Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, December 23, 2014

MALAYSIA BAKAL DISERANG ISIS... ANCAMAN BOM SANA SINI!!!

Tak tahulah siapa punya permainan bodoh menyebarkan pelbagai maklumat yang sebenarnya langsung tidak berguna, tidak berfaedah, membuang masa namun pada masa yang sama, boleh menimbulkan kepanikan, ketidaktenteraman dan menyuburkan syak wasangka sesama rakyat.

Selepas pelbagai cerita dan khabar angin disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab, termasuklah yang menyatakan perbuatan mereka itu hanyalah bertujuan untuk berhibur, kini muncul pula cerita kononnya Malaysia bakal diserang oleh terrorist antarabangsa dalam usaha pihak berkenaan mewujudkan sistem kekhalifahan yang kiblat mereka adalah Zionist dan Israel sepertimana yang melibatkan ISIS, SIS dan sebagainya.

Entah apa yang seronoknya tetapi yang pasti pihak yang gemar menyebarkan berita-berita sebegitu di Whatsapp mempunyai motif yang jauh lebih besar bagi memudahkan niat pihak-pihak tertentu. Pengesahan PDRM bahawa pihak pengganas itu turut mempunyai rancangan jahat ke atas Malaysia, telah diperbesar-besarkan sehinggakan menjadikan maklumat seterusnya ialah, ISIS sudah pun meletakkan dan menanam bom di merata-rata tempat terutama sekali di tempat-tempat yang menjadi tumpuan ramai di seluruh Malaysia.

PDRM telah menafikan khabar-khabar angin yang giat tersebar di pelbagai media sosial tentang serangan bom dan keganasan yang dibuat oleh pihak luar. Dan seperti biasa, PDRM menasihati orang awam agar tidak terlibat menyebarkan maklumat-maklumat sebegitu.

Tidak keterlaluan kalau kita katakan bahawa ada pihak dalam Malaysia sendiri yang sangat menginginkan keadaan dalam negara yang tidak aman, tidak tenteram dan rakyat saling mencurigai antara satu sama lain. Tidak sahaja berobjektif untuk mengaut keuntungan besar menerusi kenaikan harga dan perkhidmatan ekoran pembelian panik tetapi juga untuk kerja-kerja penaklukan menerusi kelemahan pada titik-titik yang membentuk komuniti.

Media-media sosial yang tidak disekat, dilarang atau kegagalan pemantauan oleh pihak berkuasa, telah digunakan dengan seluas-luasnya atau diambil kesempatan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab itu.

Anehnya, rakyat Malaysia kebanyakannya cukup gemar menyebarkan berita-berita sensasi sebegitu, kononnya bertanggungjawab untuk memberikan peringatan kepada kawan-kawan dan ahli keluarga, tetapi pada masa yang sama, tidak sedar bahawa perbuatan mereka sebenarnya mengundang masalah yang lebih besar kerana penyebaran fakta palsu itu boleh mencetuskan ketidaktenteraman.

Sewajarnya pihak berkuasa mengambil tindakan segera dan keras untuk menyekat sebarang penyebaran sebegitu rupa. Sikap lemah-lembut yang ditunjukkan oleh kerajaan, telah menyebabkan golongan bernafsu subversif berasakan mereka bebas berbuat apa-apa sahaja.

1 comment:

Anonymous said...

KALAU DULU PENYEBAR KHABAR ANGIN MCM NI PDRM BOLEH TANGKAP ISA.
SEKARANG BAGI AMARAN JE.
TAHNIAH ABAG POLIS.
ORANG MALAYSIA TAKUT LEBIH TAKUT AMARAN DARI KENA TANGKAP ISA.
MALAYSIA LEBIH AMAN DGN BANYAK AMARAN ! ! !

 
Blogger Templates