Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, March 14, 2015

AZMIN ALI KATA, PERJUANGKAN KEDAULATAN TANAH SELANGOR DAN BATALKAN PERJANJIAN AIR, MACAM MANA DENGAN JUALAN TANAH BERHARGA MURAH YANG KEMUDIANNYA MENYINGKIRKAN KHALID IBRAHIM SEBAGAI MB SELANGOR?



Permasalahan tanah Selangor yang kononnya dipertahankan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah kepimpinan PKR dan Azmin Ali menjadi lebih menarik apabila kita renung dan cermati kembali PESTA JUAL TANAH oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Ingat lagi bagaimana 1,172 ekar tanah di Canal City (kini dianggap sebahagian daripada Kota Kemuning) kepada Tropicana Corp pada April 2013 (kurang sebulan sebelum pilihanraya dan perjanjian tidak sah kerana kerajaan negeri telah dibubarkan)?

Ingat balik bagaimana Kerajaan Negeri Selangor telah menjual tanah tersebut pada harga RM1 sekaki persegi yang dibayar kembali dalam tempoh 20 tahun?

Dan kurang setahun kemudian, Tropicana telah menjual suku keluasa tanah tersebut pada harga RM35 sekaki persegi kepada Eco World dan membuat KEUNTUNGAN ATAS ANGIN bernilai RM170 juga dan menerima RM470.7 juta tunai?

Isu tersebut membuatkan Khalid Ibrahim naik angin dan menghentikan proses jualan tersebut SERTA-MERTA serta mengarahkan Tropicana membayar bayaran penuh serta-merta berbanding persetujuan 20 tahun sebelum itu.

Ogos 2014, Khalid Ibrahim yang pada masa itu masih lagi menjadi Menteri Besar Selangor dan Tropicana telah mencapai persetujuan di mana Tropicana perlu embayar RM173 juta berbanding RM85 juta daripada hasil jualan tanah kepada Eco World dan dengan bayaran faedah sekali.

Dan itu juga menjadi salah satu isu yang menyebabkan PKR mahu menggantikan Khalid Ibrahim dengan Azmin Ali sebagai Menteri Besar. Akhirnya LANGKAH KAJANG ciptaan Rafizi Ramli menendang Khalid Ibrahim keluar dari PKR dan jawatan Menteri Besar Selangor dirampas oleh Azmin Ali.

Proses jualan tanah berkenaan diteruskan!

Khamis lalu, telah diumumkan yang Azmin Ali, Menteri Besar Selangor sekarang telah berunding semula dan bayaran RM173 juta tidak diperlukan lagi. (RUJUK SINI)

Dengan kata lain, Tropicana boleh terus menyimpan tunai RM470.7 juta di mana mereka hanya perlu membayar deposit sebanyak RM50 juta bagi memulakan proses.

Selain itu, Azmin Ali turut melupuskan semua bayaran faedah pinjaman 20 tahun bagi membolehkan keuntungan GDV meningkat dari 5% kepada 9%.

Secara tidak langsung, Kerajaan Pakatan Rakyat di bawah Azmin Ali memberitahu pemaju, mereka tidak perlu membayar sekarang, tidak perlu membayar faedah dan semuanya akan dikira semula pada 20 tahun akan datang.

Azmin Ali turut melupuskan sebarang nilai minimum GDV dan sebarang bayaran minimum yang dibayar oleh Tropicana sepanjang tempoh 20 tahun. Dan lebih BERMURAH HATI LAGI, Tropicana hanya dibenarkan membayar bahagian tanah yang telah dimajukan dan dijual dan sekarang pada harga RM18.20 sekaki persegi.

Dengan kata-kata lain, pemaju tidak perlu membayar Selangor untuk tanah-tanah di sekeliling rumah-rumah yang mereka majukan, untuk kawasan kosong, jalan, taman permainan dan sebagainya.

Bayangkan!

Pemaju sekarang diberikan kelepasan bayaran faedah selama 20 tahun dengan hanya membayar RM18.02 kaki persegi untuk tanah Kota Kemuning dan hanya sebahagian tanah sahaja yang dimajukan dan dijual dan tidak perlu memberikan komitmen membayar jumlah minimum dan hanya membayar 9% daripada nilai kepada Kerajaan Negeri dan hanya selepas 20 tahun.

Kata Azmin, ini adalah urusniaga yang baik yang membolehkan Kerajaan Negeri mengumpul RM550 juta selama lebih 20tahun tetapi dia terlupa bahawa harga tanah yang tersangat murah, kos masa dan kewangan, pelupusan bayaran kadar faedah dan aliran tunai, lebih memberikan kelebihan kepada pemaju serta meminimumkan risiko aliran tunai pemaju.

Mudah bagi Azmin untuk menguruskan urusniaga ini memandangkan dalam tempoh 20 tahun dia tidak mungkin menjadi Menteri Besar lagi dan dia sebenarnya hanya mahu mengejar jumlah wang yang besar untuk Kerajaan Negeri buat tempoh pendek tetapi pada jangka panjang, Selangor kehilangan tanah kepada pemaju mewah dan rakyat Selangor terutama sekali golongan berpendapatan kecil akan tinggal di dalam pondok-pondok setinggan kotak di bawah jembatan.

Bayangkanlah... harga RM18 sekaki persegi di tanah prima Selangor yang turut dibantu oleh 3 batang lebuhraya selama 20 tahun dan hanya membayar sebahagian tanah yang dibangunkan sahaja!!!

Di mana lagi untuk kita temui urusniaga yang sebegini 'hebat' di dunia ini?

Sudah sepatutnya pihak berkuasa, khususnya SPRM mengambil serius dengan aduan serta desakan bekas Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim agar dibuat ke atas Azmin Ali terutama sekali yang membabitkan perjanjian air. (RUJUK SINI)


No comments:

 
Blogger Templates