Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, January 9, 2015

SURAT JABATAN ALAM SEKITAR KEPADA MEREKA ADALAH TENTANG KESALAHAN YANG TELAH DILAKUKAN TAPI NGEH KOO HAM KATA, SURAT ITU PUJI MEREKA!!!


Apabila Ngeh Koo Ham menafikan pembabitannya dan Nga Kor Ming serta syarikat mereka, Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. dalam pembalakan dan perosakan alam sekitar di Hulu Kelantan sehingga menjadi salah satu daripada faktor yang menyebabkan banjir besar berlumpur dan kayu balak hanyut, beberapa persoalan lain mulai ditimbulkan oleh komuniti media sosial.

Dalam kenyataannya, Ngeh Koo Ham telah menekankan perkara-perkara berikut: (RUJUK SINI)

1. Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming dan saya tidak terbabit dan masih tidak terlibat dalam sebarang aktiviti pembalakan di Kelantan atau mana-mana bahagian di Malaysia. Syarikat kami, Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. di mana kami ada di dalamnya juga tidak terlibat dalam sebarang aktiviti berkaitan.

2. Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. hanya terlibat dalam penanaman semula pokok di atas sebidang tanah dan menjadi rakan kongsi kepada Yayasan Islam Kelantan. Pemegang saham semasa telah membeli Upayapadu Plantation Sdn. Bhd pada tahun 2012. Syarikat telah menandatangani perjanjian perkongsian pada tahun 2006 ketika masih di bawah pengurusan dan pemilikan saham yang lama.

Persoalan kepada kedua-dua kenyataan tersebut:

Adakah keseluruhan 10,520 ekar tanah tersebut telah dibersihkan dan langsung tidak mempunyai sebatang pokok pun ketika Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming dan Upayapadu mengambilalih pada April 2012. Mampukah gambar-gambar dari udara ke atas tanah tersebut pada April 2012 dan hari ini, dibentangkan kepada umum. 

Adakah maksudnya, Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. mungkin bukan syarikat yang membalak tetapi pembalakan dilakukan oleh pihak ketiga, sama ada dengan atau tanpa keizinan daripada Upayapadu?

Mampukah Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming mengesahkan bahawa tiada pembalakan dan tidak sebatang pokok pun telah ditebang dari kawasan yang telah diberi hak konsesi itu? 

Seterusnya, Ngeh Koo Ham berkata lagi:

3. Akhbar Berita Harian secara dusta dan fitnah telah menuduh kami membalak dan mencemarkan sungai-sungai di Kelantan pada penghujung 2012 dan kami telah menfailkan saman ke atas penulis dan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad yang merupakan pemilik dan penerbit Berita Harian. Kes tersebut telah ditetapkan untuk pendengaran penuh di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur pada Mac 2015.

Persoalannya:

Seperti pertanyaan di atas, mungkin Upayapadu tidak membalak dan mungkin pihak lain. Adakah Upayapadu mempunyai pengetahuan tentang pihak ketiga yang telah membalak di kawasan konsesi mereka? Adalah keizinan telah diberikan oleh Upayapadu? Adakah pembersihan tanah telah dibuat? Jikalau tiada pembersihan, bagaimana Upayapadu mampu menanam pokok getah di tengah-tengah kawasan hutan?


Seterusnya kata Ngeh Koo Ham lagi:

4. Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. adalah syarikat bertanggungjawab dalam penanaman semula di atas tanah berkenaan. Jabatan Alam Sekitar dalam surat yang bertarikh 23/9/2014 telah memberikan pujian kepada syarikat kerana mengimplementasi dan memenuhi semua syarat-syarat Enviromental Impact Assessment (EIA). Jabatan juga memuji dan mengucapkan tahniah kepada syarikat kerana sikap tanggungjawabnya.

5. Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. telah membelanjaakan puluhan ribu ringgit setiap tahun untuk mengupah konsultan dan auditor alam sekitar untuk memastikan pematuhan tegas kepada tuntutan EIA.

6. Kolam takungan telah diwujudkan di atas tanah berkenaan untuk memastikan air dari tanah tersebut tidak mencemarkan sungai. Sedimen dari air yang mengalir akan dikumpulkan di kolam-kolam trsebut sebelum air dilepaskan ke sungai.

7. Kesemua sungai di kawasan berkenaan adalah bersih dan bebas daripada sebarang bahan halangan bagi membolehkan air mengalir lancar dan tidak tersekat bagi menghalang sebarang banjir.

Persoalan daripada kenyataan-kenyataan 4 sehingga 7:

Mampukah Ngeh Koo Ham, Nga Kor Ming dan Upayapadu Plantation menyiarkan dan mendedahkan laporan-laporan EIA itu kepada umum dan membuktikannya dengan gambar-gambar dari kawasan konsesi termasuklah kolam-kolam sedimen dan sungai yang bersih di kawasan terbabit? Berapa banyakkah kolam sedimen yang telah dibina di atas tanah berkeluasan 10,526 ekar? Adakah kolam-kolam tersebut mampu bertindak secara cekap?

Seterusnya Ngeh Koo Ham berkata lagi:

8. Tanah yang dimaksudkan tidak terlibat dengan banjir baru-baru ini sekalipun terletak antara Bandar Gua Musang dan Kuala Krai yang telah mengalami kemusnahan yang teruk. Sesetengah pihak mendakwa, pembangunan tanah tersebut menyumbang kepada banjir di Gua Musang dan Kuala Krai. Untuk menepis dakwaan berkenaan, syaa ingin menegaskan bahawa kampung-kampung yang terletak di sekeliling tanah berkenaan tidak terjejas langsung dengan banjir. Sekiranya kampung-kampung di sekitar tanah itu tidak dilanda banjir, bagaimanakah pembangunan di atas tanah tersebut telah menyumbang banjir di kawasan sejauh 65 kilometer? Tanah tersebut terletak lebih kurang 65 kilometer dari Kuala Krai dan 65 kilometer dari Gua Musang.

Persoalannya:

Bukankah tanah dan perkampungan-perkampungan di sekitar tanah berkenaan terletak di kawasan tanah tinggi? Sekiranya tanah berkenaan di kawasan tinggi dan merupakan hulu kepada Kuala Krai dan Gua Musang, sebarang sedimen seperti lumpur pastinya dibawa ke sungai yang kemudian memberi kesan kepada kawasan-kawasan yang terletak 65 kilometer. Malah lebih jauh dari itu. 

Soalan-soalan tambahan kepada Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham:

(1) Bolehkah pengesan dibuat yang Upayapadu Plantation Sdn. Bhd. mempunyai lebih dari 100 orang pemegang saham dengan Ngeh Koo Ham sendiri mempunyai pemilikan 51% saham-saham Upayapadu?

(2) Bolehkah disahkan yang Upayapadu (dan Ngeh Koo Ham serta Nga Kor Ming) merupakan pihak yang menerima PINJAMAN MUDAH KERAJAAN PUSAT bernilai RM16.2 juta sedangkan KERAJAAN PUSAT sentiasa digambarkan sebagai tidak adil oleh DAP?

(3) Pinjaman mudah RM16.2 kelihatan seperti sejumlah wang yang banyak tetapi jumlahnya agak kecil apabila dinisbahkan dengan tanah seluas 10,526 ekar. Mampukah dengan hanya RM1,600 bagi setiap ekar digunakan untuk pembangunan semula tanah berkenaan dengan penanaman semula?

(4)  Kenyataan kewangan menunjukkan Upayapadu mempunyai hutang jangka panjang dan jangka pendek bernilai RM40 juta. Mampukah Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming mendedahkan untuk apakah hutang-hutang berkenaan dan kepada siapakah mereka berhutang?

(5) Berapakah jumlah sebenar yang telah dilabur oleh Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham dalam projek berkenaan dan dari manakah sumber kewangan mereka?

(6) Adakah benar DAP melarang wakil-wakil rakyat mereka terlibat dengan perniagaan, terutama sekali perniagaan yang membabitkan tanah kerajaan dan negeri?

(7) Sekiranya benar, adakah Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming diberikan pengecualian? Adakah mana-mana wakil rakyat DAP lain yang diberikan pengecualian daripada undang-undang berkenaan dan siapakah mereka?


LIM SIAN SEE




5 comments:

Anonymous said...

Unit amal PAS apa citer psl banjir ni...masa turun demo, mampu kumpulkan ratusan ribu org...kat kelate la ni, perlukan sukarelawan ..mari ler

Unknown said...

Btl je lesen..nk tgk mgaku ke tak

Unknown said...

Bila krjaan pusat ckp lebih2..nanti ada plk melayu yg nk melenting..sekarang sape yg ssg..krjaan negeri tk ssh pun.yg nk ssh rakyat sndiri..skrg samaada rkyt yg trkena musibah itu blh br fikir atau tidak..terpulanglah..agaknya memang benar knp bnjir kali ini bgitu..dri apa yg sy lihat....musibah ini 60pratus dari buatan manusia yg tamak

Unknown said...

Tnya nik aziz...mesti dia tau..psl cina ni di lulus masa ni nik aziz berkuasa..rasanya prnh rakyat klantan membantah pkra ni dulu....

Anonymous said...

Nik ajis ulamak terompah temberang rakyat Kelantan pasal segala benda. Dia bagi orang Kelantan minum air jampi sampai jadi taksub melampau kepada dia. Allah akan laknat nik ajis ni. Ameen.

 
Blogger Templates