Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, December 8, 2014

SELEPAS PASPORT ANTARABANGSANYA DINYAHTARAF, KINI STATUS KEWARGANEGARAAN ALVIN TAN PULA DALAM KAJIAN KDN!!!


Kerajaan Malaysia menyerahkan soal status kewarganegaraan blogger kontroversi, Alvin Tan kepada penasihat undang-undang Kementerian Dalam Negeri untuk pertimbangan dan tindakan lanjut.

Menterinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, beliau enggan campur tangan dalam soal perundangan untuk mengelakkan persepsi negatif terhadap dirinya.

"Saya tidak mahu dianggap apabila kenyataan daripada menteri keluar, ianya kononnya berbaur politik sedangkan ianya tiada kena mengena dengan soal politik.

"Ianya mengenai soal prinsip kenegaraan dan pematuhan kepada undang-undang yang ada di negara kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis ulang tahun Pertubuhan Seni Silat Gerak Kilat Kebangsaan, di ibu negara, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan blogger seks itu yang telah memuat naik kenyataan yang menghina institusi Diraja Selangor secara terang-terangan dalam akaun Facebooknya, kelmarin.

Alvin, 26, dipercayai telah memuat naik kenyataan menghina Sultan Selangor itu ketika berada di Los Angeles, California, Amerika Syarikat berdasarkan catatan lokasi di laman Facebooknya.

Sebelum ini, Alvin dihadapkan pertuduhan jenayah di bawah Akta Hasutan 1948 serta Akta Penapisan Filem kerana memuat naik entry 'bak kut teh' pada bulan Ramadan tahun lepas dan gambar serta video seks bersama pasangannya, Vivian Lee dalam sebuah blog.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, soal kewarganegaraan Tan tertakluk kepada akta lain dan ia perlu diperhalusi oleh penasihat undang-undang KDN terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil.

Terdahulu, Ahmad Zahid berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Mustafa Ibrahim untuk membatalkan pasport perjalanan antarabangsa milik Tan susulan tindakan biadapnya, kelmarin.

"Bermula esok, pasport Alvin akan dibatalkan serta-merta ekoran beliau terus memainkan isu-isu sensitif dan melakukan beberapa tindakan yang tidak menghormati undang-undang dan Perlembagaan negara kita.

"Ketua pengarah Imigresen akan menggunakan kuasanya yang termaktub dalam akta imigresen untuk membatalkan pasport Tan nanti," katanya.

Ahmad Zahid tidak menolak walaupun tindakan membatalkan pasport itu dibuat, Tan dipercayai akan terus mendapatkan suaka politik dari negara besar itu.

5 comments:

Anonymous said...

Dawn of a new era in the administration of the country.

razak adom said...

tak jumpa lagi ke dlm lubang cacing mana dia duduk?

Anonymous said...

Sekiranya dibuang negara, jadi barah di luar negara. Dalam masa yang sama, Kerajaan juga telah akur kepada kehendak pembangkang untuk membolehkan pendokong pembangkang mengundi di luar negara.

Jalan penyelesaian terbaik dengan itu adalah hidupkan semula ISA!

Anonymous said...

This will result in you being a "stateless" . If it's true, u'd better start begging for entry to a new country. Your mouth works faster than your brain and u deserve all these. The revocation of your passport means u would lose your eligibility to be in any locations abroad as u no longer have any permission to do so from country of origin (remember the name MALAYSIA?). If u chose to flee, It's best for you Alvin as u would have all the time you need to focus on posting seditious remarks from the country u might choose to live in. In your new country there will be NO SULTAN, NO MALAY RULERS and NO UMNO.... BUT, DON'T WORRY TOO MUCH ALVIN.... ITS ONLY FOREVER ! So Cheer up Alvin.... u're finally FREE !

(Let him die in exile.... RIP ! )

azid barja said...

Kalau aku la Sultan, kan ku hantar hang tuah ke california utk menyahkan Alvin penderhaka. Alaa kalau takat kena mug kat sana tu kira biasala.

 
Blogger Templates