Social Icons

Pages

BULETIN 247

Thursday, January 29, 2015

KERANA BAFIA, URUSAN DENGAN ANANDA KRISHNAN BERJUMLAH RM8.5 BILION BEBAS DITOHMAH DAN DIFITNAH PAKATAN RAKYAT, MEMUFLISKAN NEGARA!!!



Ananda Krishnn, orang kedua terkaya di Malaysia selepas mendapat manfaat terbesar daripada Dasar Ekonomi Baru tetapi kemudian berpindah tinggal di luar negara walaupun masih menjadikan Malaysia sebagai lokasi perniagaan dan pusat pengautan untung terbesar buatnya, menimbulkan misteri terbesar dalam penangguhan pelaburan dalam 1MDB, sekaligus menyebabkan 1MDB menjadi mangsa serangan Pakatan Rakyat.

1MDB dikatakan telah mengalami kerugian dan Kerajaan Malaysia bakal muflis kerana kepincangan urusniaga 1MDB terutama sekali yang melibatkan penguasaan 1MDB dalam sektor tenaga, sekaligus mengancam beberapa syarikat yang dimiliki oleh taikun dan taikor yang pro-DAP.

Misteri besar yang melibatkan Ananda Krishnan adalah PINJAMAN PENYAMBUNG RM2 BILION dan penangguhan pelaburannya dalam 1MDB.

Semuanya bermula pada Mac 2012 apabila pecah berita yang Ananda Krishnan mahu menjual perniagaan IPPnya: "Penganalisa hari ini berkata, tindakan Kerajaan Malaysia untuk membeli aset tenaga berkemungkinan menyaksikan permulaan kepada pembaikpulih industri tenaga di Malaysia untuk jangka panjang. (RUJUK SINI)

"Agak mengejutkan apabila Ananda Krishnan mahu melupuskan aset tenaganya dan keluar daripada perniagaan tenaga, tetapi ia akan menyebabkan perjanjian pembelian tenaga (PPA) akan berakhir."

Sumber tidak mengesahkan harga pembelian, tetapi akhbar The Star melaporkan bahawa penjualan kepada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) telah diletakkan pada paras harga RM9.92 bilion dan RM11.16 bilion.

Sumber lain pula menyatakan Tanjong Energy Group di mana Ananda menguasai sektor aset tenaganya, telah meletakkan harga yang lebih tinggi untuk aset-aset tersebut memandangkan mereka telah membelinya pada harga tinggi (ketika mengambilalihnya pada tahun 2010).

Penjualan tersebut turut menarik perhatian 12 pembida tempatan dan antarabangsa. Akhirnya 1MDB berjaya membida pada harga RM8.5 bilion tetapi bidaan tersebut bukanlah yang tertinggi.

Banyak laporan menyebut, Saudi Water & Electricity Co, telah menawarkan bidaan tertinggi pada RM10.85 bilion tetapi gagal - besar kemungkinan kerana bantahan daripada Kerajaan Malaysia memandangkan industri tenaga adalah sektor strategik. (RUJUK SINI)

Untuk pembiayaan RM8.5 bilion, 1MDB telah menggunakan pinjaman jangka panjang berjumlah RM3.5 bilion, wang tunai mereka sendiri berjumlah RM3 bilion dan pinjaman penyambung RM2 bilion.

Namun muncul persoalan, mengapa hanya terma pinjaman melibatkan RM3.5 bilion dan RM2 bilion berbanding RM5.5 bilion? Jawapannya agak menarik!

Jawapannya ialah, janakuasa Powertek merupakan perniagaan IPP utama Ananda Krishnan. Janakuasa tersebut menghasilkan lebih kurang RM1 bilion keuntungan setiap tahun, manakala janakuasa-janakuasa lain yang dimilikinya, menghasilkan perolehan RM1 bilion selebihnya.

Bagaimanapun selepas 1MDB membelinya daripada Ananda, Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) janakuasa Powertek tidak diperbaharui pada tahun 2012. Sekaligus menyebabkan 1MDB terpaksa menurunkan nilai aset mereka kepada RM2.5 bilion. Dengan kata lain, mencatatkan kerugian.

Jadi, mengapa Kerajaan tidak memanjangkan PPA untuk janakuasa yang dimiliki oleh kerajaan sendiri sehingga menyebabkan 1MDB mengalami kerugian sehingga RM2.5 bilion dan menjadi mangsa kutukan pembangkang?

Jawapannya ialah... KERAJAAN TIDAK PERNAH MERANCANG untuk melakukannya dan 1MDB besar kemungkinan sedar yang janakuasa Powertek terlalu usang dan tidak lagi cekap untuk mempebaharui serta menawarkan kadar tenaga pada harga lebih rendah.

Justeru, timbul pula persoalan, mengapa 1MDB terlebih bayar untuk pembelian Tanjong sekiranya mereka tahu yang janakuasa Powertek yang menghasilkan separuh daripada keuntungan kesemua aset-aset tersebut tidak akan diperbaharui?

MUDAH!!!

Sebabnya ialah pasukan Ananda Krishnan barangkali berasakan atau memikirkan yang 1MDB akan membolehkan PPA janakuasa tersebut diperbaharui memandangkan mereka adalah Kerajaan. Dan Ananda juga telah membayar pada harga tinggi untuk mengambilalih aset janakuasa tenaga dan oleh itu, tidak mahu kerugian. Untuk itu, desakan dibuat agar penilaian dibuat pada kadar tinggi atau tiada urusniaga dilakukan.

Pada masa yang sama, 1MDB besar kemungkinan terlalu terdesak pada waktu itu untuk menyempurnakan urusan berkenaan memandangkan mereka berada di bawah tekanan untuk masuk dalam pasaran IPP bagi menstrukturkan semula industri berkenaan selain turut membida 3 lagi IPP baru yang ditawarkan.

Pesona pertama RM3.5 bilion ialah fasiliti berusia 10 tahun yang dibantu oleh aliran tunai daripada gabungan janakuasa-janakuasa yang dimiliki oleh Tanjong Energy. Pihak bank memberitahu pemberi maklumat bahawa pinjaman adalah sangat selamat. Tetapi masalah yang timbulkan ialah pinjaman penyambung RM2 bilion.


Disebabkan itulah, mengapa pinjaman penyambung RM2 bilion DIJAMIN SENDIRI oleh Ananda Krishnan. (RUJUK SINI)

Bayangkanlah anda menjual rumah anda kepada seseorang tetapi kemudian anda terpaksa memberikan jaminan pinjaman ke atas rumah tersebut hanya semata-mata untuk membeli kembali rumah berkenaan. Urusniaga yang hebat, kan?

Penilaian ini boleh dipertikaikan, manakala beberapa terma dan syarat urusniaga sudah tentu telah ditetapkan antara Ananda dan 1MDB.

Mungkin kita boleh membayangkan 1MDB memberitahu Ananda, "Okey, kami akan bayar harga yang anda mahu tetapi anda perlu menguruskan RM2 bilion untuk penilaian yang boleh dipertikaikan itu memandangkan PPA Powertek tidak akan diperbaharui. Oleh kerana anda kata boleh diperbaharui,andalah yang bayar!"

Justeru itulah, mengapa 1MDB enggan membayar pinjaman penyambung dan sentiasa menangguhkannya walaupun auditor telah mengesahkan yang 1MDB mempunyai tunai yang mencukupi untuk membayar keseluruhan RM2 bilion pinjaman penyambung itu.

Besar kemungkinan juga 1MDB mahukan Ananda Krishnan menyelesaikan urusniaga ini memandangkan dia telah memberi jaminan kepada pinjaman penyambung RM2 bilion yang terhasil daripada perbezaan penilaian.

Kita menjangkakan 1MDB dan Ananda Krishnan untuk menyelesaikan perbezaan mereka dan menghasilkan keputusan yang lebih baik. Apatah lagi, sudah terdapat berita yang menunjukkan kedua-dua pihak sedang melakukan perbincangan penyelesaian termasuklah mengambil bahagian dalam IPO. (RUJUK SINI)

Ada yang bertanya  mengapa 1MDB tidak menjelaskan perkara ini kepada umum selain daripada menahan diri daripada ditohmah, dituduh, disabotaj dan difitnah oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pihak berkenaan langsung tidak peduli tentang akta BAFIA melibatkan perincian pinjaman bank. BAFIA jugalah yang merupakan faktor utama mengapa Perjanjian Jual Beli antara 1MDB dan Ananda Krishnan tidak didedahkan kepada umum.

Dan itulah juga sebabnya mengapa 1MDB hanya berdiam diri dan tidak langsung menjawab tentang tohmahan, provokasi dan fitnah yang dibuat oleh Pakatan Rakyat (baca: Rafizi Ramli dan Tony Pua) membabitkan 'kerugian' 1MDB kerana janakuasa Powertek tidak diperbaharui dan kegagalan (bukan gagal sebenarnya penangguhan) pinjaman penyambung RM2 bilion.

Empat persoalan yang seringkali menmbulkan tandatanya tentang urusan ini:

(1) Mengapa tidak Kerajaan memanjangkan PPA untuk janakuasa yang dimiliki oleh kerajaan sendiri sehingga menyebabkan 1MDB kerugian RM2.5 bilion dan diserang serta dibelasah oleh Pakatan Rakyat?

(2) Mengapa 1MDB terlebih bayar untuk urusniaga Tanjong sekiranya tahu yang janakuasa Powertek yang menghasilkan separuh daripada keuntungan kesemua aset tidak akan diperbaharui?

(3) Mengapakah pinjaman penyambung RM2 bilion DIJAMIN oleh Ananda Krishnan sendiri?

(4) Mengapakah Ananda Krishnan mahu melabur dalam 1MDB selepa meninggalkan sektor tenaga 2 tahun lalu?

Kesemuanya telah terjawab!

Jadi, kita tunggu persoalan yang akan dibangkitkan oleh Tony Pua dan Rafizi Ramli yang cuba mengorek rahsia perjanjian dan urusniaga yang mahu sangat diketahi oleh pengupah-pengupah mereka seterusnya.


5 comments:

berasiam said...

Macam cerita jual rumah murah aja, tak pro langsung. Urus niaga ini melibatkan berbilion ringgit, bukan beratus ribu. Boleh buat andaian macam jual rumah aja. Mahu ke orang nak percaya. Presiden dah bagi gelaran, sudi apa kiranya jangan cuba termasuk dalam golongan yang presiden gelarkan itu.

Anonymous said...

1 Malaysia Dalam Bahaya (1MDB). Tunggulah saat2 kejatuhannya! Jawab la dengan rakyat, dengan Tuhan!

Anonymous said...

dulu kata mahathir memufliskan negara, tapi rakyat Malaysia semakin makmur. Dari rumah dalam hutan, sekarang kat bandar. Dari minum air perigi, sekarang dah minum air mineral yang dibotolkan. Dari berjalan kaki atau kayuh basikal, rakyat malaysia kebanyakannya dah ada kenderaan sendiri. Lebih ramai pula yang ada lebih dari satu kenderaan.

sembang Malaysia jatuh muflis, nak kena berjawab dengan Tuhan dah lama sangat tapi sampai skrg, bkn makin jatuh, tapi lebih ramai rakyat asing yg dtg ke negara ni utk bekerja.

Anonymous said...

Apekebenda nak sebokkan tony pua dgn rafizi. Yg bagi bisnes tenaga dgn perjanjian PPA yg lazat kpd ananda krisna pun kerajaan jugak kan? 1mdb pun kerajaan jugak kan? Macam mana ananda krisna boleh dapat bisnes strategik negara? Sapa yg bagi? Takda melayu ke? Abistu nak kata ananda geng dgn pembangkang pulak? Takkan kerajaan sengaja kayakan pembangkang pulak?

Hamid said...

Bab negara muflis ni aku dgr 20 tahun dlu.. tak habis2 itulah modal anjing2 suruhan..

Yg aku tgk rakyat semakin byk membazir sbb duit banyak.
Dulu mana org pakai keta berbiji2 satu rumah.. pakat panjat bas je mau tak mau.
Tp skrg bas elok2.. besar2.. kekerapan banyak tp rakyat berkereta.. kereta skrg xmau lg cerita pasal kerena nasional..

cerita kereka HOnda, Toyota, Volkswagen Polo, Prius etc..

yg muflisnya ialah akhlak dan berkata benar.. byk makan dan bermwah jadikan penipu2 semakin ramai.. kerajaan dh mewahkan rakyat..

tp rakyat makin jahat.. itu shj aku nampak..

Muflis ni modal Anwar sejak rusuhan Baling dlu.. dia yg muflis akal..

 
Blogger Templates