Social Icons

Pages

BULETIN 247

Saturday, March 21, 2015

PAKATAN SENTIASA GAMBARKAN ANAK MUDA BERSAMA-SAMA MEREKA, TETAPI 1M4U PULA BUKTIKAN ANAK MUDA LEBIH PRIHATIN DENGAN MASALAH SOSIAL!!!



Setiap kali Pakatan Rakyat khususnya PKR dan DAP menganjurkan program, mereka pasti akan cuba menggambarkan bahawa anak-anak muda Malaysia sangat kuat menyokong Pakatan Rakyat. Anak-anak muda Malaysia juga sangat terangsang dengan gaya berpolitik jalanan dan berdemonstrasi yang lebih terarah ke arah gerakan anarki dan kacau-bilau.

PKR cuba efisien menggambarkan anak muda sebagai golongan bermasalah, pembuat kacau dan pencetus revolusi yang mahu menggulingkan segala sistem yang telah diamalkan di negara ini semata-mata untuk menaikkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik.

Manakala DAP pula cuba menggambarkan dan menjadikan anak-anak muda, khususnya Melayu sebagai golongan pencinta Liberalisme, menolak agama sebagai elemen kehidupan sebaliknya agama Islam sebagai candu yang memundurkan Melayu-Bumiputera, kebebasan sosialisme yang berselindung di sebalik nama demokrasi seperti yang berlaku dalam SEKOLAH DEMOKRASI anjuran DAP yang jelas adalah untuk melatih anak-anak muda Melayu sebagai panglima-panglima untuk membela dan mempertahankan Dinasti Lim.


Walaupun kadang-kadang ada juga kedengaran cerita konon-kononnya, PKR dan DAP berjaya mengumpulkan anak-anak muda untuk melakukan kerja-kerja kebajikan, tetapi atas sifat mereka sebagai badan politik, maka kerja-kerja kebajikan tersebut hanyalah bersifat topeng sepertimana dalam program UBAH yang dilaksanakan oleh DAP di Sarawak yang sebenarnya lebih menyusahkan penduduk kampung apabila dinding gereja hanya dicat pada sebelah bahagian untuk tujuan penggambaran, tiang-tiang dinaikkan dan ditampal sticker UBAH untuk menunjukkan DAP bertungkus lumus membantu rakyat di kawasan pedalaman dan dengan 'perasmian' oleh Lim Kit Siang tetapi kemudian tiang-tiang itu dibiarkan begitu sahaja, didirikan tanpa sebarang tujuan. Begitu juga dengan jalan yang kononnya diturap oleh DAP, terbengkalai separuh jalan selepas gambar-gambarnya ketika pembinaan dirakamkan dan diviralkan oleh DAP.

Itu gambaran skeptik yang seringkali dibuat terhadap anak-anak muda Malaysia.

Namun tahukah anda, terdapat sebuah entiti yang telah berjaya menghimpunkan anak-anak muda daripada pelbagai lapisan masyarakat, pelbagai latar budaya, agama dan sosio di bawah satu payung, malah telah melatih mereka untuk melakukan kerja-kerja buat masyarakat tanpa perlu publisiti dan retorik politik.

1Malaysia For Youth atau lebih dikenali sebagai 1M4U begitu aktif beraktiviti tanpa membabitkan elemen politik, retorik dan drama tidak berkesudahan. Hampir setiap minggu, 1M4U menganjurkan aktiviti-aktiviti berbentuk kemasyarakatan yang pada masa yang sama, jauh lebih memberikan manfaat kepada golongan muda berbanding badan-badan politik yang lebih mementingkan kedudukan dan jawatan serta strategi perolehan pihak-pihak tertentu.



Semalam sahaja, 1M4U Street Team dengan kerjasama Persatuan Kindness Malaysia dan sukarelawan Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan program mengedarkan makanan dan juga pakaian terpakai kepada gelandangan kota di sekitar Bandaraya Kuala Lumpur.

Sesi pengagihan makanan dan pemberian pakaian dilakukan oleh para sukarelawan Kindness Malaysia dan sukarelawan dari UKM. Makanan yang diagihkan itu dimasak sendiri oleh para sukarelawan pada sebelah petang semalam manakala pakaian-pakaian yang diagihkan pula adalah daripada pakaian terpakai lebihan sumbangan kepada mangsa banjir yang lalu.

Aktiviti-aktiviti sebegini kerap diadakan oleh 1M4U tetapi oleh kerana mereka bukanlah Pakatan Rakyat dan tidak terlibat dengan politik, berbanding NGO-NGO yang didalangi oleh DAP, kuranglah publisiti dan promosi untuk mereka. Malah apabila Pakatan turun membantu orang gelandangan kononnya, kumpulan yang jauh lebih aktif dan lebih berkesan memberi bantuan, langsung tidak disebut dan Pakatan berjaya mewujudkan persepsi kononnya, merekalah yang jadi perintis dan bersungguh-sungguh membantu gelandangan.



Hakikatnya, golongan seperti sukarelawan 1M4U dan beberapa pertubuhan lain seperti Brotherhood yang jauh lebih rajin dan lebih kerap membantu, tidak melibatkan permainan politik, orang politik mahupun bertujuan politik, bergerak lebih pantas. Keahlian mereka dari kalangan anak muda jauh lebih terbuka dengan pelbagai fikrah termasuklah pro-pembangkang, pro-kerajaan dan atas pagar menganggotai pertubuhan-pertubuhan tersebut untuk berkhidmat secara sosial dan sukarela kepada masyarakat yang memerlukannya.


No comments:

 
Blogger Templates