Social Icons

Pages

BULETIN 247

Monday, February 9, 2015

BENARKAH POLIS SABAH BURU LIM KIT SIANG, AMBIGA DAN TONY PUA SEBAB ADA KAITAN DENGAN DORIS JONES?


Polis Sabah dilaporkan sedang menyiasat gerakan pemisahan Sabah dan Sarawak di bawah Akta Hasutan.

Tiga orang individu telah dikenalpasti terlibat dalam gerakan pemisahan dalam Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM). Bantuan mereka diperlukan untuk membantu siasatan.

"Kami tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut memandangkan kes ini masih di bawah siasatan," kata Komisyiner Polis Sabah, Jalaluddin Abdul Rahman. "Kes Doris Jones, pengendali laman SSKM di Facebook, masih lagi disiasat."

Pesuruhjaya Polis Sabah itu memberi ulasan berhubung status Doris Jones yang kini berpangkalan di United Kingdom, di mana polis turut mahu mendapatkan kenyataan daripadanya.

Jalaluddin mengesahkan bahawa ketiga-tiga individu tersebut adalah rakyat Malaysia, tetapi membayangkan ketiga-tiga mereka besar kemungkinan bukan berasal dari Sabah. Dia bagaimanapun, enggan memberikan penjelasan lanjut.

Menurutnya, polis sedang menyiasat kes tersebut di bawah Akta Hasutan.

(SUMBER)



2 comments:

Anonymous said...

Kenapa polis sabah takut sangat nak dedahkan nama nama ketiga tiga syaitan tu.

Anonymous said...

Skng mmg dok siasat. Tgk la lama skit tutup kes. Sama mcm lahad datu. Kata nk umum petùalang. Last2 senyap mcm tu ja.....

 
Blogger Templates