Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, December 20, 2014

TUN MAHATHIR KUTUK DAN KEJI MELAYU-BUMIPUTERA SEBAGAI 'PENGEMIS' BELAS CINA-DAP!!!


Mahathir kembali menimbulkan kejengkelan terutama di kalangan para pemimpin Melayu yang enggan mengakui kelemahan dan kesalahan mereka. Namun pada masa yang sama, akar umbi Melayu yang melihat perkembangan dan perjalanan politik negara ini, sememangnya berkongsi pendapat dengan Tun Dr. Mahathir.

Menurut Tun Dr. Mahathir, parti-parti politik Melayu (UMNO, PAS dan PKR) sekarang ini tidak lagi mempedulikan teras sokongan mereka, sebaliknya bertukar menjadi 'PENGEMIS' kepada masyarakat CINA-DAP yang bijak menggunakan kesempatan daripada kedudukan mereka yang direbut oleh UMNO, PAS dan PKR.

Bekas Perdana Menteri Malaysia itu turut menyatakan perebutan di kalangan parti-parti yang berasakan orang Melayu bermakna undi-undi Melayu telah berpecah kepada tiga, sekaligus memaksa mereka untuk memujuk dan mengharapkan undi-undi daripada pengundi bukan Melayu dalam usaha memburu kemenangan, sekaligus tanpa sedar, mereka telah kehilangan kuasa sebenar biarpun pada masa yang sama, UMNO masih lagi menjadi tulang belakang kerajaan yang memerintah.

Kuasa pemerintahan sekarang tanpa sedar, berpindah kepada kelompok minoriti, sekaligus bertentangan dengan demokrasi yang dilaung-laungkan.

"UMNO, PAS dan Keadilan (PKR) semuanya mengemis kasih sayang Cina-DAP untuk sokongan mereka bagi Pilihanraya Umum untuk menang. Bila kita semua adalah pengemis, kita bukanlah berkuasa lagi," kata Tun Dr. Mahathir dalam ucaptama di Konvensyen Belia Nusantara, hari ini.

Menurut Tun Dr. Mahathir lagi, walaupun orang Melayu sediri yang memperkenalkan konsep perkongsian kuasa di kalangan masyarakat berbilang bangsa, masyarakat Melayu dan Bumiputera sekarang berada dalam kedudukan yang sangat lemah.

Sekalipun kehilangan kuasa, orang Melayu-Bumiputera masih tidak cukup cerdik sekalipun mereka masih kekal sebagai masyarakat majoriti di negara ini.

"Walaupun berjaya memperolehi 60% kemenangan dalam pilihanraya, terdapat perpecahan yang teruk di kalangan kita," katanya sambil menambah undi-undi Melayu-Bumiputera kini berpecah antara UMNO, PAS dan PKR.

Tun Dr. Mahathir juga menegaskan bahawa perpecahan di kalangan orang Melayu-Bumiputera juga menyebabkan prestasi ekonomi yang lemah, masih berterusan di kalangan masyarakat tersebut berbanding kaum-kaum lain. Bekas Perdana Menteri yang masih lantang itu turut memberitahu, wawasan negara untuk mencapai negara maju pada 2020 hanya akan membawa sedikit kebaikan kepada masyarakat Melayu-Bumiputera kerana kelemahan Melayu-Bumiputera itu sendiri selain perpecahan mereka.

Justeru, Tun Dr. Mahathir menasihatkan Melayu-Bumiputera agar menerimapakai nilai-nilai yang dipraktikkan oleh etnik-etnik lain dalam usaha mencapai kejayaan, selain menegaskan, kemajuan mereka tidak akan datang kerana 'warna kulit, cuaca, di mana mereka tinggal atau apa sumber kekayaan sesebuah negara.'

"Sekiranya nilai kita bagus, kita akan berjaya. Kalau tidak, walaupun kita ada sumber kekayaan, kita tidak akan maju," katanya.

Menyedari, kritikannya terhadap Melayu-Bumiputera akan mengundang komen-komen negatif terhadapnya, Tun Dr. Mahathir berkata, adalah menjadi satu keperluan untuk mengeluarkan teguran agar masyarakat Melayu-Bumiputera berubah.

"Sekiranya kita tidak mengenalpasti kelemahan kita sendiri, kita akan terus berkhayal dan tidak akan menyedari masalah yang melanda," katanya.

11 comments:

Unknown said...

Mmg apa yg Tun M ckp tu betul, klau tak tegur melayu akan dibuai mimpi !.

Anonymous said...

Kutuk dan keji?

Gabenor johor said...

Yang memecahkan kaum melayu adalah bekas anak didik Tun M yg bernama Anwar Ibrahim..Yang merosakkan nama Allah untuk digunakanpakai oleh agama lain dan menyokong LGBT pun anak kandung Tun M..Yang menjadikan melayu pengemis kpd bangsa cina juga adalah Taikun Taikun Cina yg lahir pada zaman Tun M..MELAYU MUDAH LUPA termasuk juga Tun M Muda Lupa

Gabenor johor said...

Yang menyekat kekebalan raja raja dan sultan melayu hingga raja dan sultan melayu dipermain mainkan ketika ini adalah Tun M juga

Anonymous said...

setuju dgn 'gabenor johor'.

Anonymous said...

UMNO=PAS=PKR=Penjilat Burit Cina Cina DAP/MCA/GERAKAN

Melayu dah menyampah gila dengan semua YB YB melayu bangsat yang gila mejilat bontot Cina CinaPukimak ni.

PEMIMPIN BANGSAT
MELAYU MEREMPAT
ISLAM TERJERAT

Anonymous said...

Madey hampa tidak ada Mei 13 setakat ini utk mengangkatnya dlm politik , kecuali ada beberapa kerat je dari kalangan Perkasa dan bekas hakim cam Hamid ini, yang menyahut untuk cetus perbalahan. Mahathir naik sebab komplot Mei 13 dengan Razak. Kelemahan pada Tunku menguja Madey mengunakan isu2 perkauman untuk naik tangga politik. Sebenarnya tidak ada apa2 pada Si Bongok ini. Semua projek2 Mega Mamak ini hancur lebur, dan rakyat terpaksa memberi subsidi pada Proton, KLIA, Menara Berkembar , Projek Runding Terus, Lebuhraya Persekutuan dll . Dengan harga bahan2 ekspot Malaysia runtuh, malapetaka yang menunggu Malaysia sebab menyokong idealism Mahathir adalah amat serius. Adakah Malaysia bersedia buat kereta 100% secara dalaman, dan mengurangkan harga sebanyak 50%. Adakah rezab minyak di Malaysia cukup untuk menampung kegilaan pemilikan kereta dan rumah di Malaysia. Sepatutnya kalau Mahathir itu pintar, dia harus menjadikan bandar2 kecil sebagai pemakin industry dan pentadbiran melalui ICT supaya keperluan utk ke Bandar tidak timbul. Belum capai 30 juta penduduk, tapi pemilikan rumah hanya jadi impian majority penduduk. Kegilaan projek 2 perumahan di buat Madey, kalau seseorang tidak perlu hijrah ke Bandar utk kerja, mana timbul keperluan untuk perumahan secara besar besaran di Bandar. Konsep Madey akan bankrupkan Malaysia tidak lama lagi kerana rasuah dlm kerajaan yang tidak dapat dikawal lagi.Madey melahirkan generasi Melayu yang korup.Madet bawa projek2 yang tidak ada 'sustainability' kerana kekurangan duit atau bercanggah dengan hukum2 alam.

Anonymous said...

Ya la tu....mcm baguz je.

Bahalol apa 10.05 atas ni kononnya Tun M naik sbb komplot 13 Mei dgn Allahyarham Tun Razak??

Posting pjg lebar tp layak jadi tisu toilet saja.

Anonymous said...

PANAS BERAPI, Madey dah jadi gila bila Sapura Kencana tidak lagi akan dibayar oleh PETRONAS kerana harga minyak merudum. Mahathir nak duit BR1M sebagai ganti untuk dibayar kepada Sapura Kencana. Inilah Negarawan Ulung yang dinanti nantikan.

Anonymous said...

PANAS BERAPI, Madey dah jadi gila NAK BR1M DAN DUIT KEBAJIKAN DISALURKAN KEPADA SAPURA KENCANA yg sakit tenat. Episode penyikiran Anwar dulu berulang di mana Anwar tak bagi duit kpd syarikat perkapalan Mokhzani yang rugi. Tapi kali ini , Mahathir akan terus ke lokap kalau masih berdegil nak bertembung dengan PM.

Anonymous said...

Marina mukriz mokzani srmua ni anak madey. Tdm ok je. Jasa dia pada negara ko ade. Sapura kencana not own solely by his son. Tdm tk mgemis tpi ko tu mgemis.takat brim hya utk ko je. Yg ke lokap ketua ko.

 
Blogger Templates