Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, January 19, 2015

NIK AZIZ SAKIT BIASA, TAK PAYAH ZIARAH, KATA NIK ABDUH!!!!

Macam-macam yang kita boleh baca apabila status kesihatan Mursyidul Am PAS merangkap bekas Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat didedahkan. Ada yang mendoakan kesembuhan. Ada yang memaafkan perilakunya. Ada yang beria-ia nak bersalam dan menyatakan, 'untung dapat bersalam Tuan Guru'. Ada yang bersedih hati.

Dan tidak kurang juga yang mendoakan kecelakaan kepada orang tua itu.

Orang tua itu adalah orang politik. Sudah menjadi resmi, dalam politik demokrasi yang dianjurkan oleh hambatan kuasa, telah diajar untuk lancang mulut dan tidak mempunyai sebarang had dan ketetapan agama. Kalau agama diserapkan pun, ia sekadar untuk dijadikan umpan dan ajaran apa-apa agama sekalipun, hanyalah untuk tempelan bagi mendapatkan lebih banyak pengaruh dan undi daripada penyokong.

Hanya tiga agama sahaja di dunia ini diketahui telah digunakan secara meluas sebagai elemen menarik pengundi dan meraih perhatian iaitu KRISTIAN, ISLAM dan HINDU. Manakala Zoroastrisme atau Majusi sekadar berselindung di sebalik pertubuhan NGO, manakala Zionis-Yahudi pula bertindak sebagai badan yang mentadbir semua parti-parti politik dunia.

Dan para pemimpin dari golongan yang menggunakan agama sebagai bahan sandaran mendapatkan pengaruh seringkali juga turut menggunakan elemen mistik bahkan ada kalanya melibatkan pseudo-sains seperti WALI, KERAMAT, LADUNI, SAKTI dan sebagainya.

Nik Abdul Aziz hanyalah salah seorang daripada pemimpin parti politik yang diberikan label sebegitu oleh para pengikutnya yang fanatik dan tidak mampu mencari maksud 'siyasah dalam Islam' sebaliknya mereka mengambil kesimpulan mudah bahawa SEGALA-GALANYA adalah politik.

Hari ini, dilaporkan status kesihatan Nik Abdul Aziz merosot. Sebagai manusia, kita sewajarnya memberikan galakan dan semangat kepadanya untuk terus kekal positif. Sebagai saudara seIslam, kita berdoa kepada Allah Taala agar memberikan kemudahan dan ketenangan kepadanya. Sebagai umat Islam, sewajarnya kita memaafkan apa-apa sahaja kekurangan dan kelemahannya walaupun kita mungkin berbeza kiblat politik dengannya. Dan kepada para pemuja dan pengkagumnya, Nik Abdul Aziz tidak lebih mulia daripada Nabi s.a.w, para Sahabat r.a dan Solafus-Soleh. Dia hanyalah manusia biasa yang tidak lekang daripada kesilapan, kealpaan, apatah lagi dia merupakan salah seorang pemain politik DEMOKRASI yang diketahui cukup lagho dan penuh dengan kemaksiatan walaupun cuba dihiasi dengan pelbagai elemen syurga.

Berikut adalah kenyataan anak lelaki Nik Abdul Aziz yang juga merupakan Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh:

Status Kesihatan Ayahanda:

Ayahanda dalam keadaan uzur biasa. Dalam sebulan akhir ini, ayahanda telah tidak turun solat di masjid kerana keletihan. Di rumah dengan aktiviti biasa, berjalan, membaca dan rehat. Cuma selepas banjir baru-baru ini, kesihatannya menurun sedikit. Apa pun baik insya Allah.

Pihak keluarga memohon maaf kerana atas kehendak ayahanda, beliau memilih tidak diziarahi untuk tempoh ini. Mahu rehat secukupnya. 

Mari bersama memohon doa semoga Allah mengurniakan kesihatan yang baik buat ayahanda dan seluruh umat Islam yang dalam keuzuran kesihatan mereka dan semoga kita semua beroleh hidayat dan istiqamah dalam perjuangan menegakkan Islam. 

Terima Kasih.

Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz
Anakanda.
28 Rabiul Awwal 1436/19/1/2015

5 comments:

Anonymous said...

Aku kick terlihat bantal,bantal peluk teringat aku ufo. Masuk lubang cacing melucur pantas youtiub, akhirnya ke mana ya kick, adakah syurga di bawah tapak kaki ibu?

Anonymous said...

Moga Allah ambila lah nyawa orang tua sesat ini, agar aman sikit dunia Islam..dah bermacam macam fatwa karut telah disampaikan demi politik kotor dan najis si mulut celupar ini, rasanya ramai juga orang2 yang mengundi UMNO tidak akan memaafkannya...rasanya masa ini di susah sangat nak mampus, mungkin juga bumi terlalu jelek untuk menerima mayatnya nanti...nak suruh bertaubat pun rasanya berbuih ja mulut, sebab bagi dia, dialah Islam se-Islam Islamnya berbanding dengan orang lain...rasakan lah sesak dunia kamu..itu baru sedikit..

Ted Manoff said...

Jangan begitu...kita doakan dia sihat kuat balik supaya kita dapat lihat fatwa2 baru yang menghentam muslim2 lain yg tak saliran dia dia...

Anonymous said...

Memang ajaran sesat betullah puak2 pas ni... kalau bersatu disuruh dalam islam, mereka memilih untuk tidak bersatu (anti-UG)... atau solat dua imam.
Kini pula, jika meziarah orang sakit tu berpahala, mereka memilih untuk melarang orang melawati orang sakit pula..

Anonymous said...

Mmg byk kesesatan yg nampak tapi ramai lg si dungu yg masih menyokong dam membontoti pemimpin2 spt ni

 
Blogger Templates