Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 26, 2015

CIKGU MALAYSIA ANTARA 50 GURU TERBAIK DI DUNIA!!!! CUMA DIA BUKAN MENGAJAR DI SEKOLAH CINA, KALAU TAK BERKOKOK DAH TERESA KOK!!!



KUALA LUMPUR: Seorang guru Malaysia tersenarai dalam senarai antara 50 guru terbaik di seluruh dunia yang dianjurkan oleh Yayasan Varkey GEMS yang berpusat di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Guru berkenaan ialah Yasmin Noorul Amin, 38 tahun yang mengajar subjek Kimia di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) La Salle, Klang, Selangor.

Yasmin di senarai pendek untuk menerima anugerah Hadiah Guru Global yang menawarkan hadiah utama berupa wang tunai USD1 juta atau RM3.6 juta.

Yayasan Varkey GEMS merupakan satu-satunya yayasan yang memberikan pengiktirafan kepada golongan pendidik di seluruh dunia.

Yasmin sebelum ini merupakan seorang jurutera dan berkhidmat di sebuah syarikat swasta selama dua tahun, sebelum berhenti bagi memenuhi impian bapanya yang mahu beliau menjadi seorang pendidik.

Kini, Yasmin sudah berkhidmat sebagai guru selama 12 tahun dan pernah menerima anugerah kecemerlangan Kementerian Pendidikan Malaysia pada 2008.

Undian bagi memilih 10 guru terbaik dunia daripada 50 calon yang disenarai pendek ini bakal diadakan pada 15 Februari 2015 oleh Yayasan Varkey GEMS.

Pengumuman 10 guru terbaik dunia yang terpilih kemudiannya akan diumumkan sebulan kemudian pada Forum Pendidikan Dunia yang bakal mengambil tempat di Dubai pada 16 Mac 2015 nanti.

Sebenarnya, selain Yasmin, seorang lagi guru yang berasal daripada Malaysia, Madenjit Singh turut tercalon dalam senarai pendek itu.

Bagaimanapun Madenjit berhijrah ke Buriram, Thailand dan kemudiannya kini ke Timur Leste di mana beliau telah menubuhkan sebuah sekolah kebajikan untuk golongan kurang bernasib baik dikenali sebagai Sience Of Life Study (SOLS) 24/7 serta mengajar di situ.

SOLS 24/7 yang merupakan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) menawarkan latihan dua tahun dan program komprehensif percuma bagi belia yang kurang bernasib baik untuk mempelajari kemahiran hidup. (SUMBER: ANTARAPOS)

No comments:

 
Blogger Templates