Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, December 17, 2014

RAFIZI RAMLI DIARAHKAN PUJUK ROLAND CHIA AGAR TIDAK LETAK JAWATAN!!!


Keputusan atau lebih tepat lagi Roland Chia, ADUN Inanam untuk meletak jawatan telah menimbulkan kegemparan di kalangan para pemimpin PKR hari in. Roland Chia yang diketahui merupakan penyokong kuat Azmin Ali, membuat ancaman itu menerusi Twitter dan Facebook dengan memberi alasan, masalah kesihatan.

Sebaik-baik sahaja mengetahui perkara tersebut, PKR menerusi Rafizi Ramli telah berusaha menghubungi Roland Chia di luar negara. Menurut Rafizi Ramli, mereka perlu mendapatkan lebih banyak maklumat tentang Roland Chia terutama sekali masalah kesihatannya.

"Saya telah menghubungi kepimpinan PKR Sabah dan pejabat Dr. Chia sendiri, yang telah mengesahkan dia menghadapi masalah kesihatan. Bagaimanapun, kami tidak dapat mengesahkan status sebenar kesihatannya," kata Rafizi.

Rafizi yang juga Setiausaha Agung PKR menambah, dia tidak dapat mengesahkan sama ada ugutan perletakan jawatan sebagai ADUN oleh Roland Chia benar-benar tulen sehinggalah dia boleh bercakap dengan Roland Chia sendiri.

Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Penampang, Derrel Leiking turut terkejut dengan 'keputusan' Roland Chia. Begitu juga dengan Pengerusi PKR Sabah, Lajim Ukin yang memberitahu, dia telah berusaha tetapi gagal menghubungi Roland Chia untuk ditanya tentang pengumumannya di media sosial.

Roland Chia, pakar pergigian telah memenangi kerusi DUN Inanam buat kali pertama pada 5 Mei dalam PRU-13 lalu dengan memperolehi undi majoriti sebanyak 3,202 dalam pertandingan tiga penjuru.


No comments:

 
Blogger Templates