Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, December 18, 2014

HASIL USAHA DAP, SELANGOR KEKAL JADI PEMAKAN DAGING BABI TEGAR!!!

Masa zaman BN jadi Kerajaan Negeri Selangor, semua dasar dan polisi yang diperkenalkan oleh BN, dianggap menzalimi rakyat Selangor. PAS Selangor meraih dan menzikirkan yang UMNO-BN Selangor musuh umat Islam kerana membenarkan pemeliharaan babi di Selangor. Ketika wabak JE yang bermula di Sungai Nipah, Negeri Sembilan,  PAS merupakan antara yang paling lantang mengecam BN kerana membenarkan pemeliharaan babi sehinggakan Malaysia dan negeri-negeri yang ada kandang babi dilabelkan sebagai DARUL BABI.

Sungai Langat, Hulu Langat, Hulu Selangor, Kajang, Semenyih dan sebagainya seringkali didedahkan sebagai kawasan ancaman kepada bekalan air kerana terdapatnya kandang-kandang babi haram. Bila kerajaan BN mahu memindahkan mereka dan melupuskan kandang-kandang dan pusat penternakan haram itu, muncullah DAP sebagai penyelamat.

Walaupun tindakan dilakukan oleh Kerajaan BN tetapi pelbagai sekatan, halangan dan tentangan telah dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Namun sebaik-baik sahaja Pakatan Rakyat mengambilalih Selangor dari BN, perkara pertama yang mereka lakukan adalah memusatkan kawasan penternakan atau kandang babi mega di kawasan bermajoriti Melayu. Idea yang diilhamkan oleh DAP menerusi Teresa Kok dan Ronnie Liu yang pada waktu itu merupakan Exco Kanan Selangor dilihat sebagai cubaan menghalau dan meminimakan orang Melayu di kawasan majoriti mereka.

Tentangan terhadap usaha yang didalangi DAP untuk melakukan penyingkiran kaum, begitu besar sehingga kelihatan menjejaskan undi untuk Pakatan Rakyat. Akhirnya senyap jugalah cerita tentang kandang babi mega berhawa dingin di kawasan orang Melayu.

Namun usaha Pakatan Rakyat untuk menjadikan babi sebagai ternakan utama di Selangor masih tidak berakhir. Terbaharu, usaha menjadikan satu lagi kawasan di Kuala Langat sebagai kawasan ternakan babi, akan dibuat menerusi pembentangan di Majlis Daerah.

Begitulah kalau dah di tangan Pakatan Rakyat... walaupun pelbagai ikrar diberikan kononnya akan menjaga dan menjunjung Perlembagaan, hakikatnya ikrar dan perbuatan tidak sama.

Dan lebih menarik lagi, berbanding babi, penternakan lembu dan kambing yang banyak melibatkan Melayu dan India tidak pula mempunyai keistimewaan seperti penternak babi di Selangor!!!


2 comments:

Anonymous said...

ala bro lu citer karut.....masa zaman BN kawasan kuala langat mmg dah terkenal dgn BABI dan lebih 30 tahun. Bro cuba lu citer bebtul pasal kes BABI kat kuala langat. Masa zaman Mike Tyson penduduk batu laut pernah minta di pindahkan kawasan penternakan BABI kat siti tp kerajaan BN tidak hirau pun masuk zaman Hirtoyo kes ni pernah ditengahkan untuk memusatkan penternakkan BABI ke kawasan TUMBUK. empat ketua kampung dibawa ke Jerman bagi melihat integrated swine system. tp malangnya PAKATAN menang......terbantutla usaha BN nak mengkronikan BABI dikuala langat. stu pembentangan semula mengenai cara mengawal penyakit vektor dan kebersihan persekitaran membentangkan bahawa penternakkan babi perlu dikawal kerana mengambil pendekatan untuk kawalan vektor seperti di singapura.

kalau bukan penduduk asal batu laut,
kg tg layang.\,
kg tg sepat
kg kundang,
kg tumbuk....... lu jgn komen kitaorang dah cium babi BN ni dah 50 tahun

Anonymous said...

Ha elok la tu...ko cium la pulak babi DAP ni lagi 50 tahun...

 
Blogger Templates