Social Icons

Pages

BULETIN 247

Wednesday, December 10, 2014

SEDAR NYAWANYA SAMPAI KE PENGHUJUNG, KIT SIANG UBAH TAKTIK MALAYSIAN MALAYSIANYA!!!

Lim Kit Siang, DINOSAUR TUA berstatus fosil dari DAP masih cuba untuk terus berada dalam lingkungan kuasa dan kedudukan demi menyelamatkan anak lelakinya, Lim Guan Eng daripada berhadapan dengan tekanan dan cubaan penggulingan kuasa oleh golongan dalam DAP. Tekanan terhadap Lim Guan Eng kebelakangan ini semakin kuat terutama sekali di Pulau Pinang ekoran kegagalan dan tidak berfungsinya Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri walaupun dia berlagak pandai dan bercakap banyak menyalahkan orang lain.

Bagi mengelakkan Lim Guan Eng terus menjadi sasaran, Lim Guan Eng segera memutarkan stereng perhatian kepada Najib Abdul Razak. Manusia yang merupakan antara pencetus utama tragedi 13 Mei 1969 menerusi konsep Malaysian Malaysia yang mahu menghapuskan Perkara 152 dan Perkara 153 serta merombak keseluruhan perkara membabitkan kerakyatan dan struktur asas negara ini dalam Perlembagaan Malaysia, kembali bercakap tentang keselamatan dalam negeri.

Menurutnya, Najib tidak peduli langsung tentang ketegangan antara kaum dan agama di negara ini. Bahkan menurut Kit Siang lagi, UMNO telah mempertingkatkan helah dan taktik pecah belah demi memastikan kelangsungan kuasa di negara ini yang dimiliki semenjak 1955.

Ada pula penyokong-penyokongnya yang terdiri daripada orang Melayu yang hidup serta menikmati kemewahan dan kesenangan hasil daripada dasar-dasar UMNO, bercakap untuk memenangkan DAP dengan alasan kesamarataan, keliberalan dan keterbukaan, terutama sekali terhadap agama Islam yang bagi mereka merupakan batu penghalang utama kepada perpaduan dan kesefahaman di dalam negara.

Menariknya, inilah golongan yang kuat menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri, memberikan sokongan serta hujah yang mengalahkan semua hujah pro-ISA kepada Najib sehingga akhirnya Kerajaan yang dipimpin oleh Najib percaya bahawa rakyat Malaysia sudah terlebih matang dan negara tidak lagi memerlukan sebarang undang-undang pencegahan kerana semua rakyatnya sangat bertanggungjawab.

Perkiraan yang tersilap kerana sebuah negara yang didominasi satu kaum, satu bahasa, satu agama sekalipun, tetap memelihara dan mengukuhkan undang-undang pencegahan. Bahkan akta dan undang-undang berkaitan hasutan terus diperkukuhkan dari semasa ke semasa.

Sedangkan di Malaysia pula, desakan dan tekanan agar Malaysia menghapuskan semua undang-undang kecuali undang-undang yang membolehkan subversif, anarkis dan liberalis bergiat aktif, diperkenalkan.  Anehnya, golongan yang kuat menentang undang-undang pencegahan ini, cuba bercakap tentang ketenteraman, keamanan dan kesentosaan?

Ia tidak ubah seperti seorang Cina pelat seperti Lim Kit Siang mempersoalkan Bahasa Kebangsaan Najib Tun Razak!!!

Kit Siang terlupa bahawa dia walaupun tidak pernah menjadi Perdana Menteri apatah lagi DYMM Yang Di-Pertuan Agong, telah menggunakan kekerasan, kuku besi dan penghapusan etnik menerusi parti politik yang dipimpinnya, malah legasi kuku besi itu kini diteruskan oleh anaknya, Lim Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Lakonan demi lakonan yang ditunjukkan oleh Lim Kit Siang, pastinya mengingatkan kita kepada taktik dan helah komunis yang dipimpin oleh Chin Peng untuk menjajah negara ini dengan slogan perjuangan kemerdekaan mereka, sehinggakan generasi baharu yang tidak pernah merasai jerih getir diancam serta diugut pengganas komunis yang memaksa bantuan makanan, perubatan dan kewangan diberikan kepada mereka menerusi seksaan, kemusnahan harta benda, penculikan, pembunuhan, bahkan masjid, surau dan al Quran dihina, dengan penuh bangga mengisytiharkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan negara.

Begitulah Lim Kit Siang dan DAP yang semakin hari semakin berjaya mencipta buku dan teks sejarah baru Malaysia memandangkan sebahagian besar daripada rakyat Malaysia khususnya Melayu-Bumiputera semakin alpa dengan gajet, hiburan dan hedonisme yang diperkenalkan serta disuburkan oleh orang sejenis Lim Kit Siang.

5 comments:

Anonymous said...

kasihan dia tak sempat jadi menteri..

Anonymous said...

Mintak-mintak Apek Tua Samseng ini mampus cepat-cepat kerana kejahatan dia dah sampai tahap 100%.

Anonymous said...

Kepala hotak dia kesamarataan...kalau dah 95% semua dalam bahasa ibunda LGE apa benda yg sama..dah dapat kuasa gerenti 100% cina semua

ahmad said...

Pendedahan azizi ali kat sini http://goo.gl/t1jRnN

hangkedee said...

Sebab itu sisepet dapig sibuk nak bawa balik Abu chin peng.. Yg bebal tahap gaban Pas pis pus pussy pusingan U barua totok daPig

 
Blogger Templates