Social Icons

Pages

BULETIN 247

Sunday, January 25, 2015

NIK ABDUH SEMAKIN MEMBUATKAN DIRINYA DIBENCI DAP DAN BAKAL DIJAHANAMKAN OLEH PASMA!!!



Cadangan DAP untuk mengadakan pilihan raya di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT) menimbulkan persoalan sama ada ia merupakan penanda aras kepada demokrasi, kata Ahli Jawatankuasa PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Menyokong kenyataan presiden PAS, anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu meneruskan pertelagahan secara terbuka dengan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu.

“Adakah pilihan raya PBT aras kemajuan dalam demokrasi negara?

"Atau ia sekadar memenangi impian golongan bergelar ekstremis demokrasi?” kata ahli Parlimen Pasir Mas itu menerusi Twitter hari ini.

Semalam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pilihan raya PBT yang diperjuangkan DAP di kawasan majoriti Cina bandar boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei.

Katanya, desakan DAP untuk pilihan raya PBT itu akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan sesuatu kaum saja.

Beliau berkata dalam aspek politik, perjuangan DAP itu silap kerana hanya melihat kepada aspek penduduk bandar saja untuk menang pilihan raya dalam jangka yang sangat pendek. (SUMBER)

3 comments:

Anonymous said...

DAP HANYA NAK BERKUASA DAN PERINTAH !
MENGAPA PAS SEKONGKOL.
MENGAPA PKR SAMA BERJUANG DENGAN DAP.
BUKAN CINA MAKAN MELAYU.
TETAPI MELAYU MAKAN MELAYU.
SEDARLAH SAUDARA SAUDARA SEKELIAN.
SIAPA YANG DIPERBODOHKAN KAN ???
Think think and think.......... Wassalam.

Anonymous said...

Rentikan laa.....

berbuih pas menghentam DAP....tapi mereka tetap tak berani keluar Fuckatan !!!

demi undi, mereka akan tetap setia jadi balaci anwar dan guan eng memerangi Raja,Perlembagaan dan hak istimewa melayu.

gen2felda

kumbang said...

Sampai bila pas nak berdrama ni...

 
Blogger Templates