Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, January 29, 2015

HADI PATUT BERTERIMA KASIH DENGAN PASMA SEBAB PASMA YANG MERAPATKAN PAS DENGAN DAP DAN PKR!!!



Itu kenyataan yang dikeluarkan Naib Pengerusi PASMA Kelantan, Che Ibrahim Mohamed.

Angkuh bunyinya tetapi sememangnya itulah yang berlaku selama ini pun. Apabila tembelang mereka mulai terdedah, mereka tidak lagi bertangguh menggerakkan operasi untuk menggulingkan Hadi Awang daripada jawatan Presiden PAS dan menggantikannya dengan Mat Sabu, Timbalan Presiden yang kini tidak lagi menjadi ayam tambatan kerana feedernya sudah tidak berkuasa dalam Kerajaan Malaysia.

Gerakan menjadikan PAS sebagai biro Melayu dalam DAP sudah lama bermula iaitu semenjak Hadi Awang dan Majlis Syura PAS berjaya diperdayakan dengan TAHALUF SIYASI. Mengambil kira konsep wala' dan tsiqah, Hadi Awang akhirnya dipergunakan oleh golongan yang menyembah Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim di dalam PAS untuk mengeluarkan kenyataan berhubung Tahaluf Siyasi seperti mana Hadi Awang diperdayakan untuk mengeluarkan kenyataan, video tidak boleh jadi saksi kerana ia adalah besi yang buta dan tuli.

Saranan dan 'nasihat' Hadi Awang agar ahli-ahli PASMA keluar dari PAS, disambut sinis oleh PASMA yang berasakan mereka sudah terlalu kuat kerana di belakang mereka adalah Lim Guan Eng. Dengan Phahrolrazi Zawawi mengambil peranan sebagai Presiden PASMA walaupun pada masa yang sama, bukan rahsia lagi yang Presiden sebenar adalah seorang pemimpin buangan dari Kelantan yang sedang menyusun gerak untuk menjadi Menteri Besar Kelantan pada PRU akan datang, PASMA dipertanggungjawabkan untuk memastikan PAS sentiasa tunduk dan patuh kepada DAP serta Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim.

Sepanjang bertahaluf siyasi dengan PKR dan DAP, PAS hanya dijadikan sebagai sumber untuk mendapatkan massa bagi tujuan demonstrasi selain meraih sokongan untuk PKR dan DAP di kawasan-kawasan yang ditandingi oleh calon-calon parti itu. Namun berbeza di Semenanjung, di Sarawak dan Sabah di mana PAS tidaklah sekuat mana, PAS sekadar menjadi anjing patah kaki yang boleh disepak diterajang serta dibalun oleh PKR dan DAP sesuka hati.

Di Sabah dan Sarawak, PAS langsung tidak boleh buka mulut dan tidak ada hak untuk bersuara. Semuanya bergantung kepada Chong Chien Jen dan Lajim Ukin.

Menarik sekali ialah apabila Che Ibrahim menyatakan, PAS dan Hadi Awang sepatutnya dan wajib berterima kasih kepada PASMA kerana telah berjaya meletakkan PAS di dalam Pakatan Rakyat. Kerana PASMAlah, maka PAS berada dalam kedudukan kuat sekarang, walaupun hakikatnya, berdasarkan fakta dan angka, semenjak bersama-sama PKR dan DAP, PAS kehilangan lebih banyak kerusi berbanding pada tahun 1999 di mana DAP dan PKR di belakang PAS, bukannya di hadapan seperti sekarang!!!

1999, PASMA belum wujud lagi... malah pemimpin yang menyembah Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim pun, masih lagi seperti tikus basah yang bukan sahaja tidak berani buka mulut, menonjolkan diri di hadapan umum pun, seringkali terkencing di dalam seluar. Hanya selepas 2008 dan 2013, barulah mereka mulai berani kerana Anwar Ibrahim dan dana daripada DAP untuk mereka beroperasi sudah tersedia.

2 comments:

Anonymous said...

satu yg pasti lambang pasma sama dgn daun pakalolo@ganja!!!!!!!!
wow!!!!!!

Anonymous said...

pakaloqloq ka ketum?

 
Blogger Templates