Social Icons

Pages

BULETIN 247

Tuesday, February 17, 2015

ISU TAWAR JAWATAN TPM KEPADA ANWAR, RAFIZI DAN NURUL IZZAH DIKANTOIKAN PEMIMPIN-PEMIMPIN DAP DAN PAS!!!


Terkantoi lagi...

Pembohongan yang dilakukan oleh Rafizi Ramli dan Nurul Izzah rupa-rupanya tidak mendapat bantuan daripada para pemimpin Pakatan Rakyat yang lain, khususnya DAP dan PAS. Malah di kalangan pemimpin-pemimpin PKR sendiri pun, lebih ramai yang mengambil sikap tunggu dan lihat selain enggan mengulas kerana bimbang terkantoi.

Nurul Izzah dan Rafizi Ramli sedang mempopularkan cerita tentang KONSENSUS NASIONAL yang ramai sudah pun terlupa fakta-fakta sebenar. BACA CERITA KONSENSUS NASIONAL sepenuhnya DI SINI.

Kalau benarlah KONSENSUS NASIONAL itu benar-benar wujud bersama-sama dengan tawaran jawatan, sudah pasti telah digunakan oleh para peguam Anwar Ibrahim dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Agung dan terlebih-lebih penting Mahkamah Persekutuan. Malah semasa Anwar Ibrahim berceramah setelah enggan bersoal jawab dengan pendakwaraya pun, tidak juga menyentuh perkara berkenaan.

Jadi faham-fahamlah siapa sebenarnya yang berbohong dan cuba melindungi pembohongan tersebut.

Seperkara lagi, mengapa sekutu-sekutu Anwar tidak langsung menyokong dakwaan Rafizi dan Nurul Izzah? Tidakkah keadaan ini menjadikan Nurul dan Izzah kelihatan seperti orang bodoh dan pembohong besar?

'Ketika Nurul Izzah dan Rafizi mengesahkan bahawa terdapat tawaran dibuat kepada pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim untuk jawatan Timbalan Perdana Menteri, sekutu PKR dalam Pakatan, DAP dan PAS mempunyai jawapan-jawapan berbeza berhubung isu berkenaan.

'Ketika dihubungi, pemimpin agung DAP, Lim Kit Siang secara ringkas berkata, 'Tiada komen', manakala Pemangku Pengerusi DAP, Tan Kok Wai pula berkata, 'tidak pasti dengan perincian perkara berkenaan.'

Setiausaha Agung PAS, Mustafa Ali pula menyatakan, dia tidak tahu. "Saya benar-benar tidak tahu apa-apa tentang hal ini." (RUJUK SINI)

Terdesak betul untuk berbohong sehinggakan skripnya pun tidak diserahkan kepada Majlis Presiden Pakatan Rakyat. Itulah sebabnya, jawapan yang diterima adalah pelbagai!

Kesian, kan?


No comments:

 
Blogger Templates