Social Icons

Pages

BULETIN 247

Friday, March 27, 2015

MALAYSIAKINI KHABARKAN PERMOHONAN WAN AZIZAH UNTUK PENGAMPUNAN ANWAR IBRAHIM DITOLAK LEMBAGA PENGAMPUNAN!!!



Lembaga Pengampunan telah melupuskan (disposed) petisyen dari keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ia nampaknya bukan satu berita baik untuk ketua pembangkang itu.

Bagaimanapun, peguam Anwar N Surendran tidak mahu mendedahkan apa keputusan tersebut, sementara menunggu pengesahan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Rabu.

Ketika ditemui, Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh memberitahu pemberita petisyen itu telah dilupuskan (disposed), dan dengan itu, kedudukan perlembagaan adalah jelas mengenai perkara itu.

Tambahnya, afidavit yang dibuat oleh Ketua Pengarah Bahagian Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri telah dihantar kepada pemohon.

Ketua pengarah adalah sebahagian daripada urusetia Lembaga Pengampunan, yang dipengerusikan oleh Yang di-Petuan Agong.

Dengan ini, permohonan Anwar untuk mendapatkan pengampunan mungkin ditolak dan akan menjalani hukuman lima tahun penjara selepas disabitkan atas tuduhan liwat.

Ini juga bermakna bahawa kerusi Parlimen Permatang Pauh yang diwakilinya akan diisytiharkan kosong tidak lama lagi.

Keputusan itu disampaikan kepada Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Asmabi Mohamad dalam kamar, yang kemudian menetapkan Rabu ini untuk pengesahan lanjut.

Hari ini pada mulanya ditetapkan untuk mendengar permohonan Anwar untuk mendapatkan kebenaran bagi semakan kehakiman bagi menghadiri sidang parlimen yang berakhir pada 9 April. (MALAYSIAKINI)


9 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah....

Anonymous said...

Jgn dilayan peliwat tua ni.

Anonymous said...

Syukur. ..selama 17 tahun mmg Allah swt tidak meredhoi keluarga 69 ni. Dlm kes Anwar ini, kebenaran sentiasa mengatasi kemungkaran.

Anonymous said...

syukur

Anonymous said...

Jika benar..ini satu berita yg baik demi negara

Anonymous said...

Hanya Allah lebih mengetahui....perancangan Allah itu betul....percalah kepada rukun iman akan Qadaq dan Qadar dari Allah....semoga kita semua tergolong dikalangan orang orang yang beriman.

Anonymous said...

Alhamdullillah.. Allah perancang yg terbaik!

Anonymous said...

Setuju .. artikel dari .. THE AANTIC OF HUSIN LEMPOYANG .. MENGENAI PENGGUNAAN PISTOL YANG BERLAINAN PELURU NYA *****

Anonymous said...

NABI PUN TAK MENGAKU UMAT.

 
Blogger Templates