Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 8, 2014

MENGALAHKAN NEPAL BARU MASUK MALAYSIA, AHLI PARLIMEN DAP BAKRI TIDAK FAHAM BAHASA KEBANGSAAN YANG DIBACANYA DARI TEKS!!!


Susahnya Ahli Parlimen DAP ini hendak bertutur dalam Bahasa Kebangsaan, sekaligus memperlihatkan tahap penguasaan sebahagian besar daripada mereka yang mengaku sebagai rakyat Malaysia, mempergunakan semua hak rakyat Malaysia, mendesak agar diberikan kesamarataan dan keadilan, menjadi Ahli Parlimen atau wakil rakyat, tetapi TIDAK BOLEH BERBAHASA KEBANGSAAN dengan fasih dan lancar.

Err Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri kelihatan amat sukar untuk membacakan teks yang ditulis dalam Bahasa Kebangsaan. Bayangkanlah kalau dia bertutur dan melawan cakap.

Apakah kelayakan bagi orang sepertinya untuk menjadi Ahli Parlimen Malaysia? Bukankah Perkara 16 dan Perkara 16A dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia jelas menyatakan, seseorang yang tidak boleh menguasai pengetahuan asas Bahasa Kebangsaan, tidak layak mendapat kerakyatan negara ini?

Di negara-negara lain, hatta di India dan di China, malah di negara yang diiktiraf sebagai negara demokrasi, kebekasan hak asasi seperti Amerika Syarikat dan Kanada, kaum imigran yang diberikan taraf kerakyatan WAJIB berpengetahuan dan fasih dalam Bahasa Kebangsaan, sama ada negara tersebut berbahasa kebangsaan tunggal atau dwi bahasa seperti Kanada atau pun empat bahasa seperti Singapura yang lebih menekankan kepada Bahasa Inggeris.

Sistem kewarganegaraan di Malaysia sudah pincang dan telah dicabuli oleh golongan seperti Err Teck Hwa dan sebahagian besar pemimpin DAP. Golongan seperti mereka seharusnya tidak dibenarkan menjadi Ahli Parlimen, ADUN atau pun menikmati hak-hak kewarganegaraan sebaliknya hanya layak ditarafkan sebagai penduduk tetap seperti di Brunei Darussalam.

Bayangkanlah, golongan seperti Err Teck Hwa dan sebahagian besar pemimpin DAP yang cukup sukar berbahasa Kebangsaan tetapi mereka berlagak seolah-olah mereka sangat tahu tentang Malaysia walaupun ada kalangan mereka yang tidak tahu pun bila Malaysia merdeka, bila Malaysia ditubuhkan dan pra-syarat penyertaan Sabah serta Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

Anehnya, golongan inilah yang sangat bijak memutarbelitkan fakta sejarah mengikut 'kepandaian' mereka dan dipercayai pula oleh kebanyakan penutur fasih Bahasa Kebangsaan!!!

4 comments:

Anonymous said...

Masaalah nya kalau dah pandai cakap melayu maka lagi pandai tipu melayu.

Anonymous said...

Bila UMNO/BN menang kembali 2/3 majoriti....luluskan semua akta2 untuk memperkasakan Bahasa Melayu dan mana2 akta lain yang patut untuk melindungi hak2 Melayu dan Bumiputera.

Belajar dari kesilapan yang lepas!!!

Sekarang UMNO/BN takde 2/3 majoriti...semua tak boleh buat!

Anonymous said...

Pendatang dari cHina kot... beli ic orang mati!

Anonymous said...

UMNO mana berani. Dalam AGM PPP pun Najib cakap orang putih, kononnya kalau cakap melayu, mereka tidak faham. Sampai bila mereka tak akan belajar faham sebab orang macam Najib pun tak yakin dengan bahasa Melayu.

 
Blogger Templates