Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 23, 2014

BILA MAHFUZ OMAR PUN BENGONG, TETAPI KUAT PULA DISOKONG OLEH LATHEEFA KOYA!!!


Mahfuz, ikon kebebalan pemimpin yang berselindung di sebalik imej agama, kembali merancakkan lagi masalah di dalam PAS. Mahfuz yang sebelum ini cuba bermain politik selamat apabila cuba mengelak daripada berseteru dengan Phahrolrazi Zawawi memandangkan dia adalah Pesuruhjaya PAS Kedah, nampaknya memilih untuk berpihak kepada Anwar Ibrahim dan PKR.

Entah mengapa tetapi motif mudah yang dapat dilihat daripada kenyataan Mahfuz yang kononnya tidak tahu tentang perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan. Sekaligus Mahfuz membayangkan bahawa PAS Kelantan bertindak bersendirian dan bukannya dengan restu PAS Pusat.

Sudah tentulah kenyataan Mahfuz Omar itu segera digunakan oleh para penjilat Anwar Ibrahim di dalam PKR yang sememangnya melihat PAS sebagai musuh mereka sekalipun pada masa yang sama, enggan kehilangan sokongan ahli-ahli PAS kepada parti yang bertunjangkan Anwar Ibrahim dan ahli-ahli keluarganya.


Latheefa Koya yang dari awal lagi menyatakan bahawa keputusan PAS Kelantan mahu mengadakan sidang khas DUN Kelantan pada 29 Disember untuk pembentangan undang-undang hudud, menuduh PAS sengaja membantu UMNO-BN yang dirasakannya sudah lemah dan tertekan. Pada masa yang sama, DAP juga mengambil pendirian menentang keras perlaksanaan hukuman hudud di Kelantan yang disifatkannya akan memecah belahkan Pakatan Rakyat dalam perjuangan mereka untuk merampas Putrajaya.

Mahfuz Omar benar-benar tidak cerdik. Berbanding membela parti dan rakannya dalam PAS Kelantan, Mahfuz memilih untuk berpihak kepada DAP dan PKR yang mungkin dilihat sebagai lebih menguntungkanya berbanding menentang mereka.

3 comments:

Anonymous said...

Bila lidah bbelit itu jdinye. Bila org pas pun tk myokong aps lgi yg lain.

Anonymous said...

YB kelulusan SRP memang tu la tahap pemikiran dia.

Unknown said...

Seingt sy 20thn lebih pas mendendangkan hudud..kata..yg teruk kena pd waktu itu tun m.tk kurang jgk yg mgtakan tun m.kafir.firaun..krn mnolak cdgan hudud...nah sdh jelas..hudud yg di perjuangkan hanyalah gimik politik semata2..

 
Blogger Templates