Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 15, 2014

DAH DAP TERANG-TERANG KATA MEREKA TAK MAHU HUDUD, ADA LAGI MAKHLUK ORC DALAM PAS YANG TETAP TAK PERCAYA!!!

Tak tahulah bahasa dan kefahaman apa lagi yang harus diterapkan ke dalam otak sebahagian pemimpin-pemimpin PAS yang masih gagal menerima hakikat, rakan Tahaluf Siyasi mereka, DAP, kini sudah bertukar bukan sahaja menjadi musuh politik, tetapi juga lebih besar lagi, musuh umat.

Salah seorang daripada pemimpin PAS, Aiman Athirah telah mengesahkan yang Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah menandatangani deklarasi bersama dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sejurus sebelum PRU-13 di mana DAP bersetuju untuk membenarkan PAS menggunakan isu Hudud dan Negara Islam bagi meraih sokongan pengundi terutama sekali Melayu dan Islam.

Dokumen perjanjian tersebut wujud dengan tandatangan Lim Guan Eng, sekaligus menimbulkan 'kehairanan' kepada pemimpin-pemimpin PAS mengapa DAP masih lagi menentang keras hudud dalam Perhimpunan Agung mereka semalam, sedangkan ia sudah pun menjadi persetujuan bertulis.

Sama seperti pendokong TAHALUF SIYASI pro-Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim, Aiman Athirah masih mengharapkan Lim Guan Eng dan DAP menghormati PAS. Bahkan amat berharap, isu yang dibangkitkan oleh DAP itu akan diselesaikan dengan 'baik' menerusi Mesyuarat Majlis Presiden.

Aiman Athirah yang juga merupakan Pengerusi Penggerak Demokrasi dan Mobilisasi Dewan Muslimat PAS Pusat berkata, PAS perlu “bermain” dalam rangka dan kerangka demokrasi di dalam Pakatan Rakyat selari dengan kematangan PAS yang berusia 63 tahun.

“Justeru, rakyat seluruhnya dan dengan sendirinya upaya menilai di mana kebijakan, kematangan, “consistency” dan kejujuran PAS. Hakikatnya PAS sangat ‘consistent’ dan ‘committed’ dalam meneruskan perjuangannya bersama rakyat dan rakan-rakan tahaluf.

“Adapun pihak yang meremehkan konsensus-konsensus awal adalah yang sebenarnya mengkhianati perjanjian (jika menafikannya). Gagal melakukan yang sedemikian, PAS hanya dilihat marah-marah dan mengamuk macam budak-budak yang tidak dapat apa yang mereka mahukan,” jelasnya.


No comments:

 
Blogger Templates