanah berkeluasan 27 ekar. Bank ini telah membuka saham bernilai 2 juta khas untuk orang Melayu pada ketika itu.Pada beliau(Maarof),sebagai tuan tanah(Tanah Melayu),orang melayu perlu bijak menguasai bidang ekonomi sebelum dapat menguasai lain-lain bidang seperti politik.

Namun,langit tak selalunya cerah. Selepas 6 bulan beroperasi, Allahyarham telah ditemui mati dan mayatnya digantung di dalam hutan berdekatan Lake Garden.Hasil siasatan polis,pembunuhan tersebut tidak bermotifkan rompakan atau samun kerana jam tangan Rolex dan wangnya tidak diambil.Jelas,ini merupakan satu konspirasi pembunuhan terancang dalam usaha menghapuskan tokoh ekonomi melayu itu.

Siapa pembunuhnya?? Itu misteri yang masih belum dapat diselesaikan sehingga kini..Alfatihah untuk Allahyarham Maarof.. (SUMBER)


Dalam artikel yang lain...

Di Bangsar, Kuala Lumpur terdapat satu jalan bernama Jalan Maarof. Tak ramai orang muda yang mengetahui kenapa jalan ini diberi nama Jalan Maarof. Bagi yang tahu nama Maarof inilah yang patut menjadi kenangan mengenai cabaran awal yang dihadapi oleh pendukung ekonomi Melayu di masa lalu.

Pada bulan Julai, 1947 sebuah Bank Kebangsaan Melayu telah diasaskan oleh seorang peguam Melayu bernama Encik Maarof Zakaria.

Bank tersebut hanya mempunyai 2 juta saham yang hanya terbuka kepada orang-orang Melayu.

Pelanggannya juga terhad kepada orang-orang Melayu sahaja.

Pada waktu itu hanya ada dua buah bank; iaitu bank milik British bernama The Chartered Bank dan bank milik China bernama Overseas Chinese Banking Corporation.

Di kedua buah bank ini Melayu tidak dibenar meminjam wang.

Melayu hanya boleh meminjam wang dari ceti-ceti haram dengan bayaran bunga yang cukup tinggi.

Encik Maarof menjawab cabaran ini dengan menubuhkan bank untuk Melayu sahaja.

Selepas 6 bulan beroperasi dengan jayanya Encik Maarof Zakaria telah didapati terbunuh di Lake Garden. Jam rolex di tangannya dan wang dalam sakunya telah tidak diambil oleh pembunuh itu. Ini bererti pembunuh hanya ingin membunuh pengasas bank Melayu yang didirikan oleh Encik Maarof itu.

Encik Maarof Zakaria telah mendirikan Bank Kebangsaan Melayu dengan bermodalkan 27 ekar Tanah serta tiupan roh semangat perjuangan bangsa Melayu di bidang ekonomi.

Yang membunuh Encik Maarof nampaknya bertujuan membunuh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi.

Berlandaskan tiupan roh semangat perjuangan Melayu di bidang ekonomi inilah maka dalam Kongres Ekonomi Bumiputera Pertama dalam tahun 1965 cadangan menubuhkan Bank Bumiputra telah diketengahkan.


3 comments:

Anonymous said...

Crita ini nanti dkatakan rasis. Mlayu ckp psl mlayu rasis tpi yg lain boleh. Spai bila mlayu di layan bgini . sbab aku org biasa je tkde org nk dgr. Dlm hati tuhan je tau

Orang melayu said...

Perkataan rasis ni adalah mainan bngsa yg pling rasis untuk menutup mulut orng melayu dr memperkatakan tentang betapa rasisnya mereka . Ini la mainan saikologi bngsa rasis ni

Anonymous said...

Kalau melayu dah rasis mmg bangsa lain akan ikut. Kalau dirungkai tragedi 13 Mei, org melayu yang start kekecohan di Singapore kerana cemburu dengan kemewahan orang cina. Buku sejarah mana tulis. Semua melayu betul. Aku pun melayu tapi x semua melayu pendapat macam aku.

 
Blogger Templates