Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 2, 2014

LAMPIR TERLAMPAU!!! ZURAIDAH NAK SAMAN KERAJAAN NEGERI SARAWAK KERANA TAK BENARKAN DIA MASUK SARAWAK!!!

Betullah kata orang, manusia jenis bangang, sampai bila-bila pun bangang dan merek apula tidak sedar mereka amat bangang sehinggalah mereka ditunjukkan kebangangan berkenaan.

Maaf, ini bukan cerita blogger bangang atau sesiapa pun yang berkaitan, sebaliknya ini cerita bangang Zuraidah Kamaruddin atau lebih dikenali sebagai Zuraidah Mak Lampir yang terlalu bangang untuk mengetahui bahawa hak mengusir atau tidak membenarkan mana-mana individu untuk memasuki Sabah dan Sarawak adalah hak Kerajaan Negeri yang tidak boleh dipersoalkan oleh Perlembagaan.

Perlembagaan pula adalah undang-undang tertinggi dalam negara ini. Tiada mahkamah yang dapat membicarakan Perlembagaan dan tiada hakim atau peguam walau sehebat mana pun prestasi mereka, mampu mengheret Perlembagaan untuk dibicarakan.

Zuraidah yang khabarnya merupakan bekas imigran yang diberikan taraf kerakyatan menerusi perkahwinan dan bekas penjual buah di tepi jalan Taman Ahmad Razali sebelum terbabit dalam politik menerusi PKR, tidak dibenarkan memasuki Sarawak dalam rangka menyertai rombongan Anwar Ibrahim menghasut rakyat Sarawak untuk berpisah dari Malaysia.

Dua hari lepas, Anwar Ibrahim mengisytiharkan Sarawak sebagai SEBUAH NEGARA.

Apa yang tidak diperkatakan oleh Pakatan Rakyat, khususnya PKR tentang Sarawak sebelum ini. PKR seringkali memberitahu rakyat Sarawak bahawa Sarawak dijajah oleh Putrajaya dan Sarawak tidak bebas berbuat apa-apa. Rakyat Sarawak juga dipaksa bekerja keras bagi membolehkan Sarawak menghantar hasil kepada Putrajaya.

Pendek kata Perjanjian Malaysia yang mana Sarawak memperolehi 18 Perkara istimewa berbanding negeri-negeri lain, tidak wujud lagi kerana Putrajaya telah pun menghapuskannya. Justeru, PKR berjuang bersama-sama beberapa NGO seperti SSKM untuk mengembalikan perjanjian tersebut dan mengeluarkan Sarawak dari Malaysia.

Bagaimanapun, apabila Zuraidah Kamaruddin tidak dibenarkan masuk Sarawak dan hanya mampu sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, lain pula ceritanya. Bukan sahaja Zuraidah yang memekak, Anwar Ibrahim juga menfitnah Kerajaan Negeri Sarawak dan menyalahkan UMNO kerana keputusan tersebut, walhal UMNO tidak ada pun di Sarawak.

Dan keputusan akhir ialah, Zuraidah akan menyaman Kerajaan Negeri Sarawak kerana tidak membenarkan kemasukannya walaupun sebelum itu dia menyatakan bahawa keputusan melarang kemasukannya adalah bersalahan dengan Perlembagaan.

Tidak pula dapat dipastikan, Perlembagaan manakah yang dimaksudkan oleh Zuraidah. Perlembagaan Persekutuan memberikan hak kepada Sarawak untuk menghalau atau menghalang mana-mana individu daripada memasuki Sarawak. Perlembagaan Negeri Sarawak juga jelas menyatakan hak tersebut.

Barangkali Zuraidah cuba menyatakan tentang hak dalam Perlembagaan PKR kerana manusia seperti Zuraidah bernaggapan PKR adalah Malaysia dan kesemua orang di negara ini tertakluk kepada Perlembagaan PKR.

Almaklumlah kan, daya pemikiran sorang seperti Zuraidah Kamaruddin kan sekadar berlegar-legar di sekelilingnya semata-mata!!!

2 comments:

Anonymous said...

Entah la. Melayan karenah perempuan ni, boleh muntah kita. Sekejap kata umno kawal sarawak. Tanpa umno di sarawak, perempuan ni tak boleh pulak masuk sarawak. Pening la.....

Anonymous said...

Dua hari lepas, Anwar Ibrahim mengisytiharkan Sarawak sebagai SEBUAH NEGARA.
sebagai sebuah negara yg berdaulat mempunyi hak mutlak membenarkan atau menolak para tetamunya.
zuraidah salahkanlah anwar terlebih dulu sebab kalau ikut anwar sarawak bukanlah sebahagian dari malaysia lagi.
kesimpulanya balik je lah sebagai anjing buruk kepala!

 
Blogger Templates