Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 1, 2014

KALAU TAK BUAT SALAH, KENAPA TAKUT DENGAN AKTA HASUTAN?



Undang-undang telah wujud di muka bumi ini bermula dari kemelut perkahwinan anak-anak Nabi Adam a.s. Dan undang-undang berubah seiring dengan zaman. Walau bagaimanapun, matlamat undang-undang tetap sama iaitu menjaga keselamatan dan ketenteraman selain menjadi panduan kepada manusia yang hidup dalam sebuah jazirah atau negara ata negeri atau kawasan untuk mematuhi undang-undang mahu 'uruf supaya semua orang mempunyai hak untuk hidup dengan aman.

Bagaimanapun, sejarah dunia juga telah menunjukkan dan membuktikan bahawa golongan yang mempunyai niat jahat, cenderung untuk melakukan kerosakan dan menyemai bibit-bibit perpecahan serta permusuhan, amat anti dengan undang-undang yang akan mencegah mereka daripada melaksanakan misi serta niat mereka.

Begitulah yang berlaku apabila beberapa pemimpin Pakatan Rakyat dan NGO yang sangat pro-Pakatan Rakyat begitu membenci Akta Hasutan yang akan ditambahbaik serta diperkuatkuasakan sebagaimana janji Menteri dan Perdana Menteri.

Wajah-wajah di atas adalah sebahagian daripada mereka yang cuba menjadikan Akta Hasutan sebagai modal bagi mereka untuk memanjangkan hayat politik masing-masing. Dengan mudah mereka menyatakan bahawa penguatkuasaan Akta Hasutan serta pembatalan penghapusan akta tersebut adalah bertujuan untuk memastikan Barisan Nasional terus memerintah.

Mengapa mereka memilih alasan berkenaan sedangkan bukan semua orang di Malaysia berminat dengan permainan politik sepanjang masa?

Mengapakah mereka cuba beretorik tentang undang-undang tersebut? Bukankah pada setiap masa mereka bermain politik dan sentiasa melihat apa-apa sahaja tindakan kerajaan dan pihak berkuasa sebagai menyekat kebebasan mereka? Bukankah juga merek akan pantas mengkritik malah menghasut rakyat untuk menentang sekiranya ia memberikan nilai tambah dan sokongan kepada mereka?

Akta Hasutan yang baru belum lagi dikuatkuasakan. Baru janji, baru nak dibentangkan di Parlimen, baru hendak mencari kelulusan, baru dirancang untuk ditambah sekurang-kurangnya dua perkara.

Mengapa para pemimpin Pakatan Rakyat sudah menggelabah? Bukankah selama ini mereka juara laporan polis? Bukankah selama ini juga mereka juara saman ratusan juta ringgit dan kebanyakan daripada saman tersebut mereka menang kerana pihak yang disaman, tidak bersedia untuk berhadapan dengan realiti yang disediakan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat?

Atau mereka sebenarnya benci kerana sekurang-kurangnya dua perkara yang akan dimasukkan terutama sekali yang membabitkan agama Islam, Melayu dan agama lain selain pemisahan Sabah dan Sarawak yang menjadi agenda utama mereka, kini terhalang akibat Akta Hasutan?

Begitu juga dengan barisan peguam dari Majlis Peguam yang kelihatan gugup dan sedang mengatur gerak langkah menyusun gerakan politik sekaligus mengukuhkan pegangan dan penguasaan mereka ke atas politik negara, adakah mereka sedang melihat kerugian kerana Akta Hasutan bakal menyekat keuntungan besar mereka?

No comments:

 
Blogger Templates