Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 20, 2015

ADUN DAP KIDURONG DAN PIASAU TERANG-TERANG BERANGGAPAN BUMIPUTERA SARAWAK BODOH DAN MUDAH DITIPU!!!



Kesnya mudah...

91 orang penduduk telah menduduki secara haram sebidang tanah selama 30 tahun yang dimiliki oleh sebuah syarikat di Kampung Sungai Sebatang, Kidurong dalam Daerah Bintulu, Sarawak . Walaupun telah diperjelaskan dan diterangkan, yang mereka sebenarnya menduduki secara haram tanah berkenaan, penduduk kampung yang telah diracuni fikiran mereka oleh wakil dan pemimpin DAP tetap beranggapan mereka menduduki tanah tersebut secara sah.

Kes tersebut telah dibawa ke mahkamah dan dibicarakan. Sebelum ini mahkamah telah memutuskan, tanah itu milik syarikat yang sah. Bagaimanapun, kes tersebut akan didengar semula pada 21 April 2015 nanti.

Setelah kes tersebut dibawa ke mahkamah, syarikat berkenaan dikatakan enggan membayar pampasan sekiranya penduduk kalah lagi pada pendengaran semula kes tersebut.

Setakat ini, beberapa orang penduduk yang tidak terkesan dengan hasutan serta fitnah yang dibuat oleh wakil rakyat DAP, telah mengambil wang pampasan dan sedar mereka tidak akan ke mana-mana dan akhirnya merempat begitu sahaja. Dua keluarga penyokong DAP yang sebelum ini turut dikesan memujuk penduduk kampung untuk terus bertahan di kampung tersebut, turut mengambil pampasan dan sudah pun berpindah keluar.



ADUN Piasau dari DAP, Alan Ling Sii Kiong dan ADUN Kidurong, juga dari DAP, Chiew Chiu Sing dikesan menjadi penghasut dan memperdayakan penduduk kampung itu.

Kes mahkamah yang ditangguhkan, telah dikhabarkan kononnya penduduk telah menang dan mereka tidak perlu berpindah. Pihak pemilik tanah, menurut kedua-dua ADUN DAP itu, tidak mempunyai hak untuk menghalau penduduk kampung terbabit keluar dari kampung setinggan mereka.

Kedua-dua wakil rakyat tersebut sengaja tidak mahu menerangkan apa yang akan berlaku kepada penduduk-penduduk kampung tersebut. Mereka dilihat sengaja mahu menimbulkan sentimen kemarahan di kalangan penduduk kepada kerajaan kononnya Kerajaan Negeri bertindak kejam ke atas mereka dan menghalau mereka dari rumah sendiri.



Sedangkan hakikatnya, penduduk kampung itu hanya diberikan gambaran dan harapan palsu oleh kedua-dua ADUN DAP berkenaan. Kedua-dua ADUN DAP itu sekadar mahu membodoh-bodohkan penduduk Kampung Sungai Sebatang dengan menghasut mereka agar tidak berpindah dan menerima wang pampasan dengan harapan mereka akan memperolehi populariti dan dilihat sebagai pejuang rakyat sekalipun objektif mereka sangat jelas!

Yang pastinya, penduduk kampung tersebut yang terpedaya dengan dakyah kedua-dua ADUN DAP terbabit, pasti akan tinggal sehelai sepinggang dan tidak mempunyai sebarang tempat tinggal sekiranya mereka sekadar menerima nasihat daripada kedua-duanya yang mempunyai muslihat lain.

Sesuatu yang menarik dan pelik ialah, DAP di Sarawak bersungguh-sungguh mahu menghapuskan peraturan serta undang-undang berkaitan pemilikan Tanah Adat dan Tanah Anak Negeri tetapi dalam kes ini, tiba-tiba sahaja mereka menjadi pejuang!


1 comment:

Anonymous said...

Hai Dap orang Serawak tidak bodoh sepertimana yang hendak diperbodohkan...rata rata orang Serawak yang datang mencari rezeki kat Semenanjung ini telah banyak di beri peluang, ruang dan ramai sudah yang berjawatan dan berpangkat besar...syabas rakyat Serawak. Jangan mudah terpedaya dengan tipu helah Dap yang pandai menabur janji tetapi tindakannya tiada.

 
Blogger Templates